Monday, November 12, 2012

Part II: Kereta Sewa Eksiden

Sambungan...

Lepas jer dapat call dari Bro H, aku call kawan aku, Fuad. Pengusaha kereta sewa di sekitar Gombak, dan main area nya adalah UIA. Berpengalaman beberapa tahun dalam mengusahakan kereta sewa, mempunyai puluhan kereta. Aku juga meminta pertolongan beliau untuk turut bersama aku pada petang ini, tolong aku utk deal kan urusan ini. Boleh aku belajar dari cara-cara deal dia dgn client. Alhamdulillah, dia bersetuju.

Dengan beberapa tunjuk ajar yang diberikan kepadaku, aku bukak balik fail utk tgk branch mana yang uruskan loan kereta aku ni utk aku pergi ambil geran kereta.

Belek-belek fail, aku jumpa jugak, branch Seksyen 15 Shah Alam. Aku google dulu no tel, konfirmkan yang geran aku betul ker ada kat branch sana. Tak nak la aku buang masa pergi sana dan last-last geran tak ada kat sana. Konfirm, geran aku ada kat sana, aku cakap aku akan pergi ambil, dalam sejam lagi aku sampai sana.

Tak sempat nak breakfast, aku pergi ke Shah Alam. Mengharapkan gps jer aku pergi ke mana-mana destinasi. Byk gunanya gps aku ni. Mmg berbaloi-baloi. Dah settle urusan ambil geran kat bank, aku balik kerumah. Tapau makanan tengahari, makan kat rumah.

Lepas jer solat jumaat, mata aku dah layu, tido tak cukup. Aku pickup Fuad kat Gomabk, dan ke Kg Medan untuk pickup client plak. Lagi senang aku fikir jika aku pergi satu kereta jer dengan client ke bengkel.

Sampai ke bengkel, aku tgk keadaan kereta. Dah siap di barai kan. Tak adalah teruk sangat aku tgk. Cuba deal untuk keluarkan dari bengkel tu dan nak repair kat bengkel lain, tapi upah tarik jer dah rm1500. Aku pon tak paham la kenapa nak kena tarik (towing), sedangkan kereta tu masih lagi boleh jalan, setakat bumper ngan bonet skit jer yg rosak. Bengkel berjanji yang hari Rabu ni kereta ni boleh keluar bengkel.

Deal punya deal, last-last tak jadi tarik keluar. Repair jer la kat situ , mengharapkan yang terbaik dan semoga kereta aku cepat keluar. Maklum la, sekarang ni kan cuti sekolah, ramai orang yang kat luar sana memerlukan kereta ini untuk kegunaan mereka. Rasa bersalah plak aku sebab tak dapat nak penuhi niat client.

Dah tengok kete, aku pegi jumpa dengan penarik kete tu, atau nama manjanya "Callman". Callman adalah runner yang biasanya kita tgk pegang walkie talkie tu. Ada jer eksiden, diorang bergegas ke tempat kejadian untuk tarik kereta.

Callman ni nama Bro M, melayu. Banyak gak info aku dapat dari Bro M ni. Dia cakap kereta aku ni tak bersalah, yang bersalah adalah kereta yang last tu. Jadi kes ni dipanggil sebagai Third party case (jgn tertukar dengan third party insurance plak). Third party sebab kereta aku tak bersalah. Kalau kereta yang bersalah tu, dipanggil First party. Biasanya kereta Third party ni cepat jer keluar bengkel, sebab semua claim akan di claim keatas kereta yang bersalah tu.

Bro M ni cover satu lembah klang, jika ada eksiden boleh call Bro M ni dan gunakan khidmat dia. Yang bestnya, dia ni boleh kawtim..

Pada malam kejadian tu, client aku dah panik. Bro M ni yang byk guide dia. Bro M jugak yang bawak ker balai polis buat repot polis. Siap dia tanya dulu ni kereta saper. Client aku bgtau yang ni kereta sewa. Bro M siap advise, jangan bagitau yang ni adalah kereta sewa. Sebab jika kereta sewa, pihak insurans takkan cover. Selamat aku.. semua kos yang terlibat akan di tanggung oleh pihak insurans, claim kereta belakang..
Settle satu masalah.

Sekarang masuk ke topik kerugian yang aku alami disebabkan oleh kereta tersadai dalam bengkel. Aku rugi disebabkan aku tak dapat menyewakan pada client lain. jika 4 hari dalam bengkel, maksudnya 4 hari aku dah rugi.

Sebelum aku meyerahkan kereta sewaku pada client, aku ada satu borang. Borang ni aku isikan details client dan kat bawah tu ada aku letakkan term and condition. Salah satu point dalam TnC ini adalah jika disabitkan dengan kemalangan, makan penyewa akan membayar gantirugi sehingga kereta keluar dari bengkel. Kiranya jika 4 hari dalam bengkel, maka 4 hari tu dianggap disewa oleh client. Maka client aku kena bayar rm450 x 4 hari = rm1800.

Bila aku bagi tau amount tu pada client aku, dia mintak belas ihsan, mintak jasa baik aku untuk mengurangkan jumlah tu. Aku pun faham, tak ada siapa pun yang nak benda ni berlaku. Tapi perlu diingatkan, aku menjalankan bisnes dan aku ada kos yang tersendiri jika kereta sewa aku tak dapat disewa. Setelah melakukan sedikat congakan, aku bersedia mengurangkan amount rm450 sehari kepada rm200 sehari. Tu jer yang mampu aku bagi. Dan dia bersetuju dalam keadaan pasrah.

Nak dijadikan cerita, Bro H ni datang ambil kereta dengan motorsikal, dan motorsikal ni dia tinggal kat apartment aku. Jadi aku menggunakan motorsikal ni sebagai cagaran. Jadi dia kena menjelaskan baki kerugian kepada aku sebelum mengambil motorsikal dia kembali.

Sebagai langkah berjaga-jaga. Bro H dikehendaki menulis satu surat pengakuan. Dalam surat pengakuan ni, dinyatakan yang dia ada meminjam Alphard dan mengalami eksiden. Dan sebagai kerugian, dia bersetuju untuk membayar gantirugi rm200 sehari sepanjang kereta dalam bengkel. Sebagai cagaran, dia bersetuju mencagarkan motorsikal nya kepada aku sehingga dijelaskan semua baki kerugian tersebut. Jika tidak dapat dijelaskan, maka aku berhak untuk melakukan apa sahaja keatas motorsikal tersebut.

Gambar dan video pengakuan juga diambil sebagai langkah berjaga-jaga. Nasib baik lah, aku bawak pakar, Fuad. Jika nak harapkan aku, mana la aku terlintas nak buat semua benda ni.

Settle semua, aku hantar balik Bro H ke Kg Medan. Urusan hari tu selesai lebih kurang pukul 9mlm. Penat aku hari tu. Balik rumah terus aku mandi, silentkan handphone dan tidur.. Maafla kepada client kereta sewa dan homestay yang call aku pada malam tu, memang aku tak larat sangat nak entertain.

23 comments:

  1. Abis tu repot polis yg mamat pnyewa tu dh buat mcmana? Repot msti atas nama dia.. Xde mslah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, report atas nama dia. Callman tu cakap tak der mslh. sbb kes ni kes third party.

      Delete
    2. oo..kalau kes third party, insuran akan cover la ye walaupun kete sewa..? ke macam mana..?

      Delete
    3. yup. tapi jgn sekali-kali mention kereta sewa.

      Delete
    4. Insurans kete yg melanggar yg akan byr ke owner kete yg kna langgar.. Byknye yg dlm ayat ni

      Delete
    5. betul. kereta blkg yg salah. jadi kereta depan akan claim insurans atas kereta blkg.
      ayat ko pon dlm jgk tu, 2 3 kali aku kena baca br paham..

      Delete
  2. terbaik..mmg terbaik....harap lepas nih berkembang lagi biz tuan...syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. semoga kita semua maju dan berkembang hendaknya..

      Delete
  3. thanks bro shahril atas perkongsian cerita ni. tak ramai yang sudi berkongsi. kalau mai penang cuti sekolah ni call saya 012-4103261, kita sembang pasal property, homestay dan passive income sambil menikmati udara laut yang menghembus di tepi pantai Batu Feringghi sambil mata kita ushar (tengok) minah mat saleh hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, boleh pekena nasi kandaq line clear ni..

      Delete
  4. insyaallah... boleh keluar cepat..., kes sya third party claim depan belakang kena , yg lambat cuma nak keluar report dari balai jee.(pegawai cuti laa, meeting outstation laa,MC laaa)1 minggu - 2 minggu) - kete boleh siap dlm 5 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. report aku pny cepat jer kluar. ini disebabkan callman kawtim baik punya dgn org kat dlm tu..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Bro, aku nak tanya, bab Callman (Bro M)

    1. Macam mana callman ni boleh terjebak dalam kes ko ni? penyewa kete ko yang panggil dia ke atau ko yang panggil atau dia sendiri datang masa eksiden tu..?

    2. Apa yang callman ni boleh kawtim? harga perkhidmatan dia ke atau boleh pusing2 black & white report atau ada kabel besar (network) atau kesemuanya?

    3. Kalau kete eksiden (langar bontot langgar bontot) memang kene towing ke walaupun kete masih mampu nak bergerak sendiri?

    4. Ko guna insuran kete mana?

    tq bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk nyer soklan ko.. dah bule buat 1 post baru ni.. hehe..

      1. callman ni mmg ada jer dok standby. kdg2 tu mmg diorg ni kejenya berjalan, meronda-ronda utk cari kes eksiden. eksiden br 5-10min, dia dan smp. x yah panggil2 pon.
      2. callman ni mmg kejenya handle kes eksiden. profitnya dtg dari claim atas company insurance. repair kete lbh kurg, dlm 2k, dia claim 5k. kabel kat balai pon besar beb, x yah que amik nombor, mmg dah ada seolah-olah kaunter khas utk diorg ni. kdg2 tu polis x yah amik gmbr, diorg jer amik gmbr dgn hanphone, pastu send kat polis tu nanti.
      3.x semestinya. biasanya mmg dia nak towing gak, sbb nak caj lebih nanti, caj dgn pihak insurans.
      4. insurans x kisah beb, sumernya lbh kurg sama jer.

      Delete
    2. heh heh heh...menarik citer ko ni..sebab semuanya "practical",bukan stakat "teori" je..

      1. owh..yang ada jalur kuning kat tepi kete & yg suke park kete kat tepi highway tu callman lah ye? kalau musim raya, bersidai je kete2 jalur kuning ni..berpuluh2 bijik..

      2. masyukk gak jadi callman ni ek...kalau pandai "hukum hakam" bab2 ni..

      3. owh mcm tu ek, setahu aku,kalau caj lebih ngan company insuran (kalau insuran kete kita la), nanti akan ada efect kat kita gak,contohnya premium meningkat ke ape ke..aku pun tak tahu sangat bab2 ni...

      4. owh..tapi aku banyak dengar benda yang tak bagus berkaitan Kurnia..ntah la (kalau ada ejen kurnia atau staff kurnia bace,jangan marah aku ek..aku dengar dari orang je..)

      tq bro

      Delete
    3. saya nak tambah sikit je, mungkin kalau eksiden better guna khidmat towing sebab saya pernah dimaklumkan bahawa kalau kita eksiden sikit kemudian kita drive sendiri kereta tu pergi ke bengkel tetapi dalam perjalanan tu berlaku sekali lagi eksiden maka insuran dah x cover. itu apa yang saya dapat tahu lah.

      berkenaan callman. pengalaman saya eksiden. belum sempat saya buka pintu kereta, callman dah ada tepi kereta. bukan saja pengalaman saya, pengalaman isteri saya eksiden pun sama. Saya juga pernah tgk orang eksiden, sekali je toleh kepala tengok tempat lain, bila toleh semula tgk callman dah ada dkt tempat kejadian. diorang ni dah macam magicman.

      Delete
  7. Baru baca weh, syukurlah semua dah ok

    ReplyDelete
  8. Baru baca weh, syukurlah semua dah ok

    ReplyDelete
  9. A'skum bro, sy br berjinak2.. Bole x bg contoh borang TNC kemalangan

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Nak tanya kalau kereta sewa tu self xcident langgar lampu jalan.then insurance 3rd party boleh claim ke?
    Report polis atas nama owner tu pun sb polis mintak rasuah rm150 sb penyewa bg org lain bwk keta n driver tu xda lesen.
    Mcm mana ek??
    Kereta masih di bengkel..polis kawtim dgn callman pas tu callman xnak lepas kereta sb nk claim insurans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm, 3rd party mana boleh claim insurans.

      Delete
  11. Salam

    Maaf out of topic. Ada pengalaman first party case x? Apa yg beza dgn third party case

    ReplyDelete