Sunday, December 9, 2012

Cara ShahrilSidek Membeli Rumah Lelong

Sebenarnya aku langsung tak terlintas nak ceritakan psl topik ni. Tengah-tengah ber chatting dgn sorang bakal client aku, tiba-tiba terpacul idea ni.. (betul ke penggunaan ayat terpacul tu? lantak la.. hehe).

Yang aku nak citerkan ni adalah cara aku untuk beli rumah lelong. 2 tahun kebelakangan ni, aku dah mula beli rumah lelong secara cash. (maaf, tiada terlintas aku nak riak atau menunjuk-nunjuk yang aku mampu beli rumah secara cash).

Aku ambil satu contoh, unit yang aku beli pada bulan 6 yang lalu. Unit ni RPnya RM27K. Unit ni Low Cost Apartment, di Balakong. Kawasan suam-suam kuku jer, yang aku suka pasal unit ni adalah unit ni ada 4 bilik, walaupun statusnya Low Cost, tapi ianya bersaiz 720sf. Jarang ada unit LC yang saiz sebegini, biasanya 650sf shj.

Slps buat siasatan lanjut mengenai unit ni, hutang tertunggak dgn maintenance, cukai pintu, dll menjangkau rm6k, dan bank tak cover pon tunggakan ini. Keadaan unit tu jugak dlm keadaan uzur, wiring satu rumah tak ada, sinki dapur tak ada, sampah penuh satu rumah. Anggaran kos pembaik pulih dlm rm4k. So, total kos yang kena kluar adalah rm37k tak termasuk kos lawyer dlm rm1.5k.




Aku membuat keputusan untuk masuk bid rumah tu, dan limit bajet aku adalah rm29k. Percaya atau tidak, cash yang aku ada dlm bank hanyalah rm24k dan ASB rm5k, total rm29k.
Bagaimana pulak dgn kos terlindung rm11.5k lagi? (tunggakan, repair unit dan lawyer).

Aku ni jenis yang suka mencabar diri. Tanpa cabaran dan tekanan, progress aku agak perlahan. So, aku letakkan tekanan pada diri aku supaya aku lebih bergerak pantas. Aku percaya, aku mampu mendapatkan duit lain sebanyak rm11.5k dlm masa beberapa bulan untuk menjelaskan bil-bil itu nanti. Bukannya sekali gus pun kena keluarkan rm11.5k tu, sikit la, yang mn penting kita dahulukan, yang mn kurang penting, aku hold dulu.

Bila aku meletakkan pressure ini pada diri aku, aku akan bekerja kuat lagi dan otak aku semakin ligat berfikir untuk mencari dan memperoleh duit sebanyak rm11.5k tu nanti.

So, di mudahkan cerita, aku memang tak tengok lgsg kos-kos terlindung tu. Jika aku nak tunggu duit aku cukup dari rm29k ke rm37k, jawabnya tak beli rumah la aku tahun ni. Silap ari bulan, yang rm29k tu akan menyusut jadi rm21k. Mn taknya, tak ada duit jer, aku tarik 2 keping.. Lepas tarik 2 keping, tarik lagi 6 keping.. Biasa jadi kat korang tak? hehe..

Alhamdulillah, rezeki aku, aku menang unit tu pada harga RP. Unit tu dah siap aku repair dan selamat disewakan pada bulan seterusnya. Nak dijadikan cerita, aku mampu melangsaikan harga rumah (rm27k), repair unit (rm4k) dan beberapa bil tunggakan (rm1k) tanpa mengusik duit ASB aku.

Jika ditanya mana dtgnya duit extra rm5k tu, aku pon tak tahu nak jawab. Bila diri aku ada tekanan, aku akan cuba sedaya upaya utk berjimat, byk benda aku cut demi mencukupkan duit yang tak cukup ini. Akhirnya, aku berjaya.

Cara ni lah aku gunakan utk beberapa unit yang sblm unit ini. Aku beli rumah dalam keadaan kewangan aku yang cukup-cukup atau pon kurang cukup ataupon tak cukup.

Ingat, anda mempunyai masa 90 - 120 hari untuk menjelaskan baki purchase price. Dlm masa 3 atau 4 bulan ni, anda masih ada ruang masa untuk mengumpul beberapa jumlah duit yang belum mencukupi.

Aku tidak tahu jika cara aku ni sesuai atau tidak dgn diri korang. Sekadar berkongsi sedikit pengalaman dan jika ada yang boleh di guna pakai, sila lah guna.

27 comments:

  1. betoi2..saya pun kene ad apressure baru berputar pale nih..

    ReplyDelete
  2. Dalam berbelanja jika jarang bezakan antara keperluan dan kehendak. bila dalam keadaan yang kritikal, barulah kita mengambil pendekatan memberikan keutamaan kepada keperluan sahaja. Dan biasanya matlamat menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  3. hebat.. hebat.. tapi bos, mcm bse. nk tnye soalan. cmne bos bleh lpas beli rumh low cost di balakong tu sdangkan bos da ada byk rumah? bukan ke rumah low cost di slngor ni LPHS akn lpas utk org yg blum ada rumah & pndapatan kluarga kurg dari rm5k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer kat posting ni,
      http://www.shahrilsidek.com/2012/12/proses-lelongan-untuk-low-cost.html

      Delete
  4. minda kreatif mampu merubah kehidupan.... tahniah tuan

    ReplyDelete
  5. tabung emegency kena ada. tp tu la, play safe sgt pun xde hasil pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. emergency aku ada skit jer.. kdg2 tarik jugak dari tabung tu utk cover kos lawyer.. hahah

      Delete
  6. BRO, PENAH JV TAK UNTUK LELONG, MACAM BEN & PIE SELALU BUAT TU..HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. blom lg. aku tak ada modal dan juga kelayakan utk meminjam. apa yg aku ada, hny kepakaran dlm memilih unit yang sesuai utk dijadikan pelaburan.

      Delete
    2. K0 CUMA LAYAK MOF 70% JE ATAU TAK LAYAK LANGSUNG?
      KO TAKNAK BUAT LOAN GUNA SS NIAGA SERVICES KE..?

      Delete
    3. aku mmg dpt 70% jer, tapi mslhnya komitmen dah lebih dari 100%.
      Mmg aku akan gunakan akaun SS Niaga Services selepas ni, skrg ni tgh memantapkan akaun sykt la. Br jer berusia 1 bulan lebih sykt aku.

      Delete
    4. OWHYEKE..BAGUS2..ALL THE BEST BRO...

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sama la teknik ko dgn teknik aku..

    ReplyDelete
  9. Saya pertama kali beli rumah lelong. Harga rumah 310k. Pasaran 390k. Owner pulak pergi kaviat umah tu join dgn agen hartanah. Motif supaya bank x akan reimburse loan for that unit and end up tempoh 120 day tamat. Stamp duty 5200 dan layer fee dalm 3500..huhu..ni langsung aku x tahu..lepas tu process untuk tukar nama lambat ev3n kalau aku pay cash..minta advise..rase mcm serik nak beli umah lelong...

    ReplyDelete
  10. Tuan sy nak jual umah, tlg beli cash . Harga boleh bincang. Lengkap perabot. Call 0133113939. http://www.mudah.my/Fully+Furnish+Pandan+Cahaya+ShopApartment+near+LRT-23518155.htm

    ReplyDelete
  11. mcm mana nk siasat hutang2 tertunggak, bil2 dan cukai pintu rumah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukai pintu cek dgn majlis bandaran msg2. Cthnya mppj, mpkb dll.

      Bil api cek ngn tnb.
      Air dgn syabas.
      Maintenance dgn pihak maintenance.

      Delete
  12. bila tertekan..peluang sana-sini semua nampak. hehe..

    ReplyDelete
  13. Nak tanya pendapat..saya refer website kerajaan ni www.instun.gov.my ada iklankan pasal seminar PROSIDUR LELONG HARTANAH MALAYSIA. Seminar di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar pada 21/6/2014 Hari Sabtu. Topik nampak sesuai sangat...1) Tatacara Lelong Awam Pejabat Tanah 2) Tatacara Lelong Awam Mahkamah Tinggi 3) Percukaian dan Aplikasi GST Dalam Urusniaga Hartanah 2015.
    Ada diberi no tel 01123434740/45 mejar (B) Azmi rahman - Pendaftar TUNAS..Penganjur adalah sekretariat TUNAS (Tanah dan Ukur negara Untuk Awam dan Swasta), Institut Tanah dan Ukur Negara.
    Rasnya ok ker seminar ini???Tolong advise ya..tq

    ReplyDelete
  14. semua seminar ada kekuatan masing2. tak rugi pun join semua seminar, invest in urself 1st before start to invest in the market.

    ReplyDelete
  15. Masih dapatkah rumah dengan harga 30k sekarang ni? Mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih boleh dapat lagi. bergantung kepada kawasan la. kalau nak dapat di kawsn hot spot, mmg ssh la. kalau di kawasan suam-suam kuku insyallah ada lagi.

      Delete
  16. Tengah cari ilmu tentang hartanah ni sambil intai peluang rumah lelong. Terima kasih berkongsi.

    Artikel terkini : Tips Sebelum Beli Rumah Lelong.

    ReplyDelete
  17. Saya suka baca blog ni.
    Memberikan inspirasi.
    Tahniah.

    ReplyDelete