Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua pembaca shahrilsidek.com, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha.

Kepada pembaca yang akan pulang ke kampung halaman, sila memandu dengan behati-hati. Ingat orang yang tersayang. Ingat kepada speed trap, AES... Daripada bayar saman rm300, baik la qurban satu bahagian yang berharga rm380.

Raya qurban datangnya setahun sekali sahaja. Kepada yang mampu tu, amat digalakkan agar mengerjakan ibadah qurban, bukannya mahal pun, rm380-rm500 jer satu bahagian.. kalau rm380 bahagi 12bulan, baru rm32 sebulan.. Apalah sgt rm380 setahun tu, jika dibandingkan dgn harga makan KFC ngan Pizza..

Tahun ni merupakan tahun pertama saya dan keluarga saya beraya di perantauan. Sebelum ni, tak pernah saya beraya di perantauan, mesti balik kampung punya. Pernah satu ketika dulu semasa saya bekerja kilang, saya pernah menghantar surat berhenti kerja gara-gara cuti raya yang saya minta tidak diluluskan oleh boss. Sekarang ni, tak boleh la, sbb dah berkhidmat dlm sektor kerajaan.

Tahun ni, di pagi raya aku kena berkhidmat untuk negara. Kesian kepada orang yang nak balik kampung menggunakan flight, kalo saya cuti tak ada la orang yang nak jaga aircraft tu.



Ni yang syoknnya kalau beraya di Kelantan.. Mmg meriah..

Sedih... Terpaksa berkhidmat untuk negara..


2 comments:

  1. jasa bro memang besar... moga dpt ganjaran besar juga...

    My recent post : #8 Idea Menulis Blog

    ReplyDelete