Monday, November 19, 2012

Rumah Sewaku -ve Cashflow.

Apa nak buat, rumah sewa -ve cashflow..

Ini yang terjadi pada salah satu unit aku. Unit ni aku beli 2 tahun lepas rsnya, aku pon dah lupa bila, tapi bukannya tahun ni.

Unit ni aku menang lelong pada harga rm36k. Harga reserve unit ni 26k jer. Seperti yang menjadi idaman setiap bidders, mesti la mengharapkan reserve price kan.. Aku pon berharap benda yang sama. Tapi apa kan daya, ada 3 org bidders. Lawan la nampak gayanya..

Aku dah setkan budget aku. Memang aku aim 50% below mv. Dan setelah perkiraan di buat, aku buat keputusan yang harga tertinggi aku sanggup lawan adalah sampai RM36k shj.

Lawan punya lawan, bidders tu angkat harga rm35k. Aku bisik kat kawan aku, ni last bullet aku ni. Sambil tangan kanan mengangkat paddle dengan lemah. Pelelong panggil ada 37k? rm36k satu kali, dua kali, rm36k 3 kali, SOLD... Yes.. Alhamdulillah, rezeki aku di bullet yang terakhir. Aku panggil unit ni sebagai Apt L.

Tips: aku tak suka setkan limit aku di angka senang. Cthnya 30k, 35k, 40k, 45k.. Aku suka set di angka yang strsnya mcm 31k, 36k, 41k, 46k.. Tu cara aku. Justifikasinya, orang normal akan mudah utk meletakkan target budget pada angka2 senang ni. jadi aku ni orang yang luar biasa, so aku set kan pada angka yang luar biasa juga.

Unit ni kosong, so aku lakukan Ops Pecah Rumah slps aku dapat kontrak jualan. Aku pegi buat OPR dengan bini aku. Masa tu bini aku tgh pregnant 4-6 bulan. Terbuka jer pintu, rumah di penuhi dgn sampah sarap. Tiles bilik air pecah. Ada free gift aircond kat master bedroom.

Tiles aku upah indon, rm350 siap barang. Kemas rumah dan cat aku buat sendri. Jimatkan kos. Market sewa situ sekitar rm300-350 shj. So aku iklankan RM350.

So, 1 bulan slps auction jer, rumah tu selamat aku sewakan pada harga rm350. Loan aku br apply, blom pon lagi stat bayar. Dapat la 2 bulan aku duit sewa free.

Loan aku mintak rm32k, installment rm150 gitu. Masih lagi +ve cashflow rm170 setelah di tolak rm30 maintenance. Bulan ke 7, aku home extra kan rumah tu ( refinance, produk cimb dipanggil sbg home extra ). MV rm80k, aku dapat lagi cash rm39k. Installment utk home extra shj rm200.

jadi, total installment adalah rm350 dan maintenance rm30, jadik rm380. Sedangkan sewa rm350 shj. Negatif rm30 tu. Rugi aku setiap bulan. Tapi aku ada rm39k kat tgn.

Sewa            = rm350
Installment    = rm350
maintenance = rm30
CASHFLOW =  negative rm30.

Jadi mcm mana aku sanggup -ve rm30 setiap bulan... Mana boleh aku negatif cash flow, aku nak kena bagi positif balik. MESTI..

So, dengan rm39k tu, aku beli 1 lagi unit lelong pada harga 24k, aku panggil Flat PP. Alhamdulillah, aku dapat RP. Rumah ni plak aku sewakan pada harga rm330. Ingat, aku beli rumah ni cash, tak ada installment. jadi rm330 aku dapat bulat-bulat jer. Maintenance rm5, tu pun penyewa yang bayar.

Sewa            = rm330
Installment    = rm0
maintenance = rm5, tapi penyewa yang bayar.
CASHFLOW = positif rm330 

Skrg, cuba gabungkan kedua-dua biji rumah ni.

Sewa            = rm350 + rm330 = rm680
Installment    = rm350 + rm0 = rm350
maintenance = rm30 + rm0 = rm30 
CASHFLOW =  rm300, dan paling penting, ianya POSITIF..

tak lupa juga, masih ada baki labih kurang rm15k lagi. (rm39k - rm24k). Boleh la aku buat bayar kad kredit..


Nampak tak, korang kena kreatif. Just pusing-pusing jer duit tu. Letak duit tu di tempat yang boleh generate more money for u.




26 comments:

  1. terbaik lah bro..ko mmg kreatif

    ReplyDelete
  2. betul bro.. ko memang kreatif.. dari -ve cash flow masih lagi ada cara nak buat jadi +ve cash flow.. yang penting otak kena kreatif cari jalan.. apa2 pun thanks for sharing bro

    ReplyDelete
  3. ramai lg yg kreatif.. cara ni x der la hebat sgt, biasa2 jer..

    ReplyDelete
  4. Nie la orang ckp pemikiran seorang pelabur yang bijak. Guna duit bank untuk jana lebih banyak income

    ReplyDelete
  5. Pawer ranger la bro.. ade gak mIntenance rm5 jek.. hehehehe..

    ReplyDelete
  6. senang jer nak selesaikan,just pusing2kan duit tu,memang kreatif bro..cuma yg kad kredit tu buat apa yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad kredit tu aku guna utk beli brg2 keperluan/dapur.. ada la 1-2k sbulan..

      Delete
  7. hebat..!!! berfikir luar daripada kebiasaan...

    ReplyDelete
  8. cerdik.. tp nk dpt rumh hrga2 cmtu cmne ek bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki bro.. utk tahun ni cthnya.. dari awal tahun aku masuk lelong, kalah manjang.. rumah ke 8 aku masuk lelong utk thn ni, br lah aku mng dlm budget yg aku tetapkan. maklumla, aku ni budget kecik.. peluang nak menang pon kecik la.. janji aku cuba..

      Delete
  9. Baguslah Tuan dpt sokongan isteri wlwpun masa ngandung...camne yek nk sokongan dr isteri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dia x nak ikut, aku tinggal jer dia kat umh. hehe.. dia ikut sbb dia bosan duk umh la tu..

      Delete
  10. bagus tips nih...memang bertuah dapat 2nd rumah tu dengan harga RP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki.. aku pernah beberapa kali masuk lelong dgn harapan RP, dan budget max aku adalah harga RP tu sendri. Jika ada 2 org masuk, aku senyum jer la, dah tau awal2 lagi aku dh kalah. hehe

      Delete
  11. bro, dapat bank mana loan 32k tu? loan rumah ke personal?

    ReplyDelete
  12. best..best..best.... tq for sharing.. berilmu sangat... tp sy takut utang byk.. asyik dok refinance, bila nak abis utang.. ehee... maybe sy lum nampak potensi kt situ...

    ReplyDelete
  13. Sangat menarik perkongsian ini. Cuma macam banyak persoalan yang nak ditanya pada Tuan Shahril...
    Ada masa boleh kita sembang makan roti canai. 0137041584
    tq

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum tuan,,tumpang tanya kalau buat loan homextra tu berapa bulan kita boleh dapat duit nya ya? Kata kan kita submit application bulan January, bulan berapa ya dah boleh dapat duit?

    ReplyDelete
  15. Satu yg sye nak tanya ,,,sye sekarang duk kat Selangor...boleh tak kalau nak beli rumah low cost negeri Johor?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete