Wednesday, October 3, 2012

Beli Rumah Ikut Ketebalan Poket Masing-Masing

Ahmad beli rumah Semi-D yang berharga RM 389K, installment bulanan lebih kurang RM1800. Faris pula bila dapat tahu Ahmad dah beli Semi-D, dia pon ambil keputusan untuk membeli unit yang sama dgn Ahmad. Nak bg sama standard la kononnya..

Senarionya. Ahmad dan Faris bekerja di tempat yang sama, dan mempunyai gaji yang sama (aliran wang masuk yang sama). Tetapi apa yang membezakannya adalah aliran wang keluar setiap bulan. Ahmad dan Faris tinggal di rumah sewa yang masing-masing membayar rm800 sebulan.

Ahmad jenis yang menyimpan, dia menyimpan RM1200 sebulan, manakala Faris jenis kaki joli, tak pernah menyimpan. Masuk minggu ketiga selepas gaji jer dah sesak, dah mula nak berpuasa sunat.

Untuk kes sebegini, Ahmad biasanya tidak akan mengalami untuk membayar installment bank RM1.8k disebabkan pada masa ini dia membayar sewa rm800 + simpanan rm1.2k = rm2k/mth.
Manakala Faris akan sedikit bermasalah. Mana taknya, kini dia hanya membayar rm800 bg rumah sewanya  dan nanti dia terpaksa tambah rm1k lagi untuk membayar rumah semiD tersebut. Permasalahan begini boleh mengundang kpd rumah tersebut dilelong jika Faris tidak dapat membayar rm1.8k setiap bulan.

Jadi, jika anda adalah Faris, nasihat saya adalah untuk membeli rumah yang mana installment nya adalah sekitar rm800 (sama jumlah dgn rumah sewa skrg) agar poket tidak mendapat kejutan yg drastik. Ini dpt mengelakkan risiko rumah tersebut dilelong jika poket tu tidak dapat menerima kejutan besar.



Jika anda adalah Ahmad, teruskan dgn membeli SemiD itu. Sememangnya anda berkemampuan.



MORAL: Nak beli rumah tu sila lah ikut kepada poket masing-masing. jgn ikut poket orang lain.

9 comments:

  1. gudx3..., encik faris memang boleh membuat sya kaya dan berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu masa nak beli rumah en faris yg kena lelong la tuu..

      Delete
  2. Ini encik Faris nak cakap. Untuk kes2 terbaru, bank dah mula ketatkan syarat. Bank akan tengok dari pelbagai sudut, sebelum meluluskan pinjaman. Dalam kes encik Faris di atas, kalau senario sekarang, kebanyakan bank akan reject application dia, sebab dalam akaun bank dia tiada kurang lebih 1800.00 sebulan sebagai lebihan, untuk dia membayar pinjaman perumahan dia nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, en Faris dah masuk la.. skali nama sama la plak..
      Yes, aku setuju. Aku pernah kongsikan dlm status kat FB aku sblm adanya website ni ttg duit lebihan ini. Good sharing en Faris..

      Delete
    2. kawan tersedak tu baca entry ko. bro turn off verification boleh? susah nk komen

      Delete
  3. Good blog! Easy to understand. Tq syahril.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. aku just kongsikan apa yg aku tahu..

      Delete
  4. hmm, banglo last sekali tu mmg cantik la bro, dekat mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dh off verification.. aku x tau pon ada verification dl, nasib baik ko sound..
      banglo tu aku pon x tau kat mn, aku sebat gmbr dlm google jer.. hehehe

      Delete