Wednesday, September 26, 2012

Emosi Semasa Membeli Rumah Pertama

Tidak dinafikan aku jugak beremosi semasa membuat keputusan utk membeli rumah pertama pada tahun 2009.  Emosi yg akan melanda diri seseorg yg normal. Kebiasaannya emosi ini beraku pada org yg membeli rumah yg pertama. Tapi apa kesannya emosi ini pada kita?

Kes yg aku alami pada 2009 utk rumah yg pertama. Setelah beberapa beberapa kali masuk lelong, asyik kalah jer walaupon rsnya bajet tu dah agak tinggi, tp nasib tak menyebelahi aku. Kalau tak silap, setelah 3 kali mencuba dgn bajet rm55k bagi unit low cost di KL tapi asyik tewas, akhirnya pada percubaan kali ke 4 bajet aku naikkan dari rm55k ke rm65k. Padahal MV unit tersebut sekitar rm65k-70k shj. Ini bermaksud saya sanggup beli rumah lelong pada harga market. Betapa kuatnya pengaruh emosi, rm10k aku naikkan bajet aku. Padan ngan muka aku. Org ada rumah, aku pon nk ada rumah..

Last2 pada percubaan yg ke4, aku menang unit di Teratak Muhibah, Taman Desa pada harga rm64k. MV pada masa tu hnylah rm65-70k shj. Almost at the mv.

Jika aku bersabar dan tetap dgn bajet aku tu, mungkin aku boleh dapat unit pada harga 55k tetapi dalam percubaan (mungkin) yg ke7 atau 8. Disebabkan aku beremosi dan tak sabar, aku sudah kerugian rm10k.
Ni baru contoh unit yg harga murah, belum ratus2 ribu lg pny cerita.

Beberapa hari yg lps, kwn aku call bgtau dia nk beli rumah semiD setingkat. Tanah tepi n belakang adalah lbh kurg 5kaki jer. Harganya rm300k nett, no room for nego at all. Bila aku jumpa dgn owner, aku pon kluarkan la skit skill2 nego yg ada.. Bermula dgn soalan ..bila abg beli? kenapa nak jual? ada reno tak? penyewa sewa brp? mv brp?

Jwpn dia. Dia beli bln 4 yg lps melalui lelong. owner duduk free smp skrg. rumah ada siling kapur, skali jer dia masuk rumah tu ms nk discuss lps dia mng. Valuer kluarkan report bln4 baru ni rm250k. Terus aku sound mv rm250k tapi nk jual rm300k nett. wow, rm50k above mv. Tak berbaloi. Tu jer yg aku mampu nasihatkn kwn aku. Owner siap mintak rm3k trs sbg tanda jadi. hehe..

Kwn aku beremosi dan tetap nk dgn harga 300k. Ikut suka ko la, aku dh bg nasihat stakat yg aku mampu. Lg pon duit kau, bknnya duit aku pon.

Moral of the story:
1. Ketepikan emosi dgn melihat sekurang-kurangnya 10 bijik rumah. Lg byk lg bgs.
2. Jgn membuat keputusan terburu-buru. Keputusan yg terburu boleh dibuat jika NOMBOR nya match..

p/s: NOMBOR apa plak tu.. tunggu di post yg akan dtg..



No comments:

Post a Comment