Wednesday, October 10, 2012

CIMB Mega Auction Last Weekend

Meriah.. itu shj lah yg aku boleh simpulkan.. ramai pelabur-pelabur dan juga pendatang baru yang membeli unit untuk didiami sendiri di sebabkan oleh hebahan secara besar-besaran yang dilakukan oleh pihak CIMB. Dah nama pun Mega Auction..  Beratus unit dilelong pada pagi itu oleh pihak NCM dan PAH.

Lelongan bermula pukul 11am. Seawal pukul 9.30am aku dah sampai di Hotel Istana. Dapat jugaklah goodies dari pihak CIMB bila kita register.

Kaunter pendaftaran CIMB, dpt goodies free..

 
Tengah aku beratur nk register, aku didatangi oleh ulat yang dah mengenali muka aku. Dia tny terus jer unit mana aku masuk, aku tak bg tau.. Hehehe.. Sempat jugak aku tgk listing yang dia pegang dan kebetulan unit yang nk masuk ni aku tgk dh ada 4 org. Alamak, susah nak menang ni. Ni yang aku malas pasal Mega Auction ni, mesti ramai muka-muka baru..

Unlucky paddle.. dah tertulis tak ada rezeki client aku..

Dah siap register, aku pegi minum, minum free sambil duk mengusaha ulat-ulat tgh mencari mangsa.. Sempat jugak aku berkenalan dgn 2 lelaki.

Lelaki pertama, pemuda lebih kurang 30thn berkahwin dan mencari rumah untuk didiami sendiri. Unit yang dia masuk di Damansara Damai, Harmoni Apt dan harga reserve rm60k. Wow, aku menang dulu di kawasan yang sama hnylah rm36k.  Nasihat aku pada dia, tak berbaloi jika dia beli lelong pada harga market. Sbab apa kita beli rumah melalui lelong? Sudah tentu sbb nak murah kan.. Murah apanya jika kita beli pada harga pasaran.. Plg tidak kenalah aim at least 20% below mv.

Lelaki kedua, berusia lbh kurg 45thn. Dia ni seorg pelabur. Main property yang harga nya blh tahan jugak, main kondo-kondo jer.. Aku mintak business card, aku tgk jwtn nya as a director. Mmm, no wonder main high end..

Lelongan bermula, unit yang aku masuk merupakan antara unit yang plg ramai pembida pd hari tu, 10org. 2 benda yang terus bermain di kepala aku. Pertama, susah nak menang ni di sebabkan aku hny advise client aku supaya bid 40% below mv. Kedua, hot jugak kwsn yang aku pilih ni, maksudnya penilaian aku terhadap unit dan kwsn ni agak bgs. Unit dgn RP rm27k dan aku tewas. Tewas pd harga rm45k, Mv rm70-75k. Sewa rm450-500.

Suasana dlm bilik lelongan.. Kebiasannya ulat-ulat akan duk kat blkg la..

7 comments:

  1. Salam, dalam buku Azizi Ali dia ckp tak payah nak kenal-kenal dengan orang masa auction ni. Apa komen tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm, betul.. boleh jer pegi register dan tunggu lelongan bermula.. lps dh siap sesi lelongan, terus balik.. tak ada salahnya..
      tapi tak salah juga kalau kita pergi sana dan buat kawan baru, buat network baru.
      bukannya dgn kenal org, kita boleh dpt rp pon unit tu.. tu semua rezeki dan nasib..

      Delete
  2. tak berapa paham pasal ulat2 niee...apa yang diorang nak? nak ganggu kita membida ke??? leh citer skit???

    ReplyDelete
  3. ulat ni nak duit kopi.. cthnya kita masuk unit no3.. dia tahu jer kita masuk unit no3, dia pon buat2 register jugak la unit tu..
    lps tu dtg kat kita ckp ada org masuk unit ni jugak, kalau kita nak unit tu dia sanggup lepaskan tapi kena hulur, biasa plg kurang pun rm1k.
    kalo seminggu dpt buat 5 kali.. pakcik kayo la jwbnya..

    ReplyDelete
  4. tapi kalau kita pusing balik cakap kat ulat tu, "kalau nak aku lepaskan unit ni, ko kena bayar plak kat aku, apa macam?" ko pernah buat tak bro..?hahaha kalau ikut undang2, salah tak bro ulat2 ni....?ni dikira rasuh ke?kene tangkap ke..? kemacam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer.. aku pon pernah dpt gak duit kopi tu.. plg tinggi kwn aku pernah dpt rm6k utk 1 rumah.

      aku x anggap plak benda ni sbg rasuah, ianya win-win situation. dari ko byr kat bank tinggi2, baik ko byr kat org tu skit dan ko dpt harga rumah tu dgn murah.

      x pernah dgr lak aku ada org kena tangkap..

      Delete
  5. Apa beza mega auction dgn title auction? N adakah perlu utk memilih unit yg mmpunyai strata title?

    ReplyDelete