Wednesday, November 14, 2012

Part III: Rumah Yang Patutnya Kosong Tiba-Tiba Ada Negro

Seperti yang dijanjikan, ari selasa aku call Jamal. Dia kata kwn dia dan pindah, cuma ada 1 meja jer lg. Yang lain dia dah bawak pergi. Cantek. Aku cakap pukul 1tghr aku pegi sana, ambil kunci.

Disebabkan oleh ramai kawan-kawan aku syorkan aku bawak member teman, jangan pegi sorang diri jer, aku bawak abang ipar aku temankan aku. Takut-takut ada perkara yang di luar jangkaan akan berlaku. Pukul 1 aku sampai sana, dan negro tu 10 minit lagi sampai. Aku plak yang kena tunggu negro tu, hampeh tul.

Dia sampai jer, aku bagi salam dan dia bukak pintu. Dia minta maaf sebab dia tak tahu yang Sri Lanka tu penipu. Ramai kawan-kawan dia yang terkena dgn Sri Lanka tu. Dia sewa rm400 sebulan, deposit 2 bulan dan utiliti 1 bulan lagi. Total rm1800. Dari bulan lepas lagi dia try hubungi Sri Lanka tu sebab rumah tu ada leaking, tapi tak dapat contact. Haha, masyukk la Sri Lanka tu.. 1.8k sebiji rumah, kalo 10 bijik dah 18k. Dah boleh balik kampung tu..

Negro ni memang pandai cakap, patut la ramai gadis-gadis tempatan yang sangkut dengan mamat negro ni. Dia punya cakap tu, menyebabkan ko tak jadi nak marah pada dia.

Ni lah dia, negro yg terlibat.. Tinggi tu mamat tu. geng dia sorang lg ada kat luar, aku x sempat amik gmbr.



Aku ingatkan datang ari ni nak collect kunci. Tapi tak ada satu kunci pon aku dapat dari negro ni. Solex tu yang negro tu punya, dia amik. Kunci grill tak ada, dah rosak. Tombol pintu utama plak tak ada. Jadi nak tak nak, aku terpaksa pegi hardware, beli tombol pintu dan solex.

Sempat la jugak aku tgk apa kerosakan yang ada pada rumah tu. aku tengok ada leaking di bhgn ruang tamu dan bilik. Yang ruang tamu tu agak teruk leaking nya. Penyewa lama dah cat kaler pink untuk cover kesan leaking tu pada dinding. Yang kat siling pon dia cat jugak kaler putih krim.

Leaking di bilik tidur.

Leaking di ruang tamu. Cat kat siling dan dinding pink tu utk cover kesan leaking la.

Sliding door, dia punya aluminium tu tercabut..


Kebetulan plak, aku ada kenal dgn sorang Indon. Dia ni memang buat kerja-kerja repair merepair ni. Aku call dia dan kebetulannya dia memang ada buat kerja kat area sana. Elok sangat la tu. Aku pegi amik dia, siap pinjam tangga lagi, bawak dia tengok kerosakan tu, dan estimate kos repair. Sekali kerja jer, tak yah la aku 2 3 kali pergi sana nak bawak kontraktor lain plak.

Dia panjat keatas dan tgk apa yang rosak. Aku dok bawah jer, malas aku nak panjat jugak. bukannya sejuk pon kat atas tu. Dulu aku dah pernah repair tangki rumah aku, panas giler atas tu.

Dia bagi estimate kos yang terlibat dgn upah dia skali. Boleh tahan jugak la upah dia tu. Fikir secara logik pon, dia memang kena panjat keluar dari bumbung tu, tak boleh repair dari dalam. Jadi mungkin kos upah tu termasuk dgn risiko dia akan jatuh dari tingkat 4. Dia kata kalau bgnn yang lagi tinggi, cthnya tingkat 13, lagi mahal la upah dia. Gayat tu beb. Tak sanggup aku.

Malam tu aku hantar estimate kos pada client aku, still lagi menunggu green light dari owner la.

6 comments:

  1. cerita yang semakin menarik untuk dibaca. saya suka.

    ReplyDelete
  2. bagus la ko beringat bawak geng..negro ni bukan leh caye..die boleh pusing kepala ko guna sebelah tangan je..haha [gurau k..]

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time deal ngan negro bro.. pengalaman yg beharga tu..

      Delete
    2. tu lah pasal..aku pun tumpang kongsi pengalaman ko..tq tq

      Delete
  3. Saya suke..pengalaman sgt berharga tu..teruskan mengarang bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman tak boleh beli.. tu yg aku suka..

      Delete