Monday, October 1, 2012

Nak Beli Rumah MESTI Tengok Rumah

Jangan terlalu teruja dan excited kerana nak beli rumah. Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, anda mestilah tengok dulu keadaan sekitar rumah itu dan juga semestinya keadaan dalam dan luar rumah itu sendiri.

Percaya atau tak, ada di kalangan kita yang membeli rumah tanpa tengok rumah. Seolah-olah berjudi. Berjudi tentang keadaan rumah. Jika rumah tu elok, nasib baik. Jika rumah tu teruk, hancuss.. camner?

Sesetengah dari kita percaya bulat-bulat dengan apa yg diberitahu oleh penjual atau pun agent. Biasanya orang yang nak jual ni, sumernyer cakap yang bagus jer. Jarang kita jumpa yang cakap tentang keburukan barangan yang hendak dijual nya. Oleh itu, kita MESTI TGK RUMAH itu.

Walaupun harga yang di tawarkan murah dari market, kita kena jugak tgk rumah itu. Jika ada kerosakan, kita sudah bersedia untuk menerima kekurangan itu dan sudah boleh mencongak kos baik pulih unit itu. Kos baik pulih sesebuah unit boleh mencapai rm20k bg setiap unit flat/apt bergantung kpd kerosakan. Jika tiles satu rumah kena ganti, kitchen cabinet dah reput, pintu dah rosak, tandas ada leaking, tu semua menelan kos yg agak besar.

Risiko ini dapat dikurangkan jika anda sebagai pembeli yang bijak melihat unit itu sblm membuat keputusan. Ini kerana biasanya unit akan dijual seperti sedia ada. Jadi harga yang dipersetujui mestilah berbaloi dgn kadar kerosakan yang ada. Kos baik pulih haruslah di ambil kira dalam proses tawar menawar dgn owner atau pun agent.

Antara kerosakan yang biasa di jumpai, Leaking. Biasanya menelan kos yg agak tinggi. Jika rumah flat, kerosakan bermula dari tingkat atas. Jika rumah flat tapi top floor, ianya melibatkan bumbung. 

1 comment:

  1. memang mimpi ngeri la kalau dapat rumah yang ada leaking...bocor ciput pun koman2 RM1K kos membaikinya...

    ReplyDelete