Friday, September 21, 2012

Faktor yg perlu diambil kira utk membeli hartanah lelong

Bagi menjawab soalan dari salah seorang rakan, soalanya berbunyi:

"aku adalah salah satu insan yg masih x mampu lg utk memiliki sebarang hartanah... tp ko sndr beli hartanah yg dilelong..ape faktor yg perlu diambil kira utk membeli sebarang hartanah yg dielong? seperti berminat..."

Berpeluh jugak aku nk menjawab soalan ini. Maaf dipinta jika ada info yg tersalah dan terkurang, diharap jika ada yg sudi berkongsi, sila tinggalkan komen dibwh.

Beberapa faktor harus diambil kira sebelum kita membeli hartanah lelong. Antaranya:

1- HARGA. 4 jenis harga yg perlu kita tgk, iaitu harga reserve price (RP), harga pasaran (market value, MV), harga beli (purchase price, PP) dan sewa. Perlu diingat, kita beli lelong adalah utk mendapatkan hartanah pada kadar murah, bukannya pada MV dan semestinya tidak pada kadar melebihi MV. 
Di sarankan PP adalah sekurang-kurangnya 20% below mv. 
Kadar sewa mestilah lebih dari byrn installment bank, adalah baik jika dapat Return On Investment (ROI) sekurangnya 8%. (cara pengiraan ROI = Sewa x 12bulan /PP)

2- UNIT HARTANAH. Semestinya KENA pergi site survey dahulu unit tersebut sblm membida. Perlu diingatkan yang kita hanya di benarkan tgk dari luar shj unit tersebut. Tapi jika unit tersebut tidak berkunci dan kosong, boleh la menjengah ke dlm unit. 
Jika unit tersebut teruk, ada kerosakan spt paip tandas bocor dan wiring semua dah di curi, anggaran kos pembaik pulihan haruslah di congak. Kos pembaik pulih ini haruslah diambil kira dlm menentukan PP.
Jika berpenghuni, perlu dipastikan siapa yang menghuni unit itu, adakah owner lama atau penyewa. Jika owner lama, agak susah dan memakan sedikit masa utk mengeluarkan owner lama dari unit itu. 

3- LOKASI. Sekurang-kurangnya 70% dari unit di kwsn tersebut di diami.. Kita tak nak membeli unit yang mana satu blok nya hanya ada 3 org penghuni shj.. Seram woo.. Ini penting untuk mendapat kan penyewa nanti.

4- TUNGGAKAN. Sesetgh unit lelong, bank tidak cover tunggakan lama. jadi pemilik baru harus menanggung semua kos tunggakan tersebut. Ianya ada dinyatakan dgn jelas di dalam POS (proclamation of sale, kontrak la tu). Tunggakan spt cukai tanah, maintenance, cukai pintu, bil api/air dan indah water antara tunggakan yg kita perlu semak. Sy pernah membeli unit yg mempunyai tunggakan cukai pintu rm3k dan maintenance rm4k dan lagi sedih sbb bank tidak cover.

Tu je la yg dapat sy fikirkan pada masa ini. Jika ada otai lain yg sudi tambah, sila tambah di bhgn komen.

6 comments:

  1. Tahniah bro.. hebat.!!

    cuma..
    1. ko story sikit pasal personal ko..,
    2. cite sikit pasal asal mana? sekolah mana,
    3. cite sikit minat property sejak bila
    4. pengalaman masuk lelong,( kena tipu, kena kawtim dan agen makan ko
    5. macamana ko manage rumah sewa ko.., kerenah penyewa
    6. target ko next year..

    MOga ko terus berjaya dan berjaya...

    p/s your blog in list -must read blog-

    ReplyDelete
    Replies
    1. byknya ko nk tau psl aku.. yg pentingnya aku dah kawen la wei.. x leh wat menantu..

      Delete
    2. dia mau buat abg ipar kot.. kekek... bujang 3

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete