Sunday, October 21, 2012

Cara Check Market Value

Kenapa pentingnya kita (sebagai pelabur) untuk mengetahui market value sesebuah hartanah?

1. Takut-takut kita terbeli over market price plak, rugi-rugi.. market value rm100k, orang lain beli rm90-100k, tapi kita beli rm120k..

2. Bank hanya menawarkan loan sebanyak 90% dari market value ataupon 90% dari harga dalam SnP yang mana terendah. Kalau mv unit tu rm100k, dan kita beli harga rm120k, so harga dalam snp rm120k. Bank hny akan bg loan rm90k shj iaitu 90% dari mv. Dia tak peduli pun harga dlm snp tu brp. Janji yg mana terendah..

3. Untuk markup loan. Bagi yang mana tak ada wang pendahuluan sebanyak 10%, mark up harga dlm SnP mestilah menjadi pilihan mereka. Camner mereka nk markup jika mereka tak tahu mv?

Camner anda nak cek market velue, cthnya bg sebuat unit med cost apartment saiz 850sqft beralamat D-3-5, Puchong Permata 1 Apartment, Jln Puchong Permai, 47100 puchong, Selangor.

Ada yg anggap dengan cek beberapa listing di website seperti mudah.my dan iProperty, itu sudah memadai. Seperti contoh ada 3 iklan di mudah.my dgn harga rm120k, rm125k dan rm127k. Manakala iklan di iProperty adalah rm115k dan rm120k.
Hah, camner ni, semua harga berbeza-beza. Utk kes sebegini, biasanya kita amik average, rm120k adalah consider sbg average. Tapi cara sebegini kurang tepat. Just nak dapatkan rough surface jer ttg mv.

Di awal pengenalan sy dalam dunia hartanah ini, saya juga menggunakan khidmat banker sbg sumber mendapatkan mv. Beberapa officer bank yang biasa sy berurusan, sy akan sms address bersama dgn saiz dan tunggu sehingga officer terbabit menyemak mv dgn valuer mereka. Yang tak best nyer, kita kena tunggu agak lama, mungkin 1 hari baru lah mereka dpt bg feedback pada kita. Yer la, mereka pun ada kerja lain yg lg penting, ni just tlg kita jer.. Cara ni boleh dikatakan tepat.

Sekarang cara mana yg saya guna? Hehe.. Cara ni sy dapat bila mana saya tgh buat skill di atas. Masa tu saya tgh face to face dgn salah sorang banker saya. Ada 2 biji unit yang saya berminat untuk beli melalui proses lelongan. Di sebabkan sy aim 40-50% below mv, amat penting bg sy utk ketahui mv.

Bila saya bg jer address dan saiz unit tu, banker tersebut terus call valuer utk mendapatkan mv. Skrip percakapan antara banker dgn valuer saya amati dan sy impan dalam minda sy.. Ooo begini caranya banker dapatkan value. Hehe, senang la lepas ni..

Habis jer perbualan sepanjang 5-8 minit antara banker dgn valuer, dihulurnya sekeping kertas tertulis mv yg diberikan oleh valuer td bg unit yg sy mintak td. Dengan muka tak malu, saya juga mintak nama company dan no tel valuer yg dia call td. Dia tny nak buat apa? Aku senyum panjang.. Dia pun tulis la beberapa nombor dan nama sykt valuer yang biasa dia berurusan. Siap dia pesan lagi, kalo aku nk cek, aku boleh guna nama dia. Done..

Esoknya terus aku praktikkan ilmu baru ni. Mulanya hati ni berdebar debar. Mana tak nya, valuer ni akan tny "Siapa sana?, Dari mana?" hah, apa nk jawab..
Dgn suara yang macho dan konfiden, aku cakap, "saya Annuar, dari CIMbeng cawangan Kota Damansara."
Lps tu dia akan tny "nk cek unit mn"..  
Zasss.. pancing dah mengena bila mana soalan tu keluar.. Maka aku proceed la dgn bg address dan saiz. Dia akan tny berapa asking price, aku pon akan bg satu nilai yg tinggi beberapa puluh ribu dari harga yg aku tgk dlm mudah.my, iaitu rm130k.
Dia tny lg "Ada renovation?"
Aku jwb lg "Tak ada, basic unit"
Dia pon cakap "Ok, encik Annuar tunggu jap yer, sy semak dalam sistem jap".. Dengan hati yg berdebar debar, aku menunggu, mana tak berdebar.. 1st jadi banker.. hehe..

3 minit berlalu, " Ok encik Annuar, kita boleh bagi rm118k."

Hah, skrg aku dh tahu yg mv yg diberikan oleh salah satu sykt valuer yg bertauliah ialah rm118k.
Tapi ingat, harga yang diberikan oleh valuer ini berbeza-beza. Cthnya valuer A dgn valuer B, mungkin valuer A bg rm118k dan valuer B bagi rm110k.

Bagaimana nak dapatkan nombor telepon valuer ni?
Korang boleh rujuk kat sini.. LPPEH
Senarai ni bkn shj valuer malah estate agency juga ada. Pandai-pandai la korang usha.



P/S: Alhamdulillah, Kelate menang piala Malaysia .. Tahniah kepada The Red Warriors.. 

10 comments:

  1. hahah..kan kangtoi payah jugak..untuk 2,3 kali okay ah..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah kantoi skali.. di sebabkan suara x konfiden.. smp dia tny no tel branch tu.. hehe.
      apa lg, letak la call tu.. call valuer lain..

      Delete
  2. haha..kalau kantoi, memang malu sendiri..haha..
    tapi memang best cara ni..nak try lah..
    boleh ke kalau kita main petik aje nama banker n branch?
    ke kene proper nama betul2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. petik jer.. dia pon bkn kenal semua nama banker dlm KL ni.. tp kalo valuer tu company dia kat KL, jgn lak menyamar jd branch N9.

      Delete
    2. owhyeke..bagus2..boleh torai..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sye just hantar emeil je..nasib baik ada yg reply

    ReplyDelete
  5. aduhh.. nervous nyer... dorg tanya lagi skali dr mna.. terus letak fon.. heheheh...

    ReplyDelete