Monday, November 26, 2012

Unit lelong - Ketuk Pintu untuk Tahu itu owner @ penyewa..

Jika kita dah berminat dgn satu unit lelong ni, tapi unit tu berpenghuni. Apa nak buat? Nak teruskan masuk bidding jugak atau nak lupakan ajer unit tu, cari unit lain jer.

Sebelum tu, kita cerita psl risiko dulu. Aku suka dgr cerita yg x sedap dulu sblm dgr part yg sedap. Jgn duk syok dgr yg sedap jer, yg untung puluh-puluh ribu sehingga terlupa pada cerita yg tak sedap, cerita yg kerugian puluh-puluh ribu..

Antara risiko yg mungkin timbul dlm membeli unit lelong yg berpenghuni:
- penghuni lama tak mau keluar rumah tu bila korang dah menang rumah tu nanti.
- jika keluar pon, penghuni tu rosakkan rumah tu. dia pecahkan tiles, wiring dia buang, lampu kipas tu kirim salam jer la. Dan pernah ada kes, penghuni masukkan simen dlm saluran tandas dan jamban. Rumah apartment/flat mmg byk cerita la kalo kena kes ni, sbb nak repair tu bknnya melibatkan rumah tu shj, tapi melibatkan juga rumah2 di bwh tu, sbb piping lalu ikut rumah bwh.

So, camner? Boleh teruskan dgn niat utk beli rumah lelong yg berpenghuni tak??

Pandangan aku, boleh beli..
Tapi, kena selidik dulu saper yg tinggal dalam rumah tu. sebaiknya ketuk pintu dan tny sendri dgn penghuni rumah tu.
Apasal, takut?? Hehe, aku dulu pon takut jugak, tengok jer rumah berpenghuni terus cancel niat nak masuk lelong.. Cari unit lain.

Ketuk jer pintu, lps tu tny awak ni owner atau penyewa.
Introduce diri dan bg tau yg rumah tu dh nak kena lelong. Cakap yg anda berminat nak beli rumah tu nanti. So kamu (penyewa/owner) mcm mn?
Lps tu dia ckp la, smada nak continue sewa (penyewa) atau tak mau pindah (owner).
Dari jwpn diorg, kita bole nilai smada diorg ni senang utk deal di kemudian hari atau tidak.

Biasanya jika penyewa, masalahnya tak besar sgt. Biasanya diorg boleh continue sewa dan duit sewa akan dimasukkan kedlm akaun anda. Ambil peluang ini utk menaikkan sewa rumah, jika sewa lama adalah rm400, anda naikkan la jadi rm450-rm500 bergantung kpd pasaran. Jika penyewa tak setuju, maka notis keluar rumah boleh diberikan.

Hah, kalau owner yang tinggal dlm unit tu, kes berat skit. Apa2 hal kena bincang sebelum masuk lelong dl utk mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku di lemudian hari. Tanya dulu yang owner nak keluar bila? Jika dia cakap dia sanggup keluar tapi perlu masa utk cari rumah sewa yg lain, anda boleh masa 1-2bulan slps tarikh mng. Jika dia berkeras tak mau keluar rumah tu, lebih baik lupakan jer la, akan pening kepala anda nanti.

Jika owner cakap dia nak tinggal situ, tapi akan byr sewa pd anda, kirim salam jer la pd owner tu. jgn sekali-kali aetuju. Sedangkan ansuran bank pon dia tak bayr menyebabkan rumah tu dilelong, apatah lagi duit aewa yang nak kena byr pd lorang.

Aku pernah beli rumah yang ada owner dalam tu, dan owner dalam tu berpangkat Abang Long dalam satu pertubuhan di kwsn tu. Nanti aku share dgn korang di dlm post akan dtg.

13 comments:

  1. salam

    hari sabtu lps pi survey rumah lelong kat taman perdana putra, puchong...cancel, tak jadi masuk lelong

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak dengar citer pasal abg long

    ReplyDelete
  4. dia siap memperkenalkan diri sebagai abg long ke..?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lps pada beli, masa nak suruh dia keluar dari rumah tu br lah dia perkenalkan pangkatnya

      Delete
  5. Replies
    1. nasib baik la aku bwk bonzer aku masa deal tu

      Delete
    2. Bonzer x bonzer laa.. Keras jgak tgk anak atok Long tu.. Ahahaha

      Delete
  6. twist kat ujung crite mmbuat pmbca sume trtnye2 & trtnggu2.. pndai sngguh penulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk lagi nak kena bljr dari segi gaya penulisan..

      Delete
    2. Smlm pi ketuk pintu unit utk dilelong kt subang suria.. klua bro botak, 'awk jgn silap. sy syg rumh ni. da byk buat. sy da settle dgn bank...'. senyum je la..

      Delete
  7. nak dgr sambunagn citer bang long haha

    ReplyDelete
  8. nak dgr sambunagn citer bang long haha

    ReplyDelete