Tuesday, October 23, 2012

Sofea Masuk Wad

Semalam aku ke HKL di sebabkan anak perempuanku, Sofea 1 thn 7 bln mengalami sindrom seakan-akan asma. Pkl 10pm aku registerkan anak aku di jabatan pesakit luar HKL. Dlm masa 10 minit jer, doktor dah panggil. Doktor suspek asma di sebabkan pernafasan Sofea yang laju dan juga berbunyi..

Dari Jab Pesakit Luar, doktor refer kes ni ke bhgn emergency untuk amik Nebulizer atau singkatannya Neb. Alah, alat yg sedut gas tu.. Ini merupakan kali pertama Sofea lelah, kali pertama juga amik Neb. Apalagi menangis la dia sepanjang amik Neb tu. 10 minit yg terakhir jer dia seakan pasrah dan redha, barulah diam dan terkawal.. doktor bagi lagi satu surat refer pada bhgn Pediatrik, appoinmentnya esok masa office hour.  Balik kerumah lebih kurang pkl 1am. Pernafasan Sofea semakin baik dan bunyi lelah sudah hilang.

Siap tkr baju semua, nk tido. Baru jer nak tido, bunyi lelah datang balik.. 10 minit skali dia bangun merengek. Yer la, badan rs tak sedap, mn lena nk tidur. Pkl 3 am, dia muntah atas badan aku. Tak pasal-pasal kena mandi pkl 3am.

Pkl 1 lebih aku smp ke HKL sekali lagi utk ke unit Pediatrik. 3 kali pusing cari parking, last2 parking kat luar, jauh dan berbayar. Siap check up oleh doktor, dia cakap yang oksigen dlm bdn sofea rendah, lbh kurang 91%, org normal >96%. Terpaksa di masukkan ke dalam wad serta merta. Alamak, baju dan brg2 lain tak ada plak prepare. Tak sangka lak nk  kena masuk wad.

Dlm wad, kena amik Neb setiap 4 jam. Sofea semakin aktif dan sihat dari hari sebelumnya. Hari yang sungguh memenatkan. Ni aku baru smp ke rumah sementara isteri aku temankan Sofea di wad. Penat sgt, nak gi tido dulu. esok pkl 7 dah nak kena gi HKL plak. Merempit jer la, tak sanggup nk mengharungi jem dan juga perit getir mencari parking.

Sofea yang pasrah, di masa 10 minit terakhir.

11 comments:

  1. semoga cepat sembuh,lps ni kena jaga pemakanannya

    ReplyDelete
  2. sabar berbanyak.., .. moga anak cepat sembuh....

    ReplyDelete
  3. tq all.. sofea dah semakin sihat. Pernafasannya semakin stabil dan semakin aktif mcm biasa. Aku plak yg x larat nk ngejor nya..
    Kemungkinan esok boleh discharge jika doctor dah berpuas hati.

    ReplyDelete
  4. Nama anak pun sama Bro, yang masuk hospital pun sama tapi anak aku masuk last week psl radang paru paru...this week dah discharge..anyhow semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  5. anak aku dh discharge td.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. sama cam anak saya..oksigen 80%..masuk ICU...nafas guna meisn 6 hari..uduk wad biasa 5 hari...syukur sekarang dah ada rumah...tapi kuarantin lagi...batuk n selsema plop...huhu...dugaan, kena bayak sabar

    ReplyDelete
  7. hope semua ok..jage molek anak deme bro.. anak sedare aku kene asma gak..skrg pakai pum sedup setiap 12 jam..

    ReplyDelete
  8. aloh sorry to hear this bro, nak kena tengok apa punca2 asthma dia, lepas tu baru senang nak control. saya sentiasa ada inhaler kat poket :)

    ReplyDelete