Tuesday, October 16, 2012

Beli Rumah Duduk Sendiri @ Beli Rumah Investment Dulu? - Part I

Rata-rata masyarakat hari ini menyewa rumah bila mula bertapak di alam pekerjaan. Ada jugak yang tinggal bersama dengan keluarga masing-masing. Ada juga duduk rumah sendiri, rumah yang bapak belikan. Bertuah sungguh, dpt rumah free. Yang aku nak ceritakan ni pasal yang golongan paling ramai iaitu golongan menyewa.

Takkan la asyik nk menyewa sampai ke tua. Nak la jugak merasa tinggal di rumah sendiri kan. Alang-alang  bayar sewa rm600 sebulan, baik beli rumah sendiri, 30 tahun nanti rumah tu jadi milik sendiri. Tapi, nak beli rumah untuk duduk sendiri dulu atau nak beli rumah untuk investment dulu? yang mana lagi ok?
Ada beberapa faktor yang kena ambil kira sebelum membuat keputusan. Jika keputusan yang diambil kurang tepat, kesannya akan dapat di lihat pada rumah kedua dan seterusnya kelak.



DSR (Debt service ratio).
Sesetengah bank mengambil kira 60% sbg tanda aras DSR (DSR bagi setiap bank adalah berbeza, ada yang 55%, 70%. dan 75%).
Jika gaji Ahmad rm2000, maka hanya rm1200 sahaja akan diambil sbg jumlah yang Ahmad mampu utk membayar SEMUA hutang. Maksudnya, hutang kereta, personal loan, kad kredit dll tu mestilah kurang dari rm1200. Dlm kes ni hutang rumah belum wujud sbb tak mempunyai rumah lg.

Jika Ahmad mempunyai hutang PL sahaja yang mana bayaran bulanannya berjumlah rm500, maka Ahmad mampu untuk mendapatkan pinjaman perumahan (housing loan aka HL) sekitar rm140k yang mana bayaran bulanannya berjumlah rm700.
(jadi, PL rm500 dan HL rm700 menjadikan rm1200 = DSR 60%).

Apa pendapat anda?



7 comments:

  1. salah satu penyewa rumah flat aku adalah satu keluarga yang mana ketua keluarganya telah menghampiri usia 60an. umur 60 masih lg menyewa...

    ReplyDelete
  2. pendapat aku, tgk situasi kewangan. mula2 sewa, kemudian plan untuk beli rumah. bila dah ada rumah tu, berkira la pulak nak stay rumah baru, atau rumah baru bagi sewa dan continue menyewa.

    of course starting kerja jgn ambil hutang kereta yg mahal dan jugak buat personal loan yg tak perlu.

    ReplyDelete
  3. pendapat aku jika rumah pertama tu beli laa yg murah atau yg low cost/medium cost apartment, bayaran bulanan rendah. JIka kewangan mula stabil baru rancang untuk beli rumah yg seterusnya...

    Tapi trend skrg.. " kereta dulu rumah kemudian.."

    ReplyDelete
  4. Betul tu, saya ada kenal juga seperti kes di atas pasangan tu dah menghampiri 60an tapi masih menyewa, bayaran sewa pula RM1300.

    Pengalaman saya sekarang, saya menyewa walk up apartment RM400, pada masa yang sama saya beli apartment bayaran bulanan RM700, saya sewakan.

    Next projek saya dalam proses settlekan rumah lelong, yang ni saya rancang nak flip.

    *Kereta pula bayaran bulanan tak sampai RM250, second hand je.

    ReplyDelete
  5. minggu lepas pegi maybank, dia kata kalu gaji below 3500, DSR dia guna 40%, kalau above RM3,500 je baru dia amik 60 ke 70%, lupa lah pulak (notes ada kat ofis)

    ReplyDelete
  6. salam , saya wan nak tanyaadakah berbaloi untuk saya nak beli rumah kedua di kg anggaran bayaran 1400 sebulan tetapi potensi sewanya hanya rm 500 sahaja kerana kami masih di K L, atau saya mencari rumah lain di sini yg mampu beri lehih pulangan sewa atau lebih kurang sama dgn bayaran bulanan

    ReplyDelete