Friday, October 5, 2012

Bank Draft / Banker Cheque

Setelah meng'usha' rumah yang kita nak masuk menerusi acara lelongan, kita hendaklah sediakan deposit 5% atau 10% daripada RP dalam bentuk bank draf/banker cheque. Sesetengah POS akan sebut Bank Draft, sesetengah tu akan sebut Banker Cheque. tapi bila gi kat bank, bank akan buat Banker Cheque. Sama jer.

Aku personally suka buat banker cheque ni di CIMB disebabkan oleh kadar caj yang rendah. Caj untuk menyediakan sekeping banker cheque adalah rm2.15. Jika unit tu kalah dan banker cheque ni nak tebus balik, caj yang dikenakan adalah rm2 shj.

Tapi ingat anda kena simpan salinan borang (gmbr no 2) yang anda tulis tu dan cek ini hanyalah boleh di tebus balik di branch yang sama. Jika buat banker cek di CIMB Kinrara tapi nak tebus di CIMB Puchong, tak boleh walaupon branch sebelah ajer. Tetap kena pergi ke branch yang sama. Dan orang yang boleh tebus cek ini adalah orang yang sama masa dia pergi buat cek ni. Maksudnya jika Ahmad yang buat cek ni, maka Ahmad jugaklah yang kena pergi tebus balik cek ni. Tak boleh main wakil-wakil, sebab nama di dalam borang adalah nama Ahmad.

Borang ni lah yang korang kena isi nanti. Pastikan nama penerima adalah sama seperti di dalam POS. Jika dalam POS suruh buat atas nama RHB Islamic Bank Berhad, korang janganlah pandai-pandai nak buat singkatan jadi RHB Bank Berhad shj. Impaknya, anda tidak boleh di daftarkan pada hari lelongan nanti.

Borang Bank Draft.

Dah settle isi borang, amik nombor dan tunggulah sampai giliran. Antara dokumen lain yang akan dia minta adalah IC. janganlah tak bawak IC nanti. Rm2.15 akan di kenakan sebagai kos penyediaan cek ini oleh pihak CIMB. Lain bank, lain cajnya.

Bank draf dah siap. Tunggu lah weekend ni. Insyaallah aku akan masuk ke gelanggang bagi mewakili client aku. Sebelum aku terlupa, jika korang mewakili orang lain seperti mana kes aku, korang kena ada satu lagi "authorize letter" yang mana client korang memberi kuasa kepada korang untuk membida unit tersebut bg pihak client.

Bank draft dan juga salinan yang kena simpan oleh pemohon betujuan utk tebus balik cek tersebut jika kalah.
Bank draf/banker cheque dah ready, just tunggu masa untuk bertarung ajer. Kalau ada rezeki untuk client aku ni, ada la. Jika tidak, nanti aku rekemenkan unit lain.

7 comments:

  1. cmne nk guna khidmat bos utk lelong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer. emel aku bajet ko. muhamad_shahril@yahoo.com

      Delete
  2. Nama yg nk ltak kt bank draf tu atas nme penerima ke cmne? Klau klah cmne nk tebus balik klau bank draf tu ltak nme org lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup atas nama penerima.
      utk tebus balik, sape yg buat banker cek tu je yg boleh tebus balik, org lain x boleh tebus. dan kena tebus kat branch yg sama.

      Delete
  3. Nama yg nk ltak kt bank draf tu atas nme penerima ke cmne? Klau klah cmne nk tebus balik klau bank draf tu ltak nme org lain?

    ReplyDelete