Saturday, November 17, 2012

Homestay

2 hari lps pakcik aku dari kampung datang ke KL. Dia call aku masa dia dalam perjalanan. Dia suruh aku cari homestay di area serdang/sri kembangan. Aku tiada kenalan yang ada homestay di kawasan tu. kalau di Putrajaya tu ada lah.

Aku just google shj homestay di serdang / sri kembangan. Ada 7 unit homestay aku jumpa di sekitar kawasan ni. Aku cal satu demi satu. Memeranjatkan, 6 unit dari 7 unit homestay telah penuh. Wow.. Fikir ku, kawasan sri kembangan ngan serdang ni just ada UPM. Dan bukannya kawasan perlancongan pun. Tapi almost semua unit full.

Aku tak jadi nak booking unit yang kosong tu disebabkan harganya agak tinggi. Tapi aku rasa harga tu memang sesuai la dengan produk yang ditawarkan, 2 storey corner.

Tapi tak sesuai untuk pakcik aku yang hanya 1 keluarga. Kalau 2 keluarga sekurang-kurangnya, mmg sesuai sgt la.

Moral: Kawasan yang kita fikir tak ada apa-apa, tak semestinya tak sesuai untuk buat bisnes homestay. Tak cuba tak tahu.

Sekarang ni musim cuti sekolah, byk orang kawen. Jadi salah satu market untuk homestay ni adalah sedara mara yang akan datang masa kenduri tu.

Homestay aku kat Tiara Beach Resort, PD pun penuh. Dari stat cuti sekolah sampai ke 19hb, semua date dah penuh.

Jadi kepada yang ada plan nak pergi bercuti, sila buat tempahan awal untuk mengelakkan bilik penuh. Kalau last minit tu, memang nasib la.

2 comments:

  1. Is this an article about homestay? In what language?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. the language is in Bahasa Melayu or Malay.
      is there any problem to use our language?

      Delete