Tuesday, November 13, 2012

Perunding Hartanah Berdaftar

Alhamdulillah, semalam aku dah registerkan diri aku sebagai perunding hartanah yang berdaftar. Insyaallah aku akan menguruskan jual beli hartanah dan kawasan yang aku pilih adalah kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal aku iaitu Puchong, Putrajaya dan Seri Kembangan.

Kepada kawan-kawan yang ada unit untuk dijual, saya bersedia menawarkan khidmat saya untuk anda. Free consultation, banker and lawyer also will be provided with no additional charge.

Sebelum ni aku dah pernah menjual sebuah rumah, iaitu rumah pakcik aku. Masa tu aku masih lagi belum berdaftar dengan mana-mana agensi. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku buat apa yang aku dah tahu, dan semestinya benda yang aku minat iaitu hartanah.



Banyak lagi benda yang aku tak tahu dalam pelaburan hartanah ni, baru jer mencecah 3 tahun aku terlibat dalam industri ini. Jika sebelum ini, aku lebih kepada beli untuk diri sendiri sahaja. Bermula tahun lepas, aku mula memberi khidmat nasihat dan membeli unit bagi pihak kawan-kawan aku. Jadi, sekarang aku rasa dah tiba masanya untuk aku mendapatkan pengalaman baru dalam sudut sebagai seorang perunding hartanah. Semestinya aku akan menggunakan platform ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam industri hartanah ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan, kepadaNya aku berserah.

Jangan malu, jangan segan untuk menghubungi aku di talian 017 939 1161 jika anda atau sedara mara atau kawan-kawan anda mempunyai hartanah untuk dijual. Ucapan terima kasih aku dahulukan atas sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan semua.

1 comment:

  1. hebat ko...3 tahun je..dah boleh jadi konsultan..part time ke

    ReplyDelete