Thursday, October 4, 2012

Bisnes Homestay

Cuti sekolah dah nak dekat, so aku ambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman aku sebagai pengusaha homestay. Homestay yang aku tengah run sekarang ni adalah satu unit studio di Tiara Beach Resort, Port Dickson. So, kalau ada kawan-kawan korang atau korang sendiri yang nak pergi bercuti, boleh la melayari
http://tiarabeachresortpd.blogspot.com/ dan call aku untuk tempahan bilik.

Kolam yang besar, sesuai untuk keluarga.

Unit ini aku beli pada bulan April2010. Dah 2 tahun lebih aku mengusahakannya dan sedikit selok belok dalam dunia pengusahaan homestay ini akan aku kongsikan. Aku ingat lagi semasa aku membeli unit ni, aku sebenarnya tak cukup duit. Aku baru sahaja bertukar kerja dan pada bulan Mac2010 aku mendapat tunggakan gaji sebanyak rm8090. Unit ni aku beli dgn harga rm80k. Deposit 10% iaitu rm8k di perlukan. Dgn gaji yang diterima rm8090 aku memberanikan diri untuk membayar deposit 10%. Masa tu simpanan yang aku ada hampir habis digunakan sepanjang 3 bulan aku tak dapat gaji. Tentang duit lawyer dan kos-kos lain aku tak nak pikir. Jika aku pikir terlalu panjang, jwbnya aku takkan beli la unit ni.

Bila kali pertama aku masuk di dalam unit tu, aku dapati tiles di ruang tamu pecah. Terpaksa gantikan dengan yang baru dan menelan kos lebih kurang rm2k. Nasib aku baik unit yang dibeli dalam keadaan fully furnish. Jimat belanja. Antara barangan yang ada dalam unit itu adalah TV, aircond, 2 katil super single, set jati, kitchen cabinet, mini fridge dan water heater.




Aku tinggal kat KL dan unit ni kat PD, bagi urusan housekeeping dan penyerahan kunci kepada guest aku terpaksa melantik agent di area sana. Untuk menjalankan perniagaan ini, korang kena cari sorang atau dua org untuk melakukan aktiviti penyerahan kunci dan housekeeping. Korang hanya menguruskan booking sahaja. Jangan ingat korang boleh melakukan semua kerja ni gara-gara untuk mengurangkan kos. Jika korang tinggal area yang sama dgn homestay tu ok la. Tu pun dinasihatkan agar melantik agent jugak sebagai backup masa korang nak balik kampung atau pun ada hal lain.

Bab ni, korang kena letakkan kepercayaan kepada agent korang tu. Manalah tahu kot-kot dia cari guest dan masukkan dlm bilik korang tanpa pengetahuan korang. Dan duit tu dia sebat semua sekali. Untuk mengelakkan benda ni dari berlaku, korang boleh jugak buat spot check. Pegi usha samada ada org tinggal tak pada hari yang tiada tempahan.
Skill seterusnya jika korang menerima tempahan 7 hari sebelum tarikh check in, korang jgn lah informkan agent ni awal-awal. Korang inform dia sehari sebelum guest tu nak cek in. Ini dpt megelakkan dari agent tu mengambil guest lain tanpa pengetahuan korang. Jika di dapati agent ini pecah amanah, korang kena la cari agent lain. Bayaran yang aku bagi untuk agent ini adalah rm40 utk proses penyerahan kunci dan housekeeping.

Jika kita ada produk tapi orang luar tak tahu pun tak guna jugak kan. So, marketing strategy kenalah kuat dan betul. Korang boleh iklan kan di mudah.my, di forum-forum dan juga facebook. Bila guest korang dah ramai, diorang akan rekemen kepada rakan-rakan sekeliling mereka. Penting bagi korang untuk memastikan agar guest korang happy dan selesa berurusan dgn korang agar mereka bercerita yang baik kepada rakan-rakan mereka. Call atau sms dari guest kenalah reply. Penting tu.

Pastikan bateri handphone sentiasa ada terutama bila musim public holiday dan cuti sekolah. Aku pernah mendapat call lebih dari 100 call dalam sehari tak termasuk sms dalam musim cuti sekolah.
Akaun bank untuk urusan booking biasanya CIMB dan Maybank kerana senang nak cari branch, senang la guest nak bank in kan deposit. Janganlah buat bank yang susah nak cari branch mcm bank Muamal*t, HS*C dll. Korang dah merumitkan urusan.

Antara masalah yang pernah aku alami:
1. Guest sesat/tak jumpa unit homestay. Jika ada website, kenalah letak peta dengan jelas agar senang guest nak rujuk. Alamat yang diberi dengan tepat, boleh la jugak guest tu tanya dgn penduduk setempat.

2. Aircond tak sejuk. Aku sediakan 2 biji kipas siling di ruang tamu dan juga bilik tidur sebagai tambahan kepada aircond yang sedia ada. Servis la aircond tu palaing tidak setahun sekali. Biasanya major maintenance akan dibuat pada bulan puasa kerana pada masa ni guest teramat kurang berbandging bulan-bulan yang lain.

3. Lampu/tandas rosak. Kalau ada agent yang berdekatan, boleh suruh diorang uruskan. Jika guest complaint, korang kena jawab "Saya minta maaf atas kesulitan yang encik alami, insyaallah saya akan uruskan dengan segera". Minta maaf penting sebab diorang bayar untuk unit tu, bukannya diorang duduk free.

4. Kunci hilang. Pastikan agent korang mempunyai kunci pendua. Dulu aku tak tahu yang agent aku ni hanya ada satu shj kunci. Nak dijadikan cerita, guest dah check in dan pergi ke Melaka. Guest tersedar yang kunci unit dah hilang. Bila tanya pada agent, dia bagi tau yang dia ada satu tu jer. Dan aku pulak pada masa tu kat Kuching. Last2 kena pecahkan pintu belakang dan segala kos kerosakan ditanggung oleh guest. Dan aku terpaksa balik ke KL untuk menghantar kunci pendua yang ada kat aku kepada agent, guest lain dah nak masuk lagi 3 hari.

5. Unit kotor. Pastikan yang korang kena buat major cleaning paling tidak sebulan/dua bulan sekali. Pastikan tandas tu berkilat. Sarang labah-labah diatas almari tu kena buang. Langsir kena basuh. Jangan tahu tukar cadar dan sapu lantai jer.


20 comments:

  1. Lps tbr kenakan byran utk msk wetland(tmpt main air tu), ada penurunan smbutan x bro? Kalo unit undr mngmnt kn diorg bg gelang free

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, lebih kurang 20% kadar penurunan tu. tapi alhamdulillah, sehingga hari ni saya tak pernah mengeluarkan duit poket saya sendri untuk membayar installment bank. Marketing kena power skit baru lah ada sales.

      Delete
  2. Terimakasih, info yg amat berguna. Saya pun tgh plan nak buat homestay, area kuantan berdekatan UIAM, awal tahun depan insyaallah dpt kunci.....rumah baru.

    ReplyDelete
  3. sama-sama.. amat sesuai di buat homestay jika kwsn berdekatan dgn ipta.

    ReplyDelete
  4. tapi kalau nak buat homestay berdekatan IPTA, selalunya orang akan book semasa musim pendaftaran je kan..?jadi, dua kali atau tiga kali setahun la ye..? ke macam mana..? kalau berdekatan IPTA, lebih baik buat rumah sewa aje..hehe ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya.. lokasi IPTA sesuai utk homestay jugak.
      Ini disebabkan oleh:
      1. Ibubapa yang melawat anak mereka terutamanya anak bongsu/kesayangan mereka SETIAP 1 atau 2 minggu sekali.
      2. Penduduk setempat ada majlis perkahwinan.
      3. Meeting. Ada juga staff dari tempat lain yang akan pergi meeting sana dan jenis yang tidak suka duduk hotel sbb lokasi hotel tu jauh dari IPTA tu.
      4. Event yang dianjurkan oleh IPTA itu. Akan ada orang luar akan dtg ke event tersebut dan penginapan diperlukan.

      Delete
    2. terimakasih atas komen dan pendapat.

      Delete
  5. macamana nak lantik agen?

    ReplyDelete
  6. Saya sudah ikut sifu.. homestay di skudai dekat utm. Tq

    ReplyDelete
  7. saya berminat utk homestay di kuantan dan x tau cara cam ner n klu wat homestay ngn sewa rumah berbaloi x....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ssh sy nak jwb soalan mcm ni. Impak atau result setiap orang akan berbeza bergantung kepada usaha dan rezeki yang Allah telah tetapkan.
      tugas kita hanya untuk berusaha dan meminta pertolongan dari Nya sahaja.

      Delete
  8. minta pendapat tuan,
    1. saya ada rumah apartment kos rendah tingkat bawah. sesuai buat homestay?
    3 bilik, 1 tandas
    lokasi Megah Villa kota warisan sepang
    http://www.mudah.my/Apartment+megah+villa+kota+warisan+sepang-24021503.htm

    tarikan setempat
    -klia 5-10km
    -ERL salak tinggi - 1km
    - pasar malam depan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow megah villa tu. bgs tu. sbb ramai jer yg nak transit ke klia tu perlukan penginapan. dan kota warisan dah kira dekat dgn airport tu.
      boleh jalan tu kwsn tu.

      Delete
  9. Saya ada rumah Taman Bahagia, satu kaw perumahan baru di Parit Buntar. Rumah semi D setingkat. Ada potensi ke kl buat homestay?..and biasanya brp rate permulaan yg dikenakan sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap tempat ada kekuatan yang tersendiri spt pusat pengajian, bandar, tempat perlancongan, kilang dll. kena try dulu la barulah boleh tahu kesannya.
      harga pulak, u try rujuk mudah.my

      Delete
  10. salam...nk tanya pendapat...sya ada beli apartment di bayou resort melaka...skrg diurus oleh resort kalau lepas beberapa tahun kalu kena urus sendiri mcam mana ye....berbaloi ke...risau pulak kalu x dpt byar loan...tp tempat tu mmg sentiasa full booking jer sebb tarikan mmg best la...

    ReplyDelete
  11. insyallah berbaloi, kena usaha jer. Melaka mmg negeri perlancongan. Hari biasa pon ada orang menginap tu. janji marketing kena kuat.

    ReplyDelete
  12. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete