Saturday, November 10, 2012

Kereta Sewa Eksiden

Yer, kereta sewa ku iaitu Alphard eksiden semasa di bawah jagaan penyewa. Frust, terkedu, speechless, hangin dan byk lagi perasaan negatif yang terlintas di fikiran dan di lubuk hatiku bila mendapat panggilan dari penyewa mengatakan yang Alphard aku eksiden. Tapi berbekalkan hati yang kental yang dipinjamkan olehNya, aku kuatkan hati dan bercakap dengan cara profesional dengan penyewa. Tak guna pon nak marah-marah, benda dah jadi, penyewa pun bukannya nak benda ni berlaku.

Alkisahnya bila mana seorang client call untuk pinjam Alphard. Dan sememangnya hari Khamis malam, memang Alphard tu sedia menunggu client. Bro H datang pickup kereta di apartment aku, sewaan untuk 2 hari. Setelah aku collect dokumen yang aku perlukan seperti photostat IC dan lesen, bil utiliti dan security deposit, aku serahkan kunci dan kereta kepada bro H. Sempat aku berpesan kepada Bro H, bawak dan jaga kereta ni elok-elok, jangan speeding sangat, kang kena saman awak juga yang kena bayar.

Setelah penyerahan kereta selesai, aku bergerak ke office Satu Solution, ada meeting dengan Team Gombak yang mana aku ditugaskan untuk menjadi mentor kepada team ini. Meeting berlangsung dari pukul 9 - 11.45 mlm. Bersambung plak dengan sesi melepak bersama-sama team hartanah yang lain di kedai mamak sampai pukul 4pagi. Banyak jugak isu-isu baru yang dibincangkan dalam sesi melepak ini.

Pukul 815 pagi, aku menerima call dari Bro H, tapi tak sempat aku angkat kerana aku masih di ulit mimpi. Aku tak tahu jika empunya kereta sewa yang lain mempunyai perasaan yang sama dengan aku tau tidak. Perasaan aku bila mendapat call dari penyewa yang menyewa kereta, perasaan aku jadi tak sedap, rs mcm ada sesuatu yang negatif sebab kereta masih di bawah jagaan penyewa.

Aku call balik Bro H. Dia angkat dan cakap mintak maaf, kereta abang eksiden. Argghhhhh, camne nak handle ni, aku belum pernah experience macam ni. Sebelum aku memulakan bisnes sewa kereta ni, memang aku dah menjangkan benda seperti ini akan berlaku, konfirm aku akan tempuh benda ni satu masa nanti. Tapi aku tidak menyangka yang benda ni aku tempuhi di awal pembatitan aku dalam kancah sewa kereta ini. Masih lagi dalam 2minggu lebih usia aku dalam dunia sewa kereta ini. Aku di hantui oleh sikap negatif. Cuba bersikap positif dan profesional. Aku tanya kereta kat mana skrg, dia cakap dah towing ke bengkel dan dah buat repot polis. Alamak, repot polis pun dah buat. Insurans tak akan cover jika pemandu bagitau yang kereta tu adalah kereta sewa dan kereta aku tak ada permit sewa.




Aku ajak dia pergi tgk kete kat bengkel. Dia cakap dia baru jer sampai kat rumah, belum tido lagi. Ok, Bro H tido dulu, Lepas sembahyang Jumaat, dlm pukul 3 lebih kita pegi bengkel.

Aku pon nak tido jugak, jam dah hampir pukul 12 tgh mlm. Esok aku nak keje pagi. Nanti aku akan ceritakan lagi sambungannya di post seterusnya. Byk benda yang aku bljr hari tu. Byk sgt2. Selamat malam.


7 comments:

  1. Aduh...kene juga kete ko...., hari jumaat lepas alphard aku pun kene langgar (company punya...) , aku bawa lepas jumaat , speed 30-40km. Tiba2 sebijik moto hentam side kiri, dan terus masuk longkang dgn org sekali... Scratch dari pintu tengah sampai depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat camner, takdir.. terima dgn redha jer.. dapat ilmu baru.

      Delete
  2. fuuu, kene follow what happen next. apapun jangan cpt melatah. maybe pak itam punya jampi kot ko tak bagi puak depa sewa. ahaha

    ReplyDelete
  3. banyak pengajaran ko dapat, banyak jugak pengajaran yg aku dapat..gud info

    ReplyDelete
  4. banyakkan bersabau bro.. ade hikmahnye tu

    ReplyDelete