Tuesday, November 6, 2012

Sambungan kisah PT1

Ni aku nak sambung pasal PT1. Kesian plak aku tgk kat PT1 ni. Pasangan muda suami isteri. Si isteri bekerjaya sbg guru di Pahang dan si suami bekerja di KL. Si suami jadi weekend husband la, dan aku pernah mengalami saat-saat yang sama selama hampir setahun.

Si suami masih lagi tinggal bersama dgn kawan-kawan bujang dulu. Cuti sekolah dh nak bermula, si isteri nak datang KL dan tinggal bersama si suami. Mana best tinggal dlm rumah bujang kan. Maunyer terperap dlm bilik jer. Nak keluar ke tandas pon tak selesa.

Kesian kat PT1.. Dah tak ada rezeki korang untuk menyewa apt aku, nak buat camner. Tapi aku masih ada tawaran lain. Korang igt tak aku pernah ceritakan yang aku ada menang satu rumah lelong di Putra Perdana last month kalo tak silap, rumah client aku punya. Secara kebetulannya rumah client aku tu tengah di persiapkan untuk disewa. Dan kebetulan juga masa tu client aku tgh bersihkan rumah tu.

Aku menawarkan rumah client aku tu kpd PT1. Harga sewanya murah berbanding Apt aku, maklum la, rumah client aku ni flat tingkat 4. Sewanya rm450, deposit 2 bulan + utiliti rm200. PT1 bersetuju untuk view rumah tu. Terus shj aku bawak ke rumah client aku tu setelah aku selesai urusan dgn PT2.

Smp jer ke rumah flat tu, client aku tgh sibuk mop lantai, rumah dah kosong tapi beberapa kerja masih lagi perlu di lakukan spt mengecat, pasang kipas siling, pasang sinki dan pasang gril.

PT1 nego rm400, maaf la tak dapat. Client aku nak rm450 jugak (setelah diracun oleh aku, hehe).. PT1 sanggup bayar rm500 tapi keadaan rumah mestilah partial furnish. Mmmm.. Aku berbincang dgn client aku mengenai request PT1. Beberapa pro & con di teliti. Pro nya, dapat harga sewa mahal iaitu rm500. Con nya, kalau PT1 tinggal hny untuk 1 tahun atau kurang, dan next tenant tak mau perabot sedia ada tu, mana nak campak. Sedangkan kos beli perabot tu belum pon lagi break even. Jika kos pembelian perabot lebih kurang rm2k, dan kenaikan sewa hanya rm50 sebulan. Ianya memerlukan 40 bulan untuk break even.

Client aku memutuskan untuk tidak bersetuju dgn request tersebut. si isteri memang dah ok dengan rumah tu, tetapi si suami ingin mencari rumah lain yang rendah sikit. Bagus juga rumah tingkat4 ni, korang boleh bersenam tanpa sedar. Baik untuk kesihatan. Huhu..

Jadi rumah client aku ni belum lagi disewakan dan ianya belum lg di iklan kan. Mungkin esok baru nak iklankan setelah pasang tikar getah. Sesi siang tadi aku telah habiskan mengecat rumah tu. Baru lah bersinar-sinar, berseri-seri bila next potential tenant dtg view.

Jika ada kawan-kawan yang berminat untuk menyewa Flat Siantan, Puchong Putra Perdana, tingkat 4 boleh lah menghubungi aku, 017 939 1161. Sewanya rm450 shj.



Ruang Tamu, putih menawan..

Ruang dapur




2 comments: