Tuesday, December 4, 2012

Kemenangan 2 kali berturut-turut oleh client yang sama

Sejak tertubuhnya SS Niaga Services, aku mula menawarkan khidmat aku sebagai perunding hartanah lelong dan subsale. Sejak dari minggu lepas aku mula iklankan beberapa unit lelong yang aku rasakan menarik, menarik dari segi harga, menarik dari segi lokasi nya.. Memang sesuai untuk dijadikan pelaburan.

Setakat ni, dah 4 unit yang aku masuk bagi pihak client aku. Haa, cerita bab client ni. Client pertama aku ni dari KL, aku tak kenal pun. Dia ni baru jer add aku kat FB. Dan berminat dgn unit yang aku iklankan. Aku cakap kalau berminat, bank in la duit 10% dari RP dan kos upah aku. Dengan selamba jer, dia transfer aku hampir rm5k.
Aku cakap ngan bini aku, ada org yang aku belom pernah jumpa, belum kenal, berani dia percaya kat aku ni. Kang aku lari baru dia tahu. Huhuh.. Macam mna la ko bole percaya kat aku ni..

Disebabkan unit yang dia masuk ni hot, tingkat 2, RP nya hnylah rm32k kalo x silap aku. Akhirnya menjemput 9 pembida kesemuanya. Unit ni la yg paling ramai pembida di hari tu, kata kawan aku yg pergi bidkan unit ni. Tewas pada harga rm52k, mv rm65k. Tak per, at least mencuba.

Client no 2 ni merupakan kwn lama aku. Membida unit apt kos sederhana pd harga rp rm86k. Tewas jugak pada harga rm128k. mv sekitar rm140k.




Untuk unit ke 3 dan ke 4, merupakan client yg sama. 2 unit terus masuk tu. Client ni pon sama kes dgn kes client 1, aku pon x kenal dia ni. Orang nun jauh di utara, perlis.

Rezeki untuk client ni, kedua-dua unit yang dia masuk pada hari Jumaat dan Isnin, menang pada harga reserve. Kedua-duanya hampir 50% below mv. Aku plak yang pening. Dah rezeki dia.

Apa pun, tahniah aku ucapkan. Kepada yang tak berjaya, jgn sedih jgn bimbang. At least kita dah mencuba. Jika kita tak cuba, dah sah-sah kita takkan menang rumah tu, bila kita cuba, kemungkinan nak menang tu ada.

Pada aku, jika unit yang kita masuk tu mengundang ramai orang, itu maksudnya pilihan yang kita buat tu adalah tepat. Dan dengan pengalaman itulah, akan menjadikan kita lebih matang dlm membuat keputusan yang bijak, samaada unit ni dan lokasi ini adalah sesuai untuk dijadikan pelaburan atau tidak.




11 comments:

  1. perghh...rezeki dapat 2 rumah RP

    - www.FaridAdam.com -

    ReplyDelete
  2. PAH ni. dekat dgn opis aku, kalau roger boleh kuar ngeteh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pakai runner utk pegi bidding. kalo weekend mungkin aku turun bidding sendri. Insyaallah boleh kita bertemu nanti..

      Delete
  3. semoga bertambah maju bro..
    maju bertambah mutu..

    ReplyDelete
  4. dua2 unit tu di ruvena ke boss?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan, satu ruvena, satu dahlia.

      Delete
    2. ruvena yg baru nk lelong ni tnggi r plak RP nye... 55k.. aritu x smpai rsenye..

      Delete
  5. Bos, ambo ada rumah nk jual. double storey saujana utama 1. klau2 bos ada client habaq mai la.. SS Niaga Services boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sms details rumah ke 017 939 1161. luas rumah dan tanah, freehold/leasehold, brp rm nak jual.
      tq

      Delete
  6. Bibbo. Brape mau jual..mcm berminat nk try.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete