Wednesday, November 7, 2012

Rumah Yang Patutnya Kosong Tiba-Tiba Ada Negro

Pengalaman yang aku baru dapat ptg semalam. Masih lagi panas... Panas plak hati aku bila aku tgk geng2 negro ni buat kwsn tu mcm kampung halaman diorang jer..

Rumah ni merupakan rumah salah seorang pakcik client aku. Pakcik dia ni agak berada dan tinggal di pantai timur. Pakcik ni ada satu apartment kos sederhana di Puchong Putra Perdana.

Dari info yang aku dapat, unit ni pernah di sewakan satu ketika dahulu kepada seorang budak perempuan bujang. Mulanya pembayaran sewa berjalan baik sehinggalah pada satu ketika, budak perempuan ni tinggal free tanpa membayar sewa untuk tempoh yang agak panjang, lebih dari setahun.. Setahun duk free tu, best giler dapat jadi penyewa..

Dan di sebabkan oleh faktor kesibukan dalam dunia perniagaan yang di hadapi oleh seorang businessman, maka si pakcik ini membiarkan sahaja penyewa tu tinggal free tanpa bertanyakan khabar mengenai sewa. Setelah dinasihatkan oleh client aku ni, maka si pakcik menyuruh anaknya untuk mengusir penyewa perempuan tu dari rumah tersebut. Perempuan tu keluar dan rumah tu dikunci oleh si anak. Setahun berlalu selepas perempuan tu keluar, rumah tu masih lagi kosong dan berkunci.

Client aku rekemen kpd pakcik nya untuk menggunakan servis aku untuk mendapatkan penyewa bg unit tersebut, daripada dibiarkan kosong, dapat rm450 sebulan pon ok jugak.

Nak dijadikan cerita, kunci rumah tersebut yang ada dalam simpanan si anak telah hilang, tak dapat dikesan. Nampaknya terpaksa la aku pecah masuk rumah ni, dah macam rumah lelong plak.

Petang semalam, lebih kurang pukul 330 petang, hujan boleh tahan jugak lebatnya, aku ke unit tersebut. Kelengkapan pecah rumah yang biasa aku gunakan, aku bawak bersama. Dalam pukul 4 aku tiba ke destinasi.

Belum masuk ke kawasan apartment tu lagi, aku dah nampak beberapa orang negro. Masuk ke dalam kawasan apartment tersebut dan mata aku mula mencari Blok I. Nampak lagi beberapa kelibat negro. Mak aii, ni memang dah jadi kawasan diorang ni.. Dah rasa macam duk kat Mentari Court atau pun Lagoon Perdana jer.

Yes, Jumpa jugak Blok I. Terus aku mencari unit no 10. 1 tangga hanya serve 4 biji unit setiap tingkat. Agak privacy, kadang2 terlalu privacy jugak boleh bertukar menjadi scary jugak. Unit ni di tingkat 4. Sebelum aku naik ke tingkat 4, aku ke post box dulu. Double check nama owner dgn counter check surat-surat indah water dan bil api. Betul, nama di surat tu adalah sepadan dengan nama pakcik client aku. Tak silap rumah.

Sampai jer ke tingkat 4, keadaan agak suram. Ke empat-empat unit di tingkat 4 tu seolah-olah tidak berpenghuni, melihat dari keadaan kaki lima yang tidak bersapu dan juga tiada selipar/kasut di luar rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga aku ketuk pintu jiran sebelah unit client aku ni. Tiada respon. aku ketuk lg pintu unit2 lain, juga tiada respon.

Belum sempat aku turun untuk mengabil tools pecah rumah, jiran sebelah unit client aku bukak pintu. Keluar seorg remaja lelaki. Aku introduce la diri aku dulu, dan aku minta nak pakai elektrik rumah dia skjp untuk aku potong solex rumah sebelah ni. Dia bg green light jer, TAPIIII dia cakap rumah tu berpenghuni.. dan penghuni nya adalah negro...

Terperanjat aku, rumah yang sepatutnya kosong, tiba-tiba ada negro... Aku call client aku. Dan dia juga terkejut, tak pernah pakcik dia sewakan unit tu kepada orang lain setahun yg lps apatah lagi pada seorang negro.

Kalo korang di tempat aku, apa yang korang buat?

A: Tinggal kan notis dan suruh npenyewa negro tu call korang/client korang (tuan rumah)?
B: Teruskan niat pecah rumah dan tukar kunci?
C: Biarkan shj, balik dan report status kpd client?
D: Atau apa yang korang nak buat?

p/s:- Aku punya tindakan akan aku kongsikan di post yg setrusnya...


11 comments:

  1. jumpa negro tu. buat aggrement Baru. So x payah nak cari penyewa dah. pastu kalu leh up sikit sewa tu sebab diorang dah duduk dulu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dgr negro jer dah panas... kirim salam jer la nak sewa rumah aku.. walaupon ni bukannya rumah aku, aku strongly recommend to not continue with this negro..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Suspen lak entri ni. Entah2 silap tgk nombor rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah amik langkah berjaga-jaga, double check dgn bil utiliti dlm post box, mmg nama sama. itu bermaksud, rumah nya dah betul..

      Delete
  4. Dah confirm kan status rumah masih milik pakcik tu? Takut dah terlelong unit tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm pernah kena jer kes gitu.. hehe

      Delete
    2. hahaha.. mane la tau kan.. better check sebelom silap.. pendapat aku, buat B kendian A pastu baru C (buang ayat 'Biarkan shj')

      Delete
  5. Perghh.. tak sabar nak tunggu tindakan dari Abam Shahril. Kalau saya mungkin jumpa si negro dan bagitau dia.. Tengok tindakan mereka

    ReplyDelete
  6. pecah rumah kosong yg berjiran dgn rumah tu. pastu mintak dorang pindah ke sana.. settle. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak ubah macam India dari Sri lanka (dlm part II) la kalo aku buat gitu..

      Delete