Monday, November 5, 2012

Tips Mendapatkan Penyewa Dengan Pantas

2 - 3 ari lepas aku ada iklan kan salah satu rumah aku di Puchong Permai. Aku iklan kan dlm blog aku dan juga dlm mudah.my. Market sewa kat sana dlm rm650 shj, tapi unit basic jer la. Unit aku lak dh ada kitchen cabinet, wardrobe dan juga aircond. Disebabkan penambahan yang ada ni, aku naikkan sewa menjadi rm750.

Pagi semalam ada org call nak tgk rumah.  Aku set appoinmnt pukul 6 ptg.
Kenapa aku set appoinment pukl 6 ptg, sedangkan dari pagi tu lagi aku free dan yg nk view rumah tu pun free jugak?

Potential tenant 1 (PT1) call dalam pukul 9pg, aku dan dia free ms tu, tapi aku set appoinmnt pukul 6 ptg. Ini disebabkan oleh dlm jangka masa 9 pagi - pukul 6 tu aku BERKEMUNGKINAN mendapat beberapa lagi potential tenant lain yang sempat tgk rumah pd pukul 6 ptg juga.

Andaian yang aku buat membuahkan hasil. Pukul 1ptg, ada org sms aku nak view rumah. Jeng jeng, trick aku menjadi. Aku reply sms cakap aku free hanya pukul 6 ptg ni. Jika tak, lagi 3 hari lagi baru boleh view. PT2 cakap ok, dia akan pegi tgk rumah pukul 6 ni.

Pkl 5.50ptg aku dh smp kat apt tu. Aku sms kat PT1 dan PT2 ckp aku dh smp, jumpa kat rumah no D-X-X. PT2 call cakap dia dah smp, kat lif. Aku dan PT2 masuk ke dalam rumah. Aku bukak semua lampu yang ada dalam rumah tu. Kenapa? Sbbnya aku nak bagi rumah tu cerah dan menampakkannya berseri-seri dan sedia untuk didiami.

PT2 cuba nak nego dgn aku, dia mintak rm700. Belum aku sempat respon, hp aku berbunyi, PT1 call tny rumah no berapa. Aku jwb call tu dngan suara yang agak kuat dan lantang. PT2 terdengar perbualan aku, dia tanya ada orang lagi ker nak tengok rumah ni? Jeng jeng jeng.. Skali lagi mengena.. Aku cakap ada, dia kat lift tu. Belum sempat PT1 smp, PT2 cakap dia setuju menyewa rumah ni. Berapa sewanya? sudah tentulah rm750. Yang dia minta kurang tadi tu, aku belum sempat jwb lg, selamat jugak belah aku sbb harganya maintain 750.

PT1 selepas beberapa minit bgtau yang diorang berminat untuk menyewa rumah ni jugak. Dan dengan berat hati aku terpaksa menolak disebabkan aku sudah bersetuju dengan PT2 td.

Korang nampak tak pressure yang aku cuba wujudkan dengan membuat temujanji dgn 2 bakal tenant serentak. PT2 terus shj bersetuju dengan harga rm750 walaupon baru sahaja dia mintak kurang kepada rm700 sejurus shj mendapat tahu yang ada nya PT1 yang hendak view rumah.

Terus shj dia menyerahkan 2+1 bersama deposit utiliti rm400 kpd aku sbg tanda jadi. Dan aku juga terus shj handover kunci rumah kpd PT2. PT2 akan melangsungkan perkahwinan sabtu ni, semoga kekal ke anak cucu dan jaga lah rumah ku dgn elok. Tu lah pesananku kpd PT2 sebelum balik.



Ada kisah lagi dengan PT1.. Belum habis setakat tu shj. Sambungan cerita PT1 aku akan ceritakan di post seterusnya.

16 comments:

  1. aku pon tiru dari sifu aku, Firdaus wahab dan wan ishak yg byk mengajar aku.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. teknik yg terbaek! kite tak rugi malah untung lagi. menyenangkan kerja. jadi next time kalau ada penyewa nk tgok rumah, set lewat petang. bgos2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kpd Hari. Jika weekend, boleh di buat ptg. Jika weekday, elok di buat mlm, sbb org keje smp pkl 5ptg.

      Delete
  4. terbaeklah... bab PT ji.aku penin bile diorg bawak parent sekali jerk.. macam2 mak bapak diorg tanyer.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu.. mak bapak dirog tu ambil berat ttg anak mereka..

      Delete
  5. saya pernah kene dngn student, bawak 1family dtg nak tengok umah... pape pun masih blajar... terima kasih tuan

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete