Monday, October 15, 2012

Takut Beli Rumah, Tapi Tak Takut Beli Kereta

Bila anak muda dah habis universiti dan bermula lah alam pekerjaan. Satu titik tolak bermulanya kehidupan berdikari. Jika sebelum ini adanya biasiswa ataupon pinjaman dari pihak-pihak tertentu, skrang ni tak ada lagi. Jika sebelum ini dengan tanpa segan silunya mintak duit belanja dgn mak ayah, skrg ni nk mintak pon dah start segan. Semua belanja dan keperluan diri nak kena beli menggunakan duit poket sendri walaupun gaji hanya rm2-3k/bln.

Keje belum pon smp bulan ke4, dah gatal tangan nak beli kereta baru. Kereta baru tu, second hand apa barang, x der class. Jika tak dapat Honda, dapat Toyota pon dah ok. Jiwa anak muda takkan lari dari 'kehendak' yang agak melampau.

Gaji rm3k. Gatal tangan pegi submit loan untuk Honda, harga dlm rm100k ajer. Byr bank dlm rm1.2k, full loan sbb x mampu nak kluarkan downpayment, baru keje. (tahu pon baru keje, x sabar2 nak beli kete bsr tu saper suruh)..



kacak dan bergaya...

Duk 2 minggu kete keluar. Dengan penuh bergaya dan kacak, gi jejalan round KL. 3 tahun berlalu, masih lagi menyewa rumah dgn harga rm700/bln. Belum mampu lagi nk beli rumah.


Idea:
-Jual jer kereta tu dan beli kereta secondhand yang mana installmentnya kurang dari rm700 (amount yang sama dgn sewa rumah).
- Beli Apartment yang beharga rm240-250k yang mana installmentnya rm1.2k (amount yang sama dgn byrn kereta dulu).
- Tak ada sebarang perbezaan wang ringgit yang keluar dan masuk dulu dan skrg. Cuma bezanya anak muda ini sudah ada sebiji hartanah yang harganya kian meningkat dari hari ke hari dan sebiji kereta second hand yang nilainya susut setiap hari.

Pengorbanan di perlukan, pengorbanan dari segi kemewahan yang berlebih-lebih. Jika dahulunya pakai honda civic baru, skrg ni kena pakai kete second hand.


Betapa nikmatnya terasa tinggal di rumah sendri..

Jika anda di tempat anak muda ini, sanggupkah anda berubah?

8 comments:

  1. Susah nak buat orang berubah lagi-lagi bila surrounding tu meleis. Kena tahan hati tutup telinga lah, sebab bila anak muda ni dah tukar kereta second hand, mesti ramai noises yang kutuk and bla bla bla.

    Tapi pasti akan ada juga yang bersifat positif, "bagus anak muda ni, dah beli rumah.".

    Yang penting, hidup biar besederhana.

    ReplyDelete
  2. Boleh berubah.. dengan satu syarat org tu sendiri kena ada kesedaran utk berubah.. kadang2 budak2 muda ni.. waktu tu.. takde sapa yang beri pendedahan.. dan darah muda.. tau nak enjoy, melaram, pakai keta besar.. itu adalah target dia.. masalahnya.. group kawan yang dia ada.. mungkin jenis yang fokus pada kereta, enjoy.. jadi macam mana dia nak berubah.. kecuali bila dalam keadaan terdesak.. sengkek.. hari2 makan maggi sebab berkorban bayar kereta.. time tu baru bukak mata nak beli rumah invest laa.. satu lagi.. beli rumah tak seglamer beli Kereta.. boleh bawak sini.. itu adalah.. mentaliti.. budak2 baru grad.. dia tak nampak seme2 tu lagi..

    hehe.. ni pun berdasar pengalaman aku waktu muda dedulu.. skang dah sedar.. sygnya.. kalau aku sedar lebih awal.. bnyk yang boleh aku buat.. apapun budak2 muda ni kena di beri pendedahan .. kadang mentaliti dorang ni.. takde pun sifat delay gratification.. dorang ingat keje tu senantiasa terjamin.. perjalanan dorang masih jauh..

    ReplyDelete
  3. kesedaran dalam diri sendiri adalah yang terbaik.. tak guna jika orang luar duk push suruh berubah tetapi hati kecil tetap tak mahu berubah.. kesannya tak akan lama.

    kadang-kadang tu, kena biarkan pengalaman menjadi cikgu. dah terhantuk br ternadah.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju. Peer pressure memang hebat. Kalau takde jatidiri dan financial IQ memang mudah terjebak.

    ReplyDelete
  5. berubah dari berkawan2 yg minat main kete ke kawan yg minat main property.. sakit tapi berbaloi...(Moral of the storey...kawan masih berhutang utk bayar kete..tapi kite masih lagi berhutang tapi org tolong bayarkan rumah..)

    ReplyDelete
  6. mmg pun, ada yg gaji 2k pegi angkat ciry. 'genius'!

    ReplyDelete
  7. itulah realiti kehidupan zaman skrg.. bila kita dah ada rumah byk, mula la diorg kata yg kita ni takper la, background family kaya.. macam-macam ragam..

    ReplyDelete