Friday, December 21, 2012

Get Out From The Comfort Zone

Bukannya satu keputusan yang remeh apabila ianya melibatkan soal kewangan bulanan. Mana tak nya, ianya mungkin mengakibatkan perbelanjaan bulanan sekeluarga akan kelam kabut, sikap berjaga-jaga dalam setiap kali berbelanja akan mula bersemai.

Jika dulu nya, setiap hujung bulan, cucuk jer kad atm terus nampak angka besar yang biasa nampak setiap kali hjg bulan tiba. Memang akan masuk, tak pernah lagi menjadi isu gaji tak masuk atau gaji masuk lambat.

Sejurus sahaja aku bergelar sebagai seorang penjawat awam bergred A41 pada 3 tahun lps, aku sudah bertekad yang aku akan pencen awal, masa tu angka usia pencen yang bermain di minda aku adalah pada usia 40 tahun.

Orang kat luar sana berebut nak masuk keje kerajaan, aku plak dgn senang-senang nak resign. Aku terpaksa sebenarnya. Aku terpaksa resign disebabkan aku nak mengejar impian dan cita-cita aku untuk bergelar seorang ahli perniagaan dan seterusnya mencapai kebesan kewangan. Sebelum ni, apa yang aku lakukan adalah dengan melakukan perniagaan homestay dan kereta sewa secara part time.

Sambil aku bekerja makan gaji, sambil aku buat perniagaan aku kat luar. Sehinggalah pada satu tahap aku merasakan yang aku sebenarnya tak layak menerima gaji penuh pada setiap bulan. Kerja hakiki aku adalah besar tanggungjawabnya. Aku berjawatan sebagai Air Traffic Controller. Tugas aku adalah memastikan tiada pelanggaran berlaku antara pesawat, keselamatan 100-300 nyawa dalam satu-satu pesawat terletak pada arahan yang aku berikan pada pilot. Mcm mn aku nak pastikan yang aku melaksanakan tanggungjawab berat ini dgn sepenuh jiwa dan raga jika fikiran aku byk memikirkan ttg kerja part time.

Aku pernah bekerja di puncak itu.
Setelah membuat sedikit kira-kira, aku rasakan tiba masanya utk aku keluar dari comfort zone ini dan mula fokus kepada hartanah lelong/subsale dan juga kereta sewa. Insyaallah, pendapatan dari kedua-dua bidang ini akn dpt menampung perbelanjaan hidup aku sekeluarga. Mungkin untuk aku mencapai angka gaji yang di terima sekarang ini agak sukar dalam 6 bulan pertama, tapi insyaallah aku target selepas 6 bulan aku mampu utk mencapai angka gaji aku skrg.

Rajah Comfort zone yang aku reka sendiri.
Rajah di atas adalah rajah yang bermain kat kepala aku. Petak yang kat dalam tu merupakan petak comfort zon, yang mana aku sebelum ni berada. Petak ini bermula dari angka 2 hingga angka 6. (Jangan tny kenapa angka 2 hingga 6, suka hati aku la nk buh angka berapa pun, dah aku yg reka. hehe.) Maksudnya jika aku bekerja makan gaji, kejayaan pada diri aku ada limit, limitnya pada tahap 6 dari 10. Tapi zon ini takkan menyebabkan aku tersungkur dan tergolek hingga ke tahap 0.

Unutk mencapai kejayaan tahap 10, aku terpaksa keluar dari comfort zone ini, tapi ingat, aku juga berkemungkinan untuk jatuh ke angka 0 atau 1.

Aku suka memberi tekanan yang positif pada diri aku sendiri. Aku berharap dengan meletakkan diri aku di luar petak zon selesa, aku dapat push diri aku agar bekerja lebih smart dan kreatif.

Punch card di hari yang terakhir.
Bermula dari esok, aku kini bergelar Full Time Expert Property Negotiator, majoring in Auction properties.
Jika ada di kalangan kawan-kawan yang memerlukan khidmat aku untuk mencari rumah lelong yang sesuai dijadikan investment, boleh lah menghubungi aku di talian 017 939 1161.

24 comments:

  1. thumbs up bro...
    sudi2 lah membantu noobie mcm aku ni ye

    ReplyDelete
  2. so brape lme bro dh plan untuk jd Full Time Expert Property Negotiator ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya aku x pernah plan pon nak jadi expert property negotiator ni, ianya berlaku secara tidak sengaja.
      Anyway, aku berpengalaman bermula dari tahun 2009.

      Delete
    2. X rmai ank muda yg da brumah tngga ada ank lg ambil kputusan cmni. Cukup slar. Tahniah bro...

      Delete
    3. tahniah bro...gud luck....sy plak bru nk dpt pngesahan pnjawat awm

      Delete
    4. Aku br jer last 2 weeks di sahkan jwtn.

      Delete
    5. wow..mantap bro..act sy baru posting blum pngesahan kot..huhu..murah rezki nnt leh amek khidmat bro

      Delete
  3. good luck la shahril.... so dpt pencenla ni ek dah sah jwtn huhu...

    btw da folo blog ko nnti folo blog aku yg tak seberapa tu plok yer hehe..

    -zira

    ReplyDelete
  4. Wow..kamikaze..dah berjaya..bilalah plak time aku nih

    ReplyDelete
  5. salam kenal..nak buat benda yang sama juga nanti..InsyaAllah as WAHM..

    ReplyDelete
  6. Insya Allah dengan izinNya moga moga saudara berjaya nanti...

    ReplyDelete
  7. Tahniah bro. Good luck. semoga tercapai cita2. Aku pun dalam kira2 gak ni.


    -encikdin.com-

    ReplyDelete
  8. terima kasih semua atas semangat yg diberikan.

    ReplyDelete
  9. Ko tunggu duit kwsp release kan kan kan.. tu pasal 3 tahun kan kan kan.. kikikiki... anyway, congrats. Cerita ko lebih kurang aku, bezanya aku belum sampai ke situ lagi. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku amik scheme pencen sbb aku dh berazam takkan berkhidmat smp ke 56 @ 58..

      Delete
    2. amik skim pencen ke TAK AMIK? Konfius aku dengan statement ko nih ... hihi.

      Delete
  10. Tahniah bro. Jadi pembakar semangat untuk aku pencen awal jugak :)

    ReplyDelete
  11. smoga cita2 asben ku jd bgni tercapai jgk..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete