Sunday, July 15, 2018

Rahsia Punca Sales Drop

Kenapa Sales kita Drop?
Ini salah satu puncanya.

Salah satu punca kenapa kita x close sale adalah sbb prospek dah hilang interest. Sebabnya kita lambat get in touch dgn prospek.

Lead akan 'sejuk' kalau kita lambat respon.
Masa prospek 1st contact kita, tak kisahlah ikut komen fb, pm, wassap dll, masa tu kebarangkalian nak close adalah sangat tinggi sebab interest oleh customer berada di tahap yang paling tinggi.

Kita sendiri pun nak respon yang pantas kan. Contohnya, kalau kita nak beli sesuatu produk di fb. Kita akan komen PM (ini yang selalu terjadi apabila kita membuat posting jualan, walaupun sudah jelas kita letak no tel dan link wassap lagi kat posting tu, orang tetap komen PM), tapi sampai hari berganti hari, si penjual tetap tak pm kita. Apa yang kita rasa? Mesti rasa @ interest untuk membeli tu dah mula tawar kan?

Perhalusi isu ini. Cari pendekatan yang baru. Ubah dan buat. Tak salah untuk silap. Perbaiki semula. Yang penting Test & Measure supaya kita tidak syok sendiri.

#klezcar
#carrental
#carsharing

Friday, July 13, 2018

Jom Cari Duit Lebih Dengan Memajakkan Kereta Anda

Penerangan mengenai PAJAKAN KERETA bersama KLEZCAR Travel & Tours Sdn Bhd
1. Konsep:
Klezcar menawarkan program pajakan kereta secara Mudharabah (perkongsian untung), Pemajak memberikan kereta kepada Klezcar dan KLEZCAR akan menjalankan kereta tersebut untuk tujuan sewaan. Pemajak yang berminat perlu mengeluarkan kereta baru atau sudah memiliki kereta yang keadaan baik. dan pembahagian keuntungan melalui jualan sebanyak 70% : 30%.

· Keuntungan 30% diberikan kepada Pemajak kereta.

· Keuntungan 70% diberikan kepada KLEZCAR. 


2. Contoh perkiraan untuk kereta jenis Perodua MYVI 1.3 :

A. Jika Jualan untuk bulan Januari 2018 sebanyak RM1500.00.

B. Kos sebuah MYVI untuk satu bulan.
a. Installment bank = RM600.00 (Di bayar oleh Klezcar bagi pihak Pemajak)
b. Maintenance = RM200.00 (sebagai tabung bulanan, semua perbelanjaan berkenaan maintenance akan direkod dan ditolak melalui tabung ini)
c. Insurance & road tax = RM100.00 (sebagai tabung bulanan, semua perbelanjaan berkenaan Road Tax Ins akan direkod dan ditolak melalui tabung ini)
d. Total Kos = RM900.00 (Jumlah KOS setiap bulan)

C. JUALAN - KOS = UNTUNG
Formula mengira keuntungan melalui jualan:
RM1500.00 - RM900.00 = RM600.00

D. Formula mengira pembahagian 70:30 dari UNTUNG
70% x RM600.00 = RM420.00 (KLEZCAR)
30% x RM600.00 = RM180.00 (PEMAJAK)


3. Perkara -perkara yang penting berkaitan JUALAN, UNTUNG dan RUGI:

A. Jika JUALAN > KOS : Pembahagian keuntungan dikira mengikut nisbah persetujuan seperti di atas.

B. Jika JUALAN = KOS : KLEZCAR menanggung rugi dari segi masa serta kos perasi, kos pengiklanan, kos pejabat dan Pemajak tidak dapat apa-apa kecuali kos modal tadi.

C. Jika JUALAN < KOS : KLEZCAR menanggung rugi masa serta kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat dan Pemajak menanggung bayaran dari lebihan kos tersebut.

D. Jika JUALAN = 0 : KLEZCAR menanggung rugi masa serta kos operasi, kos pengiklanan, kos pejabat dan Pemajak menanggung semua KOS tersebut.


4. Tanggungjawab KLEZCAR:

A. Mengurus dan memastikan Operasi KLEZCAR berjalan lancar.

B. KLEZCAR akan menyediakan bajet untuk tujuan Pemasaran atau Marketing.

C. KLEZCAR akan menjaga setiap pelanggan dan menyediakan semua kemudahan serta kepuasan kepada semua pelanggan.

D. Sistem KLEZCAR diurus serta dinaik taraf untuk tujuan pembangunan serta pembaikan.

E. Memastikan semua pengurusan seperti Sumber Manusia, Pengurusan AM, Finance dan lain-lain berjalan lancar serta terjaga.

F. Pihak Jualan akan berusaha untuk memastikan setiap Jualan kereta berada dalam keadaan baik.

G. Pihak Fleet akan memastikan kereta dijaga dan diurus dengan baik supaya dapat memberi keselesaan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

H. Menyediakan Perjanjian Kerjasama diantara PEMAJAK dan KLEZCAR dan dipersetujui bersama.

I. Menyediakan dan mengawal GPS Tracker untuk setiap kereta.


5. Tanggungjawab Pemajak:

A. Kerjasama – Memberi kerjasama sepenuhnya dengan kepada KLEZCAR jika berlaku isu berkaitan Saman, Kemalangan dan dari agensi tertentu seperti Mahkamah, Polis, JPJ, bank dan lain-lain.

B. Sumbangan khas seperti like atau share Facebook KLEZCAR, Promosi-promosi dan lain-lain.

C. Mencari atau recommend Pemajak lain jika berminat, komisen akan diberi jika berjaya.


6. Risiko-risiko:

Risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kenderaan atau Pemajak. Antara contoh risiko yang pernah berlaku seperti samun, dadah, hilang, kecurian, saman dan lain-lain. Walaubagaimana pun, dengan pengalaman yang KLEZCAR ada, kami berjaya mengurangkan risiko-risiko ini dengan pendekatan yang telah kami guna pakai. Akan tetapi, tidak dinafikan ada juga kes-kes yang terlepas dan menghadapi insiden seperti diatas.


7. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan Risiko, antaranya seperti di bawah:

A. Database blacklist seluruh Malaysia oleh Sistem KLEZCAR.

B. GPS Tracker – Setiap kereta wajib dipasang GPS Tracker, monitor melalui komputer atau Apps.

C. Networking KLEZCAR dan bilangan cawangan yang banyak, hampir 80 cawangan seluruh Malaysia.

D. Pasukan Debt collector – KLEZCAR mengurus dan mengupah pemungut hutang untuk hutang yang dibuat oleh penyewa.

E. CTOS – Menyenarai hitam penyewa yang bermasalah, setelah disenarai hitam penyewa wajib membayar semula hutang jika mahu memutihkan nama di CTOS.

F. Insurans Kereta Sewa- KLEZCAR menggunakan insuran yang berdaftar serta diiktiraf oleh Syarikat Insuran untuk menjalankan perniagaan kereta sewa.

G. Mendapatkan maklumat lebih awal seperti nombor IC dan Lesen serta dokumen-dokumen lain.


8. Kriteria dan Syarat-Syarat memajak:

A. Hanya kereta baru yang berusia dua (2) tahun dan ke bawah sahaja yang layak.

B. Pengeluar kereta pilihan pelanggan paling ramai adalah dari jenis Perodua dan dikuti oleh Proton.

C. Urusan pembelian kereta boleh diuruskan oleh pihak KLEZCAR.

D. Kos downpayment ditanggung Pemajak.

E. Kos GPS Tracker ditanggung oleh Pemajak. Oleh itu, untuk dua bulan pertama, Pemajak tidak akan menerima keuntungan disebabkan keuntungan tersebut akan diserapkan kepada kos GPS Tracker, pemasangan GPS Tracker dan Simkad untuk GPS Tracker.

F. Anggaran keseluruhan kos untuk GPS Tracker sebanyak RM500.00 untuk setiap kereta.

G. Pemajak hanya akan menerima keuntungan pada bulan ketiga dan seterusnya.


Berminat nak tahu lebih lanjut?
Wassap kami sekarang di www.wasap.my/60102405889


Friday, May 4, 2018

Program Car Sharing di bawah jenama Klezcar

Di Klezcar, kami sentiasa berevolusi. Evolusi yang terbaru dari Klezcar adalah program Car Sharing.
Mesti ada yang samar-samar lagi mengenai Car Sharing ni kan?

Biar saya terangkan dahulu apa itu Car Sharing.

Car Sharing atau dalam bahasa melayu disebut sebagai Perkongsian Kereta. Ia merupakan salah satu konsep perkongsian pengangkutan yang mana konsep ini telah terkenal dan sudah matang di barat. Di negara kita, konsep ini masih baru lagi.

Car Sharing ini merupakan model baru bagi perkhidmatan kereta sewa, yang mana model ini lebih biasa digunakan untuk sewaan dalam jangkamasa yang pendek dan kerap.
Cuba bayangkan Ahmad memerlukan kereta sewa hanya untuk jangka masa 5 jam sahaja untuk bergerak dari PJ - KL - Gombak - Damansara - PJ. Jika Ahmad menghubungi syarikat kereta sewa, biasanya permintaan Ahmad untuk menyewa kereta selama 5 jam sahaja akan ditolak kerana kebanyakan syarikat kereta sewa meletakkan minima sewaan separuh hari atau sehari.

Mesti ada yang berkata, kenapa Ahmad tidak mengambil Grab? Ini kerana Ahmad lebih suka memandu sendiri, ianya lebih privasi. Dengan Car Sharing, Ahmad juga dapat lebih fleksibel untuk bergerak dan berhenti ke tempat-tempat lain sepanjang tempoh sewaan tersebut.

Okay itu saya ceritakan part Ahmad yang nak sewa kereta. Sekarang saya ceritakan part Zaidi yang merupakan pemilik kereta. Zaidi mempunyai sebuah Perodua Myvi yang jarang-jarang sekali digunakan. Dia bersama isterinya pergi ke tempat kerja dengan menggunakan motorsikal bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan juga bagi mengurangkan kos pengangkutan (kos minyak, tol dan parking). Seperti kebiasaan, Myvi tersebut hanya di gunakan pada hujung minggu sahaja untuk keluar ke pusat membeli belah untuk membeli barang dapur sambil meluangkan masa bersama keluarga. Hanya 1 atau 2 hari sahaja dalam seminggu Myvi tersebut digunakan.

Dengan keadaan ekonomi hari ini, Zaidi berasa sedikit terbeban untuk membayar ansuran bulanan Myvi tersebut, itu belum masuk lagi bila roadtax dan insurans mula tamat tempoh. Jadi Zaidi mula mendaftarkan kereta beliau di dalam platform Car Sharing Klezcar. Beliau hanya availablekan kereta Myvi tersebut dari hari Isnin 12am - Jumaat 11pm.

Platform Car Sharing Klezcar akan menjadi medium untuk matchkan booking tersebut. Dimana Ahmad boleh menyewa Myvi Zaidi pada hari berkenaan. Simple kan. Ahmad dapat menyewa kereta pada kadar yang murah, Zaidi mendapat duit tambahan hasil dari kereta Myvi yang dia tidak gunakan, platform mendapat sedikit komisen. Semua pihak gembira.

Haa dah dapat sedikit gambaran mengenai apa itu Car Sharing Klezcar kan.

Bagi anda yang nak cari duit extra dengan kereta yang sudah anda miliki sekarang ni, jom join kami di dalam program Car Sharing Klezcar ini.
Daftar di https://klezcar.com/blog/car-sharing-klezcar/

Kami akan hubungi anda semula sedikit masa lagi.








Tuesday, August 29, 2017

Risiko Membeli Rumah Serentak







wslm, soalan ni bukan sahaja terpakai utk unit undercon, ianya terpakai utk semua kategori, beli 2 unit di apt yg sama, beli lelong 2 unit di kwsn yg sama. semuanya sama. cuma kalau undercon ni kena lebih berhati-hati, kena semak track record pemaju. takut2 projek tu x siap atau pun delay.

apa pun investment yg kita buat, kita kena tahu holding power dan kewangan kita. cross check dgn kewangan kita, apa jadi kalau projek delay dan kita kena byr bank 1 tahun? apa jadi bila rumah siap tapi tiada penyewa masuk selama 1 tahun? mampu bayar tak?

kena tgk kepada kemampuan kewangan sendiri. jangan tgk org lain beli 2 biji, kita pun beli 2 biji. tapi belum sampai hjg bulan pun dah habis duit gaji. tu masalah. 

So secara asasnya, risiko nya adalah terletak kepada kemampuan kewangan seseorang.
Saya kongsikan dengan anda beberapa kes yang saya sendiri alami sebelum ini. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Dulu saya pernah nak beli rumah dengan menggunakan kad kredit. Ye la, nak beli guna duit simpanan, simpanan pun dah kering kontang. yg nampaknya adalah 2 keping kad kredit yang boleh ditenyeh. Masa tu rumah yg saya nak beli tu dalam rm20k. selepas buat kiraan dan beberapa simulasi, saya tak jadi nak teruskan sbb nya saya tiada backup jika ada benda yg berlaku di luar kawalan cthnya kita bajet akan ada penyewa masuk pada bulan ke3, tapi sampai ke sudah tak ada org nak sewa. So dah tak ada income untuk cover byrn kad kredit. Bagi saya pada masa tu, ni adalah uncalculated risk yang mana saya tak suka nak ambil.

Pernah juga saya beli rumah tanpa memasukkan kos peguam untuk tukar nama, kos repair dan kos tunggakan maintenance. Duit yang ada cukup-cukup untuk membayar harga rumah sahaja. Yang kes macam ni saya berani ambil risiko sbbnya saya ada masa 90 -120 hari sblm saya perlu menjelaskan bayaran penuh kepada pihak lawyer (kos rumah). Sempat la saya usahakan untuk cari duit buat bayaran kos lawyer. Dan kos lawyer ni bukannya kena bayar lumpsum di awal kes dibuka. boleh bayar ansur-ansur, nego dengan lawyer. 

Kos repair pula kebanyakannya saya buat sendiri kecuali kalau melibatkan wiring, part ni memang saya takut dengan karen ni. Heheh. Nak buat looping pun, berpeluh satu badan walhal dah tutup kat main switch. Kerja-kerja buruh yang lain saya buat sendiri je, so dah jimat kat situ. Setakat kerja piping, mengecat tu boleh la buat. Nak jimat punya pasal.

Sunday, July 30, 2017

Kecoh Pasal Kes PPIM Dengan Syarikat AG*

Bulan ni kecoh kat media sosial apabila PPIM menyerbu sebuah gudang yang menyimpan kereta pajak. Lebih dari 50biji berjaya mereka ambil semula untuk diserahkan kepada pemilik kenderaan.

Apabila sebut pasal kereta pajak ni, tak pasal2 melalui kes ni, Klezcar juga terpalit. Ramai investor Klezcar mula menghubungi pihak Klezcar untuk mendapatkan penjelasan mengenai kes PPIM & Syarikat AG* ni.

Klezcar tiada kena mengena dan tidak pernah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan Syarikat AG* tersebut.

Sebenarnya konsep yang syarikat ni gunakan adalah bukannya kereta pajak, tetapi kereta sambung bayar. Dan mereka bukannya sebuah syarikat kereta sewa. Mereka adalah syarikat yang memberikan kereta sambung bayar kepada pihak ketiga.

Sebagai contoh, Ali membeli sebuah Myvi, diserahkan kepada pihak syarikat A dan syarikat A bersetuju untuk.membayar rmX kepada pemilik. Pendek kata, syarikat membayar installment kepada pihak bank rm500, dan anda sebagai pemilik akan mendapat rmX-500=Y.
Kereta tersebut pula di beri sambung bayar kepada Abu dengan harga rmZ sebulan dan deposit sebanyak ~rm15k.

So syarikat akan mendapat untung yang besar dari jumlah deposit yang diperolehi.
Apabila Abu membayar bayaran bulanan kepada pihak syarikat, malangnya syarikat tidak membayar installment kepada pihak bank menyebabkan ramai pemilik kenderaan mempunyai tunggakan sehingga 7 bulan dengan pihak bank.

Memang kesian juga pada pemilik kenderaan apabila mereka tidak dapat untuk mengambil balik kenderaan mereka dari syarikat tersebut. Mujur lah ada PPIM yang dapat membantu pemilik ini mendapatkan balik hak mereka.




Thursday, May 4, 2017

Kereta Pajak Untuk Dijadikan Kereta Sewa Klezcar

Sekarang ni Klezcar dalam fasa berkembang. Alhamdulillah cawangan Klezcar sudah bertapak di setiap negeri.  Sekarang ni kami dalam proses untuk menambah lagi bilangan kereta yang sedia ada bagi menampung keperluan kereta sewa yang tidak mencukupi.

Panjang untuk saya tulis bagaimana sistem pajakan yang kami tawarkan. Tuan Puan boleh membaca di post lama saya http://www.shahrilsidek.com/2013/03/kami-sudah-bersedia-untuk-mengambil.html

Kepada yang berminat untuk mendapatkan info lanjut mengenai program kereta pajak ini, boleh lah menghubungi pihak Business Development Klezcar di talian +6013 7256 777 atau menghantar emel ke businessdevelopment@klezcar.com

Penting untuk di fahamkan adalah mengenai konsep pembahagian dan risiko yang terlibat. 

Saturday, April 22, 2017

Tips Bisnes Kedai Makan

Beberapa hari yang lalu aku ditemukan dengan sekelompok usahawan di dalam sebuah kursus. Ada yang dah mula menjalan kan perniagaan, ada juga yg masih belum lagi memulakan perniagaan, baru di peringkat idea.

Masing-masing hebat, mempunyai wawasan yang tinggi untuk mencapai impian yang menggunung melalui bidang keusahawanan ini. 

Ada beberapa perkara yang menarik minat aku, ideanya mungkin biasa-biasa, tapi ianya agak luar biasa bagi aku.

Aku kongsikan satu idea yang menarik perhatian aku. Nina (bukan nama sebenar) mempunyai bakat dalam masakan asam pedas. Asam pedas dia simple tapi paling sedap, katanya tanpa segan silu. Bercadang untuk membuka sebuah restoran untuk menu asam pedas beliau.

Memerlukan kos sebanyak kira-kira rm40k untuk setup sebuah restoran yang biasa-biasa. Satu modal yang besar untuk dipertaruhkan tanpa mengetahui sejauh mana market dapat menerima produk asam pedas beliau.

So macam mana nak kurangkan risiko? Pening kepala nak fikir ni.
Dengan bantuan penceramah utama, Haji Omar yang mempunyai pengalaman yang lama di dalam dunia perniagaan, maka dia sarankan untuk ....

saranan beliau adalah untuk melakukan 'product validation' terlebih dahulu. Ah menatang apa pulak dah product validation nih. Tester ke? Masak dan panggil 50 orang untuk test masakan tersebut, lepas tu ambil feedback dari mereka. Macam ni ke?

Sekali jawapan tu salah daa.
Katanya dengan membuat product validation ni, ianya dapat mengurangkan risiko, test market, dapat membuat untung yang lebih disebabkan oleh kos operasi yang rendah, kos setup yang teramat minima. Aduh, dia punya klu ni lagi la membuatkan otak ni jem, dah la sejuk aircond ni tahap gigil.


Dari mempertaruhkan kos setup rm40k, baiklah Nina masak dari rumah. Contoh Nina masak 40 ketul asam pedas patin, masukkan dalam bekas yang sesuai dan letakkan di kedai makan yang tiada menjual asam pedas. Nina tolak dengan harga rm3 seketul, dan kedai menjual dengan harga rm4 seketul. Yang tak habis, Nina terpaksa menanggung kos tersebut.

Terlebih dahulu, Nina kena lah deal dengan kedai makan yang agak ramai pengunjung. Secara asanya, kedai ni tak ada sebab untuk menolak kerana mereka tidak perlu membayar terlebih dahulu, dan produk yang tidak laku, mereka tidak perlu menanggung kos.

Nina buat lah sticker 'Asam Pedas Nina ada disini', letak lah no tel untuk tempahan. Kedai makan tidak semestinya hanya satu, Nina boleh deal dengan 10 kedai makan yang berdekatan dengan rumah dia.

Dengan cara ini, Nina boleh mengukur penerimaan pelanggan terhadap asam pedas beliau. 
Jika kesemua 10 kedai makan tersebut habis, dan produk Asam Pedas Nina mula menjadi sebutan orang ramai hasil dari sticker yang dilekatkan di kedai-kedai makan tersebut, maka Nina boleh la memilih jalan untuk melaburkan rm40k untuk membuka restoran beliau.
Atau Nina bole memilih jalan untuk setup sebuah Central Kitchen untuk membekalkan kepada lebih banyak kedai makan.

Dengan cara ini, Nina boleh memulakan perniagaan dengan kos yang teramat minima.

Semoga bermanfaat, perkongsian ikhlas dari Shahril Sidek.