Friday, November 16, 2012

Kereta Sewa Keluar Bengkel, Terus Di Pinang Orang.

Seperti yang dijanjikan oleh callman Bro M, Alphard aku keluar bengkel pada hari Rabu lepas, pukul 730mlm. Sampai di bengkel, aku cek balik apa yang patut.

Gril depan yang pecah, dia ganti yang lain. Dan aku request model lain. Aku tak berapa suka dengan model gril yang ada kat keta tu sebelum ni. Aku pernah cakap kat kawan aku, kalau ada budget lebih nanti, aku nak tukar gril lain. Dan kali ni aku dapat gril lain tanpa aku kena keluarkan duit poket.

Gril lama


Gril baru

Lampu belakang ada chip skit, memang kecik je pecah dia tu, aku tak perasan dulu, nasib baik kali ni aku perasan masa aku pergi tgk kete tu rabu pagi. Sempat aku complain pada dia. Pomen tu main tarik tali, dia cakap pecah ni dah lama.

Marah aku bila dia cakap gitu. Aku tanya dia, u ada tengok kete ni sebelum kete ni masuk bengkel u? mcm mn u boleh ckp ni pecah lama? I owner kete, i selalu basuh kete ni sendri, i tau la mana yg pecah. I want new, i dont want this.

Baru la dia cakap ok, dia akan tukar. Dan aku ada bagi gambar cth gril yang aku nak, aku mms kat dia. Jap lagi dia nak gi halfcut kat Kepong, carik grill dan lampu belakang. Barang secondhand jer la dia masuk. Pastu claim barang baru. Untung berkepok-kepok. Smp kat halfcut, dia call. Dia cakap gril yang mms kat dia tu tak leh masuk kat bodykit aku ni. Ada gril model lain. Dia mms kat aku dan aku setuju jer la. Sebab aku nak kete ni keluar cepat. Malas aku nak drag pjg2.

Sebenarnya dia kata, barang kena tukar mesti la sama model dengan yang dah rosak. Cthnya gril aku, kalo grill aku tu jenis A, mesti tukar jenis A jugak. Tu prosedur. Aku sound dia, alah bumper yang rosak teruk pon, u just repair balik jer, tak ada ganti baru pon, lepas tu u claim yang u ganti baru. Lu untung banyak-banyak, takkan tak leh kawtim untuk saya skit. Heheh.. Baru lah dia setuju.

Disebabkan kete aku siap di malam hari, aku tak nampak kualiti cat yang dia baru buat. So aku cakap kalau aku buat balik dan ada defect, aku akan bawak balik. Dia setuju.

Aku tak hantar car wash, aku takut sebab cat tu baru jer cat petang tadi, takut2 ada bahagian yang tak kering lagi.

Sedangkan esok pagi pukul 9 dah ada org nak amik. Sampai kat rumah, aku lap jer apa yang patut, tayar aku wax skit, kasik kilat.

Pukul 9pagi esoknya, client datang umah aku untuk pickup kereta. Chinese. Aku ingatkan local chinese, skali warganegara Australia la. Aku mintak driving license, dia bagi international driving license.

Kereta plak aku nampak ada kesan kotor skit. Tak puas hati aku sbb tak dapat basuh dulu sebelum bagi kat client. Pada aku, kita mesti jaga kualiti. Kereta mesti bersih dan berkilat sebelum bagi pada client. Ketegori kereta mewah, client pon mestilah high class punya orang. Servis mesti la baik dan high class jugak, takkan la nak bagi kereta yang kotor.

Client kali ni sewa utk seminggu. Dia cakap kalau dia nak extend nanti, dia akan call 1 atau 2 hari awal. Dia ada complaint pasal tayar belakang botak. Aku dah tau, memang aku dah ada plan nak gi tukar, cumanya tak sempat. Kalau dia dtg amik kete petang skit, sempat la aku gi tukar tayar dulu. Bulan lepas aku hny mampu tukar 2 bijik jer.

Dia plak yang ceramah kat aku. Dia kata kat Australia, dia ada workshop. Tayar ni mesli align betul2 chamber, kalau tak dia akan makan sebelah. Hehehe.. Dia cakap dia akan tukar tayar tu dan akan bg bil kat aku nanti sebab dia akan long distance. Aku setuju, tapi limit aku letakkan rm400 utk sebiji tayar.

3 comments:

  1. tak rasa rugi ke..?dia claim sebagai barang baru, tapi sebenarnya ko cuma dapat barang 2nd hand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk wat camner. lg pun kes ni claim kereta lain. dah ni mmg game diorg.

      Delete
  2. Tahniah broo...., masa tu emas...., janji kete boleh jalan ....

    ReplyDelete