Thursday, November 1, 2012

QnA - Tenancy Agreement

how u use the tenant contract to apply loan?



Mula-mula sekali aku terangkan pasal tenant contract dulu. Tenant contract yang di tny oleh saudari borneo ni adalah sama dengan Tenancy Agreement atau pon perjanjian sewa rumah.

Saper yang perlu sediakan Tenancy Agreement (TA) ni?
- Boleh suruh lawyer yang sediakan. Caj akan dikenakan nanti oleh pihak lawyer. Brp rm aku x tau, tu bleh nego la nanti. Kalau lawyer yg dah biasa berurusan, boleh mintak free jer kot.
- Boleh jugak sediakan sendiri. Aku buat sendiri jer TA ni. Buat ayat yang aku dan orang kebanyakan paham. Jika bahasa lawyer ni, bukannya aku paham pon.

Apa yang perlu ada dlm TA ni?

- Mestilah kena ada maklumat tuan rumah dan penyewa. (Nama, IC, No tel, alamat).
- Mestilah kena ada Address unit yang di sewakan tu.
- Mestilah kena ada harga. Harga sewa, deposit dan juga pemberitahuan keluar (notis keluar rumah, penyewa/tuan rumah hendaklah memberi notis 2 bulan awal sebelum keluar dari unit. Tu contohla).
- jgn lupa masukkan nombor akaun dlm tu utk pembayaran sewa. Amat tidak digalakkan untuk mengambil cash.
- Kalau ada kelengkapan dalam rumah tu, boleh dimasukkan sekali. Buat satu senarai barang apa yang ko sediakan dlm rumah tu. Cthnya aircond 2 unit, almari 3 unit, katil 3 set, set meja makan, tv dll). Jadi masa diorang nak keluar esok2, semua barangan ni mesti ada. Kalau tak ada, sama ada kena ganti ataupun tolak deposit, bergantung kpd budi bicara la.

Kena Stamping ke?

- Seeloknya pegi la matikan setem kat pejabat hasil tu.
- Ianya akan jadi lebih "kuat" di mata pihak bank bila mana ianya digunakan sebagai support document bila nak mintak loan esok2.
- Sesetengah bank tidak ambil berat tentang stamping ni, tapi ada sesetengah bank yang ambil berat.

Setel bab TA. Skang aku masuk bab bank statement plak. TA dan bank statement diibaratkan sebagai pasangan dua sejoli. Ianya tidak dapat dipisahkan.

Kenapa bank statement ni penting?

Ianya adalah bukti yang menunjukkan korang ada menyewakan unit korang tu dengan jumlah RM yang tertentu. Sebagai cth, dalam TA dinyatakan unit tu disewakan pada kadar rm800. Jadi dalam bank statement jugak, setiap bulan MESTI ada duit masuk RM800. Jadi bank statement ni akan match dengan TA tu.

Baru lah pihak bank akan mengambil kira rm800 ni sebagai pendapatan sampingan korang.
Jadi masa korang submit dokumen untuk apply loan esok2, korang submit la skali TA dan bank statement tu.


p/s: aku terpaksa rahsiakan profil Gadis Borneo ni, aku takut BRO ni add fesbuk Gadis Borneo ni lps ni..

11 comments:

  1. Hello,

    Kalau pihak bank ambil kira rental income tu untuk membolehkan kita apply loan, wajibkah rental income tu declare dengan LHDN? Kalau tak declare berdosa tak?

    Satu lagi, kalau kita dah menang bid rumah lelong yang mana rumah tu masih ada tenant, TA tu still valid tak?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer tak declare dgn LHDN.
      Berdosa atau tidak aku tak leh nak jwb, kena tny pada yg lebih arif.

      Maksud ko TA owner lama dgn tenant tu?
      Mana valid dah, TA ni mesti diantara owner baru dgn tenant tu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bro, kalau dalam tenancy agreemnt kata kena bayar sewa setiap 1 hari bulan setiap bulan dan tidak melebihi 7 hari berikutnya...tapi penyewa kadang2 bayar on time & kerap bayar selepas tempoh perjanjian, makna kata TA dan bank statement tak selari..walaubagaimanapun duit sewa tetap dapat setiap bulan, cuma tenant bayar tak cantik (walaupun wajahnya cantik)...adakah situasi ini pihak bank akan ambil kira?

    ReplyDelete
    Replies
    1. camner yer.. aku pun kurang pasti jugak perspektif dari pihak bank. Yang pernah aku diberitahu dulu oleh seorg officer bank, dia kata yg penting ada TA dgn bank statement. Ttg date tu aku rs tak ada isu besar sgt.

      insyaallah nanti aku bg tips "tenancy agreement maya"...

      Delete
  4. ohyeke..kalau xde isu besar, bagus la mcm tu..tenkiu bro

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tenancy agreement maya???
    hehehe....menarik utk dikongsikan...
    boleh buat kewa BMW 5 series nih

    @Hipokalistra Malikustik

    ReplyDelete
  7. Salam. Boleh tak buat TA maya pada kete persendirian yg di sewakan secara maya.. maksudnye.. takde penyewa pon.. cuma buat mcm ade penyewa..procuder sama ke mcm rumah.. rasa rugi pulak ade dua kete.. tp satu lg kete jarang guna sbb standby kt kg untuk org tua sye.. plss respon sifu..

    ReplyDelete
  8. Salam. Boleh tak buat TA maya pada kete persendirian yg di sewakan secara maya.. maksudnye.. takde penyewa pon.. cuma buat mcm ade penyewa..procuder sama ke mcm rumah.. rasa rugi pulak ade dua kete.. tp satu lg kete jarang guna sbb standby kt kg untuk org tua sye.. plss respon sifu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah mencuba kan. kalau bank reject, tak ada rezeki la tu, kalau bank terima, ada rezeki la tu. hehe

      Delete