Wednesday, November 28, 2012

Iklan: Tanah Tepi Pantai Jeram 4.9 Ekar!

Salam,

Tanah Tepi Pantai Jeram 4.9 Ekar!

Lokasi : Jeram
Alamat/Jenis : Pantai Jeram/Tanah
Jenis Tanha : Pertanian
Harga : RM1,250,000
Status : Aktif

Info :
Freehold Malay Reserve
Tanah Pertanian
Geran Individu
Berhadapan Jalan Besar
Dekat pantai
Berhampiran medan ikan bakar jeram & Aroma
Sesuai untuk pelaburan pelancongan, homestay, peniagaan dll

ps : Nak jual Segera!
Sebab jual : Tanah tak diusahakan.

Call Perunding Hartanah Shahril 017 939 1161.
Registered real estate negotiator

Wordless Wednesday: Rat Race vs Fast Track


Yang bulat kat tgh tu, dipanggil sbg Rat Race. Yang kat luar melingkau-lingkau tu dipanggil sbg Fast Track. Seperti biasa, aku masih lagi memakai kot yang konon-kononnya segak dan bergaya tetapi dalam Rat Race.

Monday, November 26, 2012

Unit lelong - Ketuk Pintu untuk Tahu itu owner @ penyewa..

Jika kita dah berminat dgn satu unit lelong ni, tapi unit tu berpenghuni. Apa nak buat? Nak teruskan masuk bidding jugak atau nak lupakan ajer unit tu, cari unit lain jer.

Sebelum tu, kita cerita psl risiko dulu. Aku suka dgr cerita yg x sedap dulu sblm dgr part yg sedap. Jgn duk syok dgr yg sedap jer, yg untung puluh-puluh ribu sehingga terlupa pada cerita yg tak sedap, cerita yg kerugian puluh-puluh ribu..

Antara risiko yg mungkin timbul dlm membeli unit lelong yg berpenghuni:
- penghuni lama tak mau keluar rumah tu bila korang dah menang rumah tu nanti.
- jika keluar pon, penghuni tu rosakkan rumah tu. dia pecahkan tiles, wiring dia buang, lampu kipas tu kirim salam jer la. Dan pernah ada kes, penghuni masukkan simen dlm saluran tandas dan jamban. Rumah apartment/flat mmg byk cerita la kalo kena kes ni, sbb nak repair tu bknnya melibatkan rumah tu shj, tapi melibatkan juga rumah2 di bwh tu, sbb piping lalu ikut rumah bwh.

So, camner? Boleh teruskan dgn niat utk beli rumah lelong yg berpenghuni tak??

Pandangan aku, boleh beli..
Tapi, kena selidik dulu saper yg tinggal dalam rumah tu. sebaiknya ketuk pintu dan tny sendri dgn penghuni rumah tu.
Apasal, takut?? Hehe, aku dulu pon takut jugak, tengok jer rumah berpenghuni terus cancel niat nak masuk lelong.. Cari unit lain.

Ketuk jer pintu, lps tu tny awak ni owner atau penyewa.
Introduce diri dan bg tau yg rumah tu dh nak kena lelong. Cakap yg anda berminat nak beli rumah tu nanti. So kamu (penyewa/owner) mcm mn?
Lps tu dia ckp la, smada nak continue sewa (penyewa) atau tak mau pindah (owner).
Dari jwpn diorg, kita bole nilai smada diorg ni senang utk deal di kemudian hari atau tidak.

Biasanya jika penyewa, masalahnya tak besar sgt. Biasanya diorg boleh continue sewa dan duit sewa akan dimasukkan kedlm akaun anda. Ambil peluang ini utk menaikkan sewa rumah, jika sewa lama adalah rm400, anda naikkan la jadi rm450-rm500 bergantung kpd pasaran. Jika penyewa tak setuju, maka notis keluar rumah boleh diberikan.

Hah, kalau owner yang tinggal dlm unit tu, kes berat skit. Apa2 hal kena bincang sebelum masuk lelong dl utk mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku di lemudian hari. Tanya dulu yang owner nak keluar bila? Jika dia cakap dia sanggup keluar tapi perlu masa utk cari rumah sewa yg lain, anda boleh masa 1-2bulan slps tarikh mng. Jika dia berkeras tak mau keluar rumah tu, lebih baik lupakan jer la, akan pening kepala anda nanti.

Jika owner cakap dia nak tinggal situ, tapi akan byr sewa pd anda, kirim salam jer la pd owner tu. jgn sekali-kali aetuju. Sedangkan ansuran bank pon dia tak bayr menyebabkan rumah tu dilelong, apatah lagi duit aewa yang nak kena byr pd lorang.

Aku pernah beli rumah yang ada owner dalam tu, dan owner dalam tu berpangkat Abang Long dalam satu pertubuhan di kwsn tu. Nanti aku share dgn korang di dlm post akan dtg.

Friday, November 23, 2012

Myvi (A) For Rent

Ini kereta baru beb.. Masih lagi ada plastik... Mileage pon baru 200km. Kereta ni keluar kedai pada bulan ni. baru sgt2. Dan sehingga posting ni di buat, belum pun lagi di sewakan secara rasmi.

Tak mahal pon aku nak sewakan Myvi ni, hanya rm130 sehari shj. Jika sewa sebulan rm1800.
Myvi Auto yer, senang la bagi pemandu yang tak biasa bawa kereta manual ni. Lagi pun kat KL ni memang prefer sgt2 la kereta auto ni. Tak yah duk tekan klac masa jem.

Seperti biasa, ada dokumen2 yang di perlukan. Ada terms and condition.

1. Cash Payment
2. Documents Needed : -
    - Photocopy of Identity Card
    - Photocopy of Driving License
    - Utility Bills
    - Business card
3. Security Deposit RM150 (Refundable after 3 working days)
4. Collect at KFC, Bt 6 Jln, Puchong.
 5. Delivery within KL,P.J, Putrajaya, Cheras, Klang area – RM 40 (1 way)

Jika ada yg berminat, bole hubungi aku di talian 017 939 1161.

Dan tidak lupa juga, kalau nak sewa Alphard pun ada.






Thursday, November 22, 2012

Listing Lelong Puchong Yang Menarik

Semenjak aku berdaftar sebagai seorang perunding hartanah, aku rasa tak rugi jika aku involve skali sebagai perunding hartanah lelong. Buat masa ni aku fokuskan lokasi pilihan aku, tempat yang aku biasa, tempat yang dekat dengan tempat tinggal aku iaitu Puchong.

Sekiranya anda berminat dengan rumah lelong di bawah,
Sila hubungi aku untuk pendaftaran PERCUMA! (Shahril 017 939 1161)
Aku  juga menyediakan khidmat membeli dan menjual rumah anda.
Sila daftar dengan menghantar SMS ( 017 939 1161 )
Nama [jarak] lokasi dikehendaki [jarak] bajet [jarak] Email anda untuk dihubungi.


Bayaran yang dikenakan bagi servis aku adalah di tahap minima.
Untuk pergi bidding = rm300 (bidding dan kalah)
Tambahan rm200 jika menang.
Site survey = rm200.


Apartment 
Auction Price: RM 38,383.00
Land Area: 700 sq.ft
Auction Date: 2012-11-28
Tenure: Leasehold
Location: Unit No. 22-3-02, Block 22, Ruvena Villa Apartment, Jalan Putra Perdana 6A, Taman Putra Perdana 47100 Puchong, Selangor
>> MV rm80k. Sewa rm550.

Apartment
Auction Price: RM 32,477.00
Land Area: 663 sq.ft
Auction Date: 2012-12-03
Tenure: No Info
Location: No. B-4-03, Block B, Dahlia Apartment, Jalan Putra Perdana 3B, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor
>> MV rm65k. Sewa rm400.

Apartment
Auction Price: RM 45,000.00
Land Area: 700 sq.ft
Auction Date: 2012-11-30
Tenure: No Info
Restriction: Bumiputra
Location: No. 04-4-08, 4th Floor, Block 4, Ruvena Villa Apartment, Jalan Putra Perdana 7, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor
>> MV rm80k. Sewa rm550.


3 Bedroom Apartment  
Auction Price: RM 86,400.00
Land Area: 1048 sq.ft
Auction Date: 2012-11-26
Tenure: No Info
Location: Unit No. A-10-26, Intan Apartment, Jalan Intan 4, Taman Puchong Intan, 47100 Puchong, Selangor
>> MV rm150k. Sewa rm800.

1 Storey Mid Terraced House  
Auction Price: RM 170,000.00
Land Area: 1600 sq.ft
Auction Date: 2012-11-27
Tenure: Leasehold expiring on 01-03-2077
Location: No. 3, Jalan 5, Taman Bukit Kuchai , Off Jalan Puchong, 47100, Selangor



Monday, November 19, 2012

Rumah Sewaku -ve Cashflow.

Apa nak buat, rumah sewa -ve cashflow..

Ini yang terjadi pada salah satu unit aku. Unit ni aku beli 2 tahun lepas rsnya, aku pon dah lupa bila, tapi bukannya tahun ni.

Unit ni aku menang lelong pada harga rm36k. Harga reserve unit ni 26k jer. Seperti yang menjadi idaman setiap bidders, mesti la mengharapkan reserve price kan.. Aku pon berharap benda yang sama. Tapi apa kan daya, ada 3 org bidders. Lawan la nampak gayanya..

Aku dah setkan budget aku. Memang aku aim 50% below mv. Dan setelah perkiraan di buat, aku buat keputusan yang harga tertinggi aku sanggup lawan adalah sampai RM36k shj.

Lawan punya lawan, bidders tu angkat harga rm35k. Aku bisik kat kawan aku, ni last bullet aku ni. Sambil tangan kanan mengangkat paddle dengan lemah. Pelelong panggil ada 37k? rm36k satu kali, dua kali, rm36k 3 kali, SOLD... Yes.. Alhamdulillah, rezeki aku di bullet yang terakhir. Aku panggil unit ni sebagai Apt L.

Tips: aku tak suka setkan limit aku di angka senang. Cthnya 30k, 35k, 40k, 45k.. Aku suka set di angka yang strsnya mcm 31k, 36k, 41k, 46k.. Tu cara aku. Justifikasinya, orang normal akan mudah utk meletakkan target budget pada angka2 senang ni. jadi aku ni orang yang luar biasa, so aku set kan pada angka yang luar biasa juga.

Unit ni kosong, so aku lakukan Ops Pecah Rumah slps aku dapat kontrak jualan. Aku pegi buat OPR dengan bini aku. Masa tu bini aku tgh pregnant 4-6 bulan. Terbuka jer pintu, rumah di penuhi dgn sampah sarap. Tiles bilik air pecah. Ada free gift aircond kat master bedroom.

Tiles aku upah indon, rm350 siap barang. Kemas rumah dan cat aku buat sendri. Jimatkan kos. Market sewa situ sekitar rm300-350 shj. So aku iklankan RM350.

So, 1 bulan slps auction jer, rumah tu selamat aku sewakan pada harga rm350. Loan aku br apply, blom pon lagi stat bayar. Dapat la 2 bulan aku duit sewa free.

Loan aku mintak rm32k, installment rm150 gitu. Masih lagi +ve cashflow rm170 setelah di tolak rm30 maintenance. Bulan ke 7, aku home extra kan rumah tu ( refinance, produk cimb dipanggil sbg home extra ). MV rm80k, aku dapat lagi cash rm39k. Installment utk home extra shj rm200.

jadi, total installment adalah rm350 dan maintenance rm30, jadik rm380. Sedangkan sewa rm350 shj. Negatif rm30 tu. Rugi aku setiap bulan. Tapi aku ada rm39k kat tgn.

Sewa            = rm350
Installment    = rm350
maintenance = rm30
CASHFLOW =  negative rm30.

Jadi mcm mana aku sanggup -ve rm30 setiap bulan... Mana boleh aku negatif cash flow, aku nak kena bagi positif balik. MESTI..

So, dengan rm39k tu, aku beli 1 lagi unit lelong pada harga 24k, aku panggil Flat PP. Alhamdulillah, aku dapat RP. Rumah ni plak aku sewakan pada harga rm330. Ingat, aku beli rumah ni cash, tak ada installment. jadi rm330 aku dapat bulat-bulat jer. Maintenance rm5, tu pun penyewa yang bayar.

Sewa            = rm330
Installment    = rm0
maintenance = rm5, tapi penyewa yang bayar.
CASHFLOW = positif rm330 

Skrg, cuba gabungkan kedua-dua biji rumah ni.

Sewa            = rm350 + rm330 = rm680
Installment    = rm350 + rm0 = rm350
maintenance = rm30 + rm0 = rm30 
CASHFLOW =  rm300, dan paling penting, ianya POSITIF..

tak lupa juga, masih ada baki labih kurang rm15k lagi. (rm39k - rm24k). Boleh la aku buat bayar kad kredit..


Nampak tak, korang kena kreatif. Just pusing-pusing jer duit tu. Letak duit tu di tempat yang boleh generate more money for u.




Saturday, November 17, 2012

Homestay

2 hari lps pakcik aku dari kampung datang ke KL. Dia call aku masa dia dalam perjalanan. Dia suruh aku cari homestay di area serdang/sri kembangan. Aku tiada kenalan yang ada homestay di kawasan tu. kalau di Putrajaya tu ada lah.

Aku just google shj homestay di serdang / sri kembangan. Ada 7 unit homestay aku jumpa di sekitar kawasan ni. Aku cal satu demi satu. Memeranjatkan, 6 unit dari 7 unit homestay telah penuh. Wow.. Fikir ku, kawasan sri kembangan ngan serdang ni just ada UPM. Dan bukannya kawasan perlancongan pun. Tapi almost semua unit full.

Aku tak jadi nak booking unit yang kosong tu disebabkan harganya agak tinggi. Tapi aku rasa harga tu memang sesuai la dengan produk yang ditawarkan, 2 storey corner.

Tapi tak sesuai untuk pakcik aku yang hanya 1 keluarga. Kalau 2 keluarga sekurang-kurangnya, mmg sesuai sgt la.

Moral: Kawasan yang kita fikir tak ada apa-apa, tak semestinya tak sesuai untuk buat bisnes homestay. Tak cuba tak tahu.

Sekarang ni musim cuti sekolah, byk orang kawen. Jadi salah satu market untuk homestay ni adalah sedara mara yang akan datang masa kenduri tu.

Homestay aku kat Tiara Beach Resort, PD pun penuh. Dari stat cuti sekolah sampai ke 19hb, semua date dah penuh.

Jadi kepada yang ada plan nak pergi bercuti, sila buat tempahan awal untuk mengelakkan bilik penuh. Kalau last minit tu, memang nasib la.

Friday, November 16, 2012

Kereta Sewa Keluar Bengkel, Terus Di Pinang Orang.

Seperti yang dijanjikan oleh callman Bro M, Alphard aku keluar bengkel pada hari Rabu lepas, pukul 730mlm. Sampai di bengkel, aku cek balik apa yang patut.

Gril depan yang pecah, dia ganti yang lain. Dan aku request model lain. Aku tak berapa suka dengan model gril yang ada kat keta tu sebelum ni. Aku pernah cakap kat kawan aku, kalau ada budget lebih nanti, aku nak tukar gril lain. Dan kali ni aku dapat gril lain tanpa aku kena keluarkan duit poket.

Gril lama


Gril baru

Lampu belakang ada chip skit, memang kecik je pecah dia tu, aku tak perasan dulu, nasib baik kali ni aku perasan masa aku pergi tgk kete tu rabu pagi. Sempat aku complain pada dia. Pomen tu main tarik tali, dia cakap pecah ni dah lama.

Marah aku bila dia cakap gitu. Aku tanya dia, u ada tengok kete ni sebelum kete ni masuk bengkel u? mcm mn u boleh ckp ni pecah lama? I owner kete, i selalu basuh kete ni sendri, i tau la mana yg pecah. I want new, i dont want this.

Baru la dia cakap ok, dia akan tukar. Dan aku ada bagi gambar cth gril yang aku nak, aku mms kat dia. Jap lagi dia nak gi halfcut kat Kepong, carik grill dan lampu belakang. Barang secondhand jer la dia masuk. Pastu claim barang baru. Untung berkepok-kepok. Smp kat halfcut, dia call. Dia cakap gril yang mms kat dia tu tak leh masuk kat bodykit aku ni. Ada gril model lain. Dia mms kat aku dan aku setuju jer la. Sebab aku nak kete ni keluar cepat. Malas aku nak drag pjg2.

Sebenarnya dia kata, barang kena tukar mesti la sama model dengan yang dah rosak. Cthnya gril aku, kalo grill aku tu jenis A, mesti tukar jenis A jugak. Tu prosedur. Aku sound dia, alah bumper yang rosak teruk pon, u just repair balik jer, tak ada ganti baru pon, lepas tu u claim yang u ganti baru. Lu untung banyak-banyak, takkan tak leh kawtim untuk saya skit. Heheh.. Baru lah dia setuju.

Disebabkan kete aku siap di malam hari, aku tak nampak kualiti cat yang dia baru buat. So aku cakap kalau aku buat balik dan ada defect, aku akan bawak balik. Dia setuju.

Aku tak hantar car wash, aku takut sebab cat tu baru jer cat petang tadi, takut2 ada bahagian yang tak kering lagi.

Sedangkan esok pagi pukul 9 dah ada org nak amik. Sampai kat rumah, aku lap jer apa yang patut, tayar aku wax skit, kasik kilat.

Pukul 9pagi esoknya, client datang umah aku untuk pickup kereta. Chinese. Aku ingatkan local chinese, skali warganegara Australia la. Aku mintak driving license, dia bagi international driving license.

Kereta plak aku nampak ada kesan kotor skit. Tak puas hati aku sbb tak dapat basuh dulu sebelum bagi kat client. Pada aku, kita mesti jaga kualiti. Kereta mesti bersih dan berkilat sebelum bagi pada client. Ketegori kereta mewah, client pon mestilah high class punya orang. Servis mesti la baik dan high class jugak, takkan la nak bagi kereta yang kotor.

Client kali ni sewa utk seminggu. Dia cakap kalau dia nak extend nanti, dia akan call 1 atau 2 hari awal. Dia ada complaint pasal tayar belakang botak. Aku dah tau, memang aku dah ada plan nak gi tukar, cumanya tak sempat. Kalau dia dtg amik kete petang skit, sempat la aku gi tukar tayar dulu. Bulan lepas aku hny mampu tukar 2 bijik jer.

Dia plak yang ceramah kat aku. Dia kata kat Australia, dia ada workshop. Tayar ni mesli align betul2 chamber, kalau tak dia akan makan sebelah. Hehehe.. Dia cakap dia akan tukar tayar tu dan akan bg bil kat aku nanti sebab dia akan long distance. Aku setuju, tapi limit aku letakkan rm400 utk sebiji tayar.

Wednesday, November 14, 2012

Part III: Rumah Yang Patutnya Kosong Tiba-Tiba Ada Negro

Seperti yang dijanjikan, ari selasa aku call Jamal. Dia kata kwn dia dan pindah, cuma ada 1 meja jer lg. Yang lain dia dah bawak pergi. Cantek. Aku cakap pukul 1tghr aku pegi sana, ambil kunci.

Disebabkan oleh ramai kawan-kawan aku syorkan aku bawak member teman, jangan pegi sorang diri jer, aku bawak abang ipar aku temankan aku. Takut-takut ada perkara yang di luar jangkaan akan berlaku. Pukul 1 aku sampai sana, dan negro tu 10 minit lagi sampai. Aku plak yang kena tunggu negro tu, hampeh tul.

Dia sampai jer, aku bagi salam dan dia bukak pintu. Dia minta maaf sebab dia tak tahu yang Sri Lanka tu penipu. Ramai kawan-kawan dia yang terkena dgn Sri Lanka tu. Dia sewa rm400 sebulan, deposit 2 bulan dan utiliti 1 bulan lagi. Total rm1800. Dari bulan lepas lagi dia try hubungi Sri Lanka tu sebab rumah tu ada leaking, tapi tak dapat contact. Haha, masyukk la Sri Lanka tu.. 1.8k sebiji rumah, kalo 10 bijik dah 18k. Dah boleh balik kampung tu..

Negro ni memang pandai cakap, patut la ramai gadis-gadis tempatan yang sangkut dengan mamat negro ni. Dia punya cakap tu, menyebabkan ko tak jadi nak marah pada dia.

Ni lah dia, negro yg terlibat.. Tinggi tu mamat tu. geng dia sorang lg ada kat luar, aku x sempat amik gmbr.



Aku ingatkan datang ari ni nak collect kunci. Tapi tak ada satu kunci pon aku dapat dari negro ni. Solex tu yang negro tu punya, dia amik. Kunci grill tak ada, dah rosak. Tombol pintu utama plak tak ada. Jadi nak tak nak, aku terpaksa pegi hardware, beli tombol pintu dan solex.

Sempat la jugak aku tgk apa kerosakan yang ada pada rumah tu. aku tengok ada leaking di bhgn ruang tamu dan bilik. Yang ruang tamu tu agak teruk leaking nya. Penyewa lama dah cat kaler pink untuk cover kesan leaking tu pada dinding. Yang kat siling pon dia cat jugak kaler putih krim.

Leaking di bilik tidur.

Leaking di ruang tamu. Cat kat siling dan dinding pink tu utk cover kesan leaking la.

Sliding door, dia punya aluminium tu tercabut..


Kebetulan plak, aku ada kenal dgn sorang Indon. Dia ni memang buat kerja-kerja repair merepair ni. Aku call dia dan kebetulannya dia memang ada buat kerja kat area sana. Elok sangat la tu. Aku pegi amik dia, siap pinjam tangga lagi, bawak dia tengok kerosakan tu, dan estimate kos repair. Sekali kerja jer, tak yah la aku 2 3 kali pergi sana nak bawak kontraktor lain plak.

Dia panjat keatas dan tgk apa yang rosak. Aku dok bawah jer, malas aku nak panjat jugak. bukannya sejuk pon kat atas tu. Dulu aku dah pernah repair tangki rumah aku, panas giler atas tu.

Dia bagi estimate kos yang terlibat dgn upah dia skali. Boleh tahan jugak la upah dia tu. Fikir secara logik pon, dia memang kena panjat keluar dari bumbung tu, tak boleh repair dari dalam. Jadi mungkin kos upah tu termasuk dgn risiko dia akan jatuh dari tingkat 4. Dia kata kalau bgnn yang lagi tinggi, cthnya tingkat 13, lagi mahal la upah dia. Gayat tu beb. Tak sanggup aku.

Malam tu aku hantar estimate kos pada client aku, still lagi menunggu green light dari owner la.

Tuesday, November 13, 2012

Perunding Hartanah Berdaftar

Alhamdulillah, semalam aku dah registerkan diri aku sebagai perunding hartanah yang berdaftar. Insyaallah aku akan menguruskan jual beli hartanah dan kawasan yang aku pilih adalah kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal aku iaitu Puchong, Putrajaya dan Seri Kembangan.

Kepada kawan-kawan yang ada unit untuk dijual, saya bersedia menawarkan khidmat saya untuk anda. Free consultation, banker and lawyer also will be provided with no additional charge.

Sebelum ni aku dah pernah menjual sebuah rumah, iaitu rumah pakcik aku. Masa tu aku masih lagi belum berdaftar dengan mana-mana agensi. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku buat apa yang aku dah tahu, dan semestinya benda yang aku minat iaitu hartanah.



Banyak lagi benda yang aku tak tahu dalam pelaburan hartanah ni, baru jer mencecah 3 tahun aku terlibat dalam industri ini. Jika sebelum ini, aku lebih kepada beli untuk diri sendiri sahaja. Bermula tahun lepas, aku mula memberi khidmat nasihat dan membeli unit bagi pihak kawan-kawan aku. Jadi, sekarang aku rasa dah tiba masanya untuk aku mendapatkan pengalaman baru dalam sudut sebagai seorang perunding hartanah. Semestinya aku akan menggunakan platform ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam industri hartanah ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan, kepadaNya aku berserah.

Jangan malu, jangan segan untuk menghubungi aku di talian 017 939 1161 jika anda atau sedara mara atau kawan-kawan anda mempunyai hartanah untuk dijual. Ucapan terima kasih aku dahulukan atas sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan semua.

Monday, November 12, 2012

Part II: Kereta Sewa Eksiden

Sambungan...

Lepas jer dapat call dari Bro H, aku call kawan aku, Fuad. Pengusaha kereta sewa di sekitar Gombak, dan main area nya adalah UIA. Berpengalaman beberapa tahun dalam mengusahakan kereta sewa, mempunyai puluhan kereta. Aku juga meminta pertolongan beliau untuk turut bersama aku pada petang ini, tolong aku utk deal kan urusan ini. Boleh aku belajar dari cara-cara deal dia dgn client. Alhamdulillah, dia bersetuju.

Dengan beberapa tunjuk ajar yang diberikan kepadaku, aku bukak balik fail utk tgk branch mana yang uruskan loan kereta aku ni utk aku pergi ambil geran kereta.

Belek-belek fail, aku jumpa jugak, branch Seksyen 15 Shah Alam. Aku google dulu no tel, konfirmkan yang geran aku betul ker ada kat branch sana. Tak nak la aku buang masa pergi sana dan last-last geran tak ada kat sana. Konfirm, geran aku ada kat sana, aku cakap aku akan pergi ambil, dalam sejam lagi aku sampai sana.

Tak sempat nak breakfast, aku pergi ke Shah Alam. Mengharapkan gps jer aku pergi ke mana-mana destinasi. Byk gunanya gps aku ni. Mmg berbaloi-baloi. Dah settle urusan ambil geran kat bank, aku balik kerumah. Tapau makanan tengahari, makan kat rumah.

Lepas jer solat jumaat, mata aku dah layu, tido tak cukup. Aku pickup Fuad kat Gomabk, dan ke Kg Medan untuk pickup client plak. Lagi senang aku fikir jika aku pergi satu kereta jer dengan client ke bengkel.

Sampai ke bengkel, aku tgk keadaan kereta. Dah siap di barai kan. Tak adalah teruk sangat aku tgk. Cuba deal untuk keluarkan dari bengkel tu dan nak repair kat bengkel lain, tapi upah tarik jer dah rm1500. Aku pon tak paham la kenapa nak kena tarik (towing), sedangkan kereta tu masih lagi boleh jalan, setakat bumper ngan bonet skit jer yg rosak. Bengkel berjanji yang hari Rabu ni kereta ni boleh keluar bengkel.

Deal punya deal, last-last tak jadi tarik keluar. Repair jer la kat situ , mengharapkan yang terbaik dan semoga kereta aku cepat keluar. Maklum la, sekarang ni kan cuti sekolah, ramai orang yang kat luar sana memerlukan kereta ini untuk kegunaan mereka. Rasa bersalah plak aku sebab tak dapat nak penuhi niat client.

Dah tengok kete, aku pegi jumpa dengan penarik kete tu, atau nama manjanya "Callman". Callman adalah runner yang biasanya kita tgk pegang walkie talkie tu. Ada jer eksiden, diorang bergegas ke tempat kejadian untuk tarik kereta.

Callman ni nama Bro M, melayu. Banyak gak info aku dapat dari Bro M ni. Dia cakap kereta aku ni tak bersalah, yang bersalah adalah kereta yang last tu. Jadi kes ni dipanggil sebagai Third party case (jgn tertukar dengan third party insurance plak). Third party sebab kereta aku tak bersalah. Kalau kereta yang bersalah tu, dipanggil First party. Biasanya kereta Third party ni cepat jer keluar bengkel, sebab semua claim akan di claim keatas kereta yang bersalah tu.

Bro M ni cover satu lembah klang, jika ada eksiden boleh call Bro M ni dan gunakan khidmat dia. Yang bestnya, dia ni boleh kawtim..

Pada malam kejadian tu, client aku dah panik. Bro M ni yang byk guide dia. Bro M jugak yang bawak ker balai polis buat repot polis. Siap dia tanya dulu ni kereta saper. Client aku bgtau yang ni kereta sewa. Bro M siap advise, jangan bagitau yang ni adalah kereta sewa. Sebab jika kereta sewa, pihak insurans takkan cover. Selamat aku.. semua kos yang terlibat akan di tanggung oleh pihak insurans, claim kereta belakang..
Settle satu masalah.

Sekarang masuk ke topik kerugian yang aku alami disebabkan oleh kereta tersadai dalam bengkel. Aku rugi disebabkan aku tak dapat menyewakan pada client lain. jika 4 hari dalam bengkel, maksudnya 4 hari aku dah rugi.

Sebelum aku meyerahkan kereta sewaku pada client, aku ada satu borang. Borang ni aku isikan details client dan kat bawah tu ada aku letakkan term and condition. Salah satu point dalam TnC ini adalah jika disabitkan dengan kemalangan, makan penyewa akan membayar gantirugi sehingga kereta keluar dari bengkel. Kiranya jika 4 hari dalam bengkel, maka 4 hari tu dianggap disewa oleh client. Maka client aku kena bayar rm450 x 4 hari = rm1800.

Bila aku bagi tau amount tu pada client aku, dia mintak belas ihsan, mintak jasa baik aku untuk mengurangkan jumlah tu. Aku pun faham, tak ada siapa pun yang nak benda ni berlaku. Tapi perlu diingatkan, aku menjalankan bisnes dan aku ada kos yang tersendiri jika kereta sewa aku tak dapat disewa. Setelah melakukan sedikat congakan, aku bersedia mengurangkan amount rm450 sehari kepada rm200 sehari. Tu jer yang mampu aku bagi. Dan dia bersetuju dalam keadaan pasrah.

Nak dijadikan cerita, Bro H ni datang ambil kereta dengan motorsikal, dan motorsikal ni dia tinggal kat apartment aku. Jadi aku menggunakan motorsikal ni sebagai cagaran. Jadi dia kena menjelaskan baki kerugian kepada aku sebelum mengambil motorsikal dia kembali.

Sebagai langkah berjaga-jaga. Bro H dikehendaki menulis satu surat pengakuan. Dalam surat pengakuan ni, dinyatakan yang dia ada meminjam Alphard dan mengalami eksiden. Dan sebagai kerugian, dia bersetuju untuk membayar gantirugi rm200 sehari sepanjang kereta dalam bengkel. Sebagai cagaran, dia bersetuju mencagarkan motorsikal nya kepada aku sehingga dijelaskan semua baki kerugian tersebut. Jika tidak dapat dijelaskan, maka aku berhak untuk melakukan apa sahaja keatas motorsikal tersebut.

Gambar dan video pengakuan juga diambil sebagai langkah berjaga-jaga. Nasib baik lah, aku bawak pakar, Fuad. Jika nak harapkan aku, mana la aku terlintas nak buat semua benda ni.

Settle semua, aku hantar balik Bro H ke Kg Medan. Urusan hari tu selesai lebih kurang pukul 9mlm. Penat aku hari tu. Balik rumah terus aku mandi, silentkan handphone dan tidur.. Maafla kepada client kereta sewa dan homestay yang call aku pada malam tu, memang aku tak larat sangat nak entertain.

Saturday, November 10, 2012

Kereta Sewa Eksiden

Yer, kereta sewa ku iaitu Alphard eksiden semasa di bawah jagaan penyewa. Frust, terkedu, speechless, hangin dan byk lagi perasaan negatif yang terlintas di fikiran dan di lubuk hatiku bila mendapat panggilan dari penyewa mengatakan yang Alphard aku eksiden. Tapi berbekalkan hati yang kental yang dipinjamkan olehNya, aku kuatkan hati dan bercakap dengan cara profesional dengan penyewa. Tak guna pon nak marah-marah, benda dah jadi, penyewa pun bukannya nak benda ni berlaku.

Alkisahnya bila mana seorang client call untuk pinjam Alphard. Dan sememangnya hari Khamis malam, memang Alphard tu sedia menunggu client. Bro H datang pickup kereta di apartment aku, sewaan untuk 2 hari. Setelah aku collect dokumen yang aku perlukan seperti photostat IC dan lesen, bil utiliti dan security deposit, aku serahkan kunci dan kereta kepada bro H. Sempat aku berpesan kepada Bro H, bawak dan jaga kereta ni elok-elok, jangan speeding sangat, kang kena saman awak juga yang kena bayar.

Setelah penyerahan kereta selesai, aku bergerak ke office Satu Solution, ada meeting dengan Team Gombak yang mana aku ditugaskan untuk menjadi mentor kepada team ini. Meeting berlangsung dari pukul 9 - 11.45 mlm. Bersambung plak dengan sesi melepak bersama-sama team hartanah yang lain di kedai mamak sampai pukul 4pagi. Banyak jugak isu-isu baru yang dibincangkan dalam sesi melepak ini.

Pukul 815 pagi, aku menerima call dari Bro H, tapi tak sempat aku angkat kerana aku masih di ulit mimpi. Aku tak tahu jika empunya kereta sewa yang lain mempunyai perasaan yang sama dengan aku tau tidak. Perasaan aku bila mendapat call dari penyewa yang menyewa kereta, perasaan aku jadi tak sedap, rs mcm ada sesuatu yang negatif sebab kereta masih di bawah jagaan penyewa.

Aku call balik Bro H. Dia angkat dan cakap mintak maaf, kereta abang eksiden. Argghhhhh, camne nak handle ni, aku belum pernah experience macam ni. Sebelum aku memulakan bisnes sewa kereta ni, memang aku dah menjangkan benda seperti ini akan berlaku, konfirm aku akan tempuh benda ni satu masa nanti. Tapi aku tidak menyangka yang benda ni aku tempuhi di awal pembatitan aku dalam kancah sewa kereta ini. Masih lagi dalam 2minggu lebih usia aku dalam dunia sewa kereta ini. Aku di hantui oleh sikap negatif. Cuba bersikap positif dan profesional. Aku tanya kereta kat mana skrg, dia cakap dah towing ke bengkel dan dah buat repot polis. Alamak, repot polis pun dah buat. Insurans tak akan cover jika pemandu bagitau yang kereta tu adalah kereta sewa dan kereta aku tak ada permit sewa.




Aku ajak dia pergi tgk kete kat bengkel. Dia cakap dia baru jer sampai kat rumah, belum tido lagi. Ok, Bro H tido dulu, Lepas sembahyang Jumaat, dlm pukul 3 lebih kita pegi bengkel.

Aku pon nak tido jugak, jam dah hampir pukul 12 tgh mlm. Esok aku nak keje pagi. Nanti aku akan ceritakan lagi sambungannya di post seterusnya. Byk benda yang aku bljr hari tu. Byk sgt2. Selamat malam.


Thursday, November 8, 2012

Part II: Rumah Yang Patutnya Kosong Tiba-Tiba Ada Negro

Client aku cakap yang akan call aku balik, dia nak inform pakcik dia dl. Dlm masa menunggu call dari client aku, aku borak-borak dgn bdk laki tadi. Dia cakap negro ni start tinggal dalam rumah ni lebih kurang pada bulan 6 baru ni. Wow, dah 5 bulan la "owner baru" rumah tu dapat makan duit sewa, tu pon tak termasuk dgn deposit 2 bulan + deposit utiliti. Buta-buta jer dapat passive income. Hah, saper cakap kena beli rumah baru dapat passive income? hehe.. Ni la caranya..

Tiba-tiba seorang negro keluar dari unit depan. Aku terus tegur dia dan tanya dia kenal tak dengan orang yang tinggal dalam rumah ni. Dia cakap dia kenal.
Aku tny mana dia? aku ni anak sedara kepada owner rumah ni. Rumah ni sepatutnya kosong dari tahun lepas lagi. Mamat negro ni terperanjat. Dia ni nama Jamal, muslim. dah tinggal di sini 6 tahun. Siap boleh cakap melayu lagi tu. Negro-negro yang baru sampai sini, dia yang uruskan hal-hal mereka. Cthnya hal mencari rumah sewa, nak beli mesin basuh, peti, tv 2nd hand, transportation pon dia jugak yg provide. Dah macam ketua kampung geng2 negro plak Jamal ni.

Jamal cakap rumah ni ada seorang agent yang sewakan pd kwn dia. Agent ni India dari Sri Lanka. Wow, makin menarik plak story ni. Aku pon pening. Budak laki melayu tu pon beria-ia mendengar perbualan aku ngan Jamal. hehe..

Yang menariknya lagi, agent Sri Lanka ni ada many-many unit here, kata Jamal. Perghh, memang seorang property investor betul la Sri Lanka ni. Mengalahkan property investor malaya seperti MAMAT1 dengan MAMAT2 ni..

Aku bgtau Jamal, aku bagi masa 3 hari untuk kawan dia ni keluar dari rumah ni. Jamal cakap malam ni dia akan jumpa dan bgtau dengan kwn dia tu. Aku bagi KAD aku pada Jamal, apa-apa hal hubungi aku.

Dia tengok jer kad aku, siap dia sound aku lagi "How can i do not know you, i know majority of car rental around here and PJ. I can find you a good guy to rent your car".

Dengan selamba aku jawab "I never give my cars to the foreigner especially your people. Only local people can be my customer".  Mau hancur kete aku kalo geng diorang ni pinjam. Tak berbaloi, customer kena pilih jugak, bukan boleh main tangkap muat jer. 


Senyap Jamal bila aku sound gitu. Jamal cakap apa-apa hal nanti dia call aku. Sebelum balik, aku mintak no tel Jamal. Sebagai back up..


Malam tu aku dapat call dari Jamal, bgs jugak ketua kampung Negro ni, mmg taking care betul la rakyat jelata dia.. Dia cakap yang dia dah bgtau kawan dia dan kawan dia mintak tempoh masa sehingga Selasa ni untuk cari  rumah lain. Aku dengan baik hatinya bagi green light. Asalkan dia nak keluar dgn sukarela, tu pon dah kire baik. Malas aku nak kecoh-kecoh smp ke tahap melibatkan pihak polis.

Kita just tunggu la hingga Selasa ni, tgk camner criter nya plak. Harap semuanya berjalan lancar. Semoga urusan di permudahkanNya.

Wednesday, November 7, 2012

Rumah Yang Patutnya Kosong Tiba-Tiba Ada Negro

Pengalaman yang aku baru dapat ptg semalam. Masih lagi panas... Panas plak hati aku bila aku tgk geng2 negro ni buat kwsn tu mcm kampung halaman diorang jer..

Rumah ni merupakan rumah salah seorang pakcik client aku. Pakcik dia ni agak berada dan tinggal di pantai timur. Pakcik ni ada satu apartment kos sederhana di Puchong Putra Perdana.

Dari info yang aku dapat, unit ni pernah di sewakan satu ketika dahulu kepada seorang budak perempuan bujang. Mulanya pembayaran sewa berjalan baik sehinggalah pada satu ketika, budak perempuan ni tinggal free tanpa membayar sewa untuk tempoh yang agak panjang, lebih dari setahun.. Setahun duk free tu, best giler dapat jadi penyewa..

Dan di sebabkan oleh faktor kesibukan dalam dunia perniagaan yang di hadapi oleh seorang businessman, maka si pakcik ini membiarkan sahaja penyewa tu tinggal free tanpa bertanyakan khabar mengenai sewa. Setelah dinasihatkan oleh client aku ni, maka si pakcik menyuruh anaknya untuk mengusir penyewa perempuan tu dari rumah tersebut. Perempuan tu keluar dan rumah tu dikunci oleh si anak. Setahun berlalu selepas perempuan tu keluar, rumah tu masih lagi kosong dan berkunci.

Client aku rekemen kpd pakcik nya untuk menggunakan servis aku untuk mendapatkan penyewa bg unit tersebut, daripada dibiarkan kosong, dapat rm450 sebulan pon ok jugak.

Nak dijadikan cerita, kunci rumah tersebut yang ada dalam simpanan si anak telah hilang, tak dapat dikesan. Nampaknya terpaksa la aku pecah masuk rumah ni, dah macam rumah lelong plak.

Petang semalam, lebih kurang pukul 330 petang, hujan boleh tahan jugak lebatnya, aku ke unit tersebut. Kelengkapan pecah rumah yang biasa aku gunakan, aku bawak bersama. Dalam pukul 4 aku tiba ke destinasi.

Belum masuk ke kawasan apartment tu lagi, aku dah nampak beberapa orang negro. Masuk ke dalam kawasan apartment tersebut dan mata aku mula mencari Blok I. Nampak lagi beberapa kelibat negro. Mak aii, ni memang dah jadi kawasan diorang ni.. Dah rasa macam duk kat Mentari Court atau pun Lagoon Perdana jer.

Yes, Jumpa jugak Blok I. Terus aku mencari unit no 10. 1 tangga hanya serve 4 biji unit setiap tingkat. Agak privacy, kadang2 terlalu privacy jugak boleh bertukar menjadi scary jugak. Unit ni di tingkat 4. Sebelum aku naik ke tingkat 4, aku ke post box dulu. Double check nama owner dgn counter check surat-surat indah water dan bil api. Betul, nama di surat tu adalah sepadan dengan nama pakcik client aku. Tak silap rumah.

Sampai jer ke tingkat 4, keadaan agak suram. Ke empat-empat unit di tingkat 4 tu seolah-olah tidak berpenghuni, melihat dari keadaan kaki lima yang tidak bersapu dan juga tiada selipar/kasut di luar rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga aku ketuk pintu jiran sebelah unit client aku ni. Tiada respon. aku ketuk lg pintu unit2 lain, juga tiada respon.

Belum sempat aku turun untuk mengabil tools pecah rumah, jiran sebelah unit client aku bukak pintu. Keluar seorg remaja lelaki. Aku introduce la diri aku dulu, dan aku minta nak pakai elektrik rumah dia skjp untuk aku potong solex rumah sebelah ni. Dia bg green light jer, TAPIIII dia cakap rumah tu berpenghuni.. dan penghuni nya adalah negro...

Terperanjat aku, rumah yang sepatutnya kosong, tiba-tiba ada negro... Aku call client aku. Dan dia juga terkejut, tak pernah pakcik dia sewakan unit tu kepada orang lain setahun yg lps apatah lagi pada seorang negro.

Kalo korang di tempat aku, apa yang korang buat?

A: Tinggal kan notis dan suruh npenyewa negro tu call korang/client korang (tuan rumah)?
B: Teruskan niat pecah rumah dan tukar kunci?
C: Biarkan shj, balik dan report status kpd client?
D: Atau apa yang korang nak buat?

p/s:- Aku punya tindakan akan aku kongsikan di post yg setrusnya...


Wordless Wednesday: Negro


Dah macam rupe ni la bdk negro yg aku jumpa ptg td..
Sanggup ke anda menyewakan rumah anda kpd mereka ini?

Tuesday, November 6, 2012

Sambungan kisah PT1

Ni aku nak sambung pasal PT1. Kesian plak aku tgk kat PT1 ni. Pasangan muda suami isteri. Si isteri bekerjaya sbg guru di Pahang dan si suami bekerja di KL. Si suami jadi weekend husband la, dan aku pernah mengalami saat-saat yang sama selama hampir setahun.

Si suami masih lagi tinggal bersama dgn kawan-kawan bujang dulu. Cuti sekolah dh nak bermula, si isteri nak datang KL dan tinggal bersama si suami. Mana best tinggal dlm rumah bujang kan. Maunyer terperap dlm bilik jer. Nak keluar ke tandas pon tak selesa.

Kesian kat PT1.. Dah tak ada rezeki korang untuk menyewa apt aku, nak buat camner. Tapi aku masih ada tawaran lain. Korang igt tak aku pernah ceritakan yang aku ada menang satu rumah lelong di Putra Perdana last month kalo tak silap, rumah client aku punya. Secara kebetulannya rumah client aku tu tengah di persiapkan untuk disewa. Dan kebetulan juga masa tu client aku tgh bersihkan rumah tu.

Aku menawarkan rumah client aku tu kpd PT1. Harga sewanya murah berbanding Apt aku, maklum la, rumah client aku ni flat tingkat 4. Sewanya rm450, deposit 2 bulan + utiliti rm200. PT1 bersetuju untuk view rumah tu. Terus shj aku bawak ke rumah client aku tu setelah aku selesai urusan dgn PT2.

Smp jer ke rumah flat tu, client aku tgh sibuk mop lantai, rumah dah kosong tapi beberapa kerja masih lagi perlu di lakukan spt mengecat, pasang kipas siling, pasang sinki dan pasang gril.

PT1 nego rm400, maaf la tak dapat. Client aku nak rm450 jugak (setelah diracun oleh aku, hehe).. PT1 sanggup bayar rm500 tapi keadaan rumah mestilah partial furnish. Mmmm.. Aku berbincang dgn client aku mengenai request PT1. Beberapa pro & con di teliti. Pro nya, dapat harga sewa mahal iaitu rm500. Con nya, kalau PT1 tinggal hny untuk 1 tahun atau kurang, dan next tenant tak mau perabot sedia ada tu, mana nak campak. Sedangkan kos beli perabot tu belum pon lagi break even. Jika kos pembelian perabot lebih kurang rm2k, dan kenaikan sewa hanya rm50 sebulan. Ianya memerlukan 40 bulan untuk break even.

Client aku memutuskan untuk tidak bersetuju dgn request tersebut. si isteri memang dah ok dengan rumah tu, tetapi si suami ingin mencari rumah lain yang rendah sikit. Bagus juga rumah tingkat4 ni, korang boleh bersenam tanpa sedar. Baik untuk kesihatan. Huhu..

Jadi rumah client aku ni belum lagi disewakan dan ianya belum lg di iklan kan. Mungkin esok baru nak iklankan setelah pasang tikar getah. Sesi siang tadi aku telah habiskan mengecat rumah tu. Baru lah bersinar-sinar, berseri-seri bila next potential tenant dtg view.

Jika ada kawan-kawan yang berminat untuk menyewa Flat Siantan, Puchong Putra Perdana, tingkat 4 boleh lah menghubungi aku, 017 939 1161. Sewanya rm450 shj.



Ruang Tamu, putih menawan..

Ruang dapur




Monday, November 5, 2012

Tips Mendapatkan Penyewa Dengan Pantas

2 - 3 ari lepas aku ada iklan kan salah satu rumah aku di Puchong Permai. Aku iklan kan dlm blog aku dan juga dlm mudah.my. Market sewa kat sana dlm rm650 shj, tapi unit basic jer la. Unit aku lak dh ada kitchen cabinet, wardrobe dan juga aircond. Disebabkan penambahan yang ada ni, aku naikkan sewa menjadi rm750.

Pagi semalam ada org call nak tgk rumah.  Aku set appoinmnt pukul 6 ptg.
Kenapa aku set appoinment pukl 6 ptg, sedangkan dari pagi tu lagi aku free dan yg nk view rumah tu pun free jugak?

Potential tenant 1 (PT1) call dalam pukul 9pg, aku dan dia free ms tu, tapi aku set appoinmnt pukul 6 ptg. Ini disebabkan oleh dlm jangka masa 9 pagi - pukul 6 tu aku BERKEMUNGKINAN mendapat beberapa lagi potential tenant lain yang sempat tgk rumah pd pukul 6 ptg juga.

Andaian yang aku buat membuahkan hasil. Pukul 1ptg, ada org sms aku nak view rumah. Jeng jeng, trick aku menjadi. Aku reply sms cakap aku free hanya pukul 6 ptg ni. Jika tak, lagi 3 hari lagi baru boleh view. PT2 cakap ok, dia akan pegi tgk rumah pukul 6 ni.

Pkl 5.50ptg aku dh smp kat apt tu. Aku sms kat PT1 dan PT2 ckp aku dh smp, jumpa kat rumah no D-X-X. PT2 call cakap dia dah smp, kat lif. Aku dan PT2 masuk ke dalam rumah. Aku bukak semua lampu yang ada dalam rumah tu. Kenapa? Sbbnya aku nak bagi rumah tu cerah dan menampakkannya berseri-seri dan sedia untuk didiami.

PT2 cuba nak nego dgn aku, dia mintak rm700. Belum aku sempat respon, hp aku berbunyi, PT1 call tny rumah no berapa. Aku jwb call tu dngan suara yang agak kuat dan lantang. PT2 terdengar perbualan aku, dia tanya ada orang lagi ker nak tengok rumah ni? Jeng jeng jeng.. Skali lagi mengena.. Aku cakap ada, dia kat lift tu. Belum sempat PT1 smp, PT2 cakap dia setuju menyewa rumah ni. Berapa sewanya? sudah tentulah rm750. Yang dia minta kurang tadi tu, aku belum sempat jwb lg, selamat jugak belah aku sbb harganya maintain 750.

PT1 selepas beberapa minit bgtau yang diorang berminat untuk menyewa rumah ni jugak. Dan dengan berat hati aku terpaksa menolak disebabkan aku sudah bersetuju dengan PT2 td.

Korang nampak tak pressure yang aku cuba wujudkan dengan membuat temujanji dgn 2 bakal tenant serentak. PT2 terus shj bersetuju dengan harga rm750 walaupon baru sahaja dia mintak kurang kepada rm700 sejurus shj mendapat tahu yang ada nya PT1 yang hendak view rumah.

Terus shj dia menyerahkan 2+1 bersama deposit utiliti rm400 kpd aku sbg tanda jadi. Dan aku juga terus shj handover kunci rumah kpd PT2. PT2 akan melangsungkan perkahwinan sabtu ni, semoga kekal ke anak cucu dan jaga lah rumah ku dgn elok. Tu lah pesananku kpd PT2 sebelum balik.



Ada kisah lagi dengan PT1.. Belum habis setakat tu shj. Sambungan cerita PT1 aku akan ceritakan di post seterusnya.

Saturday, November 3, 2012

Seminar Hartanah oleh Sifu aku

Seminar ini diadakan oleh sifu aku. Ianya amat sesuai untuk beginner mahupun kepada yang dah ada beberapa biji rumah. Jangan sangkakan yang kita dah tahu semuanya.. jangan sangkakan yang dah ada 4 bijik rumah, korang dah terrer. Kadang-kadang orang yang tiada rumah lagi terrer dari orang yang dah ada 4 biji rumah.

Shafie Bustan merupakan orang yang pertama mempengaruhi dan mengajak aku terlibat ke dalam bidang hartanah ini. Dia fokus kepada hartanah lelong. Banyak ilmu hartanah lelong aku belajar dari dia. Dan aku percaya, seminar yang diadakan ini amat sesuai kepada semua golongan.

Banyak real case study yang akan dikongsikan oleh beliau sendiri di dalam seminar ini. Jadi tak der lah korang terpinga-pinga bila masuk auction nanti.

Bahaya Pelaburan Hartanah Tanpa ILMU.

Sedarkah anda, betapa besarnya bahaya pelaburan hartanah yang dibuat tanpa ILMU pelaburan hartanah yang BETUL?? Jika hendak disenaraikan, terlalu banyak yang boleh diterangkan. Di sini, saya menyenaraikan beberapa Kesan-Kesan Besar daripada Pelaburan Hartanah yang dibuat tanpa ilmu yang betul:-

 - Membawa Kepada Pelaburan Hartanah Yang Salah

 - Menganggu aliran wang tunai yang masuk

-  Hartanah Yang Dibeli Susah Untuk Di Jual Semula

 - Tidak Dapat Mencari Penyewa Yang Sesuai

 - Masa Yang Terbuang Dalam Proses Pelaburan

 - Membebankan Portfolio Pelaburan

 - Memberi Kesan Kepada Rekod Pinjaman

Atas faktor-faktor diatas, aku amat menyarankan korang untuk join seminar sifu aku ni.




Thursday, November 1, 2012

QnA - Tenancy Agreement

how u use the tenant contract to apply loan?



Mula-mula sekali aku terangkan pasal tenant contract dulu. Tenant contract yang di tny oleh saudari borneo ni adalah sama dengan Tenancy Agreement atau pon perjanjian sewa rumah.

Saper yang perlu sediakan Tenancy Agreement (TA) ni?
- Boleh suruh lawyer yang sediakan. Caj akan dikenakan nanti oleh pihak lawyer. Brp rm aku x tau, tu bleh nego la nanti. Kalau lawyer yg dah biasa berurusan, boleh mintak free jer kot.
- Boleh jugak sediakan sendiri. Aku buat sendiri jer TA ni. Buat ayat yang aku dan orang kebanyakan paham. Jika bahasa lawyer ni, bukannya aku paham pon.

Apa yang perlu ada dlm TA ni?

- Mestilah kena ada maklumat tuan rumah dan penyewa. (Nama, IC, No tel, alamat).
- Mestilah kena ada Address unit yang di sewakan tu.
- Mestilah kena ada harga. Harga sewa, deposit dan juga pemberitahuan keluar (notis keluar rumah, penyewa/tuan rumah hendaklah memberi notis 2 bulan awal sebelum keluar dari unit. Tu contohla).
- jgn lupa masukkan nombor akaun dlm tu utk pembayaran sewa. Amat tidak digalakkan untuk mengambil cash.
- Kalau ada kelengkapan dalam rumah tu, boleh dimasukkan sekali. Buat satu senarai barang apa yang ko sediakan dlm rumah tu. Cthnya aircond 2 unit, almari 3 unit, katil 3 set, set meja makan, tv dll). Jadi masa diorang nak keluar esok2, semua barangan ni mesti ada. Kalau tak ada, sama ada kena ganti ataupun tolak deposit, bergantung kpd budi bicara la.

Kena Stamping ke?

- Seeloknya pegi la matikan setem kat pejabat hasil tu.
- Ianya akan jadi lebih "kuat" di mata pihak bank bila mana ianya digunakan sebagai support document bila nak mintak loan esok2.
- Sesetengah bank tidak ambil berat tentang stamping ni, tapi ada sesetengah bank yang ambil berat.

Setel bab TA. Skang aku masuk bab bank statement plak. TA dan bank statement diibaratkan sebagai pasangan dua sejoli. Ianya tidak dapat dipisahkan.

Kenapa bank statement ni penting?

Ianya adalah bukti yang menunjukkan korang ada menyewakan unit korang tu dengan jumlah RM yang tertentu. Sebagai cth, dalam TA dinyatakan unit tu disewakan pada kadar rm800. Jadi dalam bank statement jugak, setiap bulan MESTI ada duit masuk RM800. Jadi bank statement ni akan match dengan TA tu.

Baru lah pihak bank akan mengambil kira rm800 ni sebagai pendapatan sampingan korang.
Jadi masa korang submit dokumen untuk apply loan esok2, korang submit la skali TA dan bank statement tu.


p/s: aku terpaksa rahsiakan profil Gadis Borneo ni, aku takut BRO ni add fesbuk Gadis Borneo ni lps ni..

Iklan: Apt Puchong Permata 1 untuk disewa

- Apt kos sederhana.
- Dilengkapi dgn kitchen cabinet.
- Master bedroom ada aircond dan juga wardrobe.

- Walking distance ke Uptown, McD, Shell, kedai makan, klinik dan kemudahan lain.
- Kejiranan melayu
- Ada satu parking lot khas.

- Lokasinya di Puchong Permai, sebelah dengan Puchong Perdana.
- Senang nak ke Putrajaya, Cyberjaya dan juga Subang.

- Kemasukan SEGERA.

 
 
Gmbr dalam unit akan sy upload nanti.

Sewanya rm750 shj.
deposit 2 bulan
utiliti rm400.

Call Shah 017 939 1171